Pages

Thursday, April 29, 2010

Mahu jadi Petani atau chef?

Hmm..sukar nak buat pilihan. Tambah lagi jika kita memang tak berminat pun nak jadi kedua-duanya. Lebih memeningkan, apa perkaitannya dengan kehidupan kita? Kenapa perlu pilih antara Petani atau chef yang ternyata bukan bidang pilihan kita?Sebenarnya opsyen ini ditujukan untuk pembangun perisian termasuklah perisian e-learning. Bagi petani, untuk mereka mendapat hasil tanaman, mereka perlu bajak tanah, buat pembetung, tanam benih, semai, baja, siram air dan sebagainya. Selepas berbulan-bulah, barulah mereka mendapat hasilnya perahan dari keringat dan kudrat sendiri. Chef pula jika ingin menghasilkan makanan yang sedap (cth fetucini atau spaghetti) hanya perlu mengambil bahan-bahan yang dah sedia dalam dapur. Mereka tak perlu tanam sayur atau ternak ayam dan lembu seperti petani untuk memasak sepinggan spagetti. Hasilnya cukup menyelerakan dan mampu disiapkan dalam 20 minit sahaja.Dalam dunia pembangunan perisian, pembangun perlu bijak menggunakan platform sedia ada untuk membangunkan sistem yang baru. Dalam erti kata lain, mereka tidak lagi perlu bermula dari 0 kerana ia tentunya akan melibatkan kos, tenaga dan masa yang lebih tinggi. Lebih baik gunakan apa yang sudah ditawarkan dalam dunia IT yang penuh dengan perisian, sumber rujukan, keratan kod, manual dan dokumentasi samaada open source atau propietary.Oleh itu, sekali lagi, adakah anda mahu menjadi petani atau chef?

Friday, April 16, 2010

Kembara ke Gunung Bubu

Gunung Bubu merupakan sebuah yang terdapat di"Negeri Perak". Ia terletak di Kuala Kangsar, Perak.Gunung Bubu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp dan kawasan hutan Montane Pendaki boleh mendapatkan perkhidmatan Bas dari Kuala Kangsar untuk ke checkpoint yang pertama. Pendakian bermula dari Taman Rekreasi Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak iaitu berdekatan dengan Kem Biro Tata Negara. Perjalanan menuju ke Kem Sg Gading mengambil masa lebih kurang 6 jam. Pendaki boleh bermalam di situ dan kem tersebut mempunyai kapasiti sehingga 50 orang pada satu masa. Hari seterusnya, pendaki boleh meneruskan pendakian sehingga ke Puncak Gunung Bubu di mana ia memakan masa 4 hingga 5 jam. Perjalanan tersebut juga akan melalui punca air terakhir (Last Water Point) dan pendaki boleh mendapatkan bekalan minuman di lokasi tersebut. Puncak Gunung Bubu agak tidak sesuai untuk bermalam kerana kawasan yang terlalu kecil dan pendaki boleh bermalam di Kem Batu Dinding yang kira-kira 15 minit perjalanan dari puncak. Untuk pendakian ke puncak, pendaki juga boleh meninggalkan haversack di Kem Sg Gading dan hanya membawa daypack. Perjalanan turun dari puncak ke Kem Sg Gading memakan masa 2 hingga 3 jam. Pendaki boleh bermalam semula di Kem Sg Gading atau terus ke kembali ke tempat mula pendakian di mana ia memakan masa 3 hingga 4 jam.

Friday, April 2, 2010

Sakura Bunga Impian

Sakura, Bunga Sakura atau Cherry Blossom dalam bahasa Inggeris (huruf-huruf kanji dan bahasa Cina: 桜 atau 櫻; katakana: サクラ) ialah nama yang merujuk kepada pokok-pokok hiasan ceri dalam bahasa Jepun, Prunus serrulata, serta kelopak-kelopak mereka. Buah ceri (dikenali sebagai sakuranbo) muncul daripada sebuah spesies pokok yang berbeza. Selain itu, Sakura juga merupakan nama yang seringkali digunakan masyarakat Jepun. Dalam masyarakat Jepun,Sakura bunga yang sangat dicintai dan dibanggakan oleh masyarakat Jepun. Ia menjadi simbol nasional bangsa ini. Para pejabat Pemerintah dan diplomat Jepun, misalnya, sering menggunakan lambang sakura sebagai "lapel pin" pada baju mereka. Bunga sakura juga menjadi moto yang muncul dalam berbagai kerajinan khas Jepun, misalnya pada kimono, yukata, kipas, cangkir, dan lain-lain. Seperti bunga tulip, mekarnya sakura juga menandakan awal musim baru di Jepun. Di Tokyo terdapat beberapa tempat untuk melihat sakura pada awal musim baru. Antara yang paling popular adalah di sekeliling Istana Raja, Imperial Park, yang dikelilingi dengan danau buatan yang indah iaitu "Hanzo-bori". Cabang-cabang pohon sakura yang sarat dengan bunga menjuntai dan menjulur ke atas air di tepi danau, menimbulkan bayang-bayang yang indah. Dari jendela kamar di Palace Hotel, pemandangan Imperial Park yang sangat indah pada musim sakura dapat dilihat. Di bawah-bawah pohon sakura biasanya muncul bunga-bunga kecil berwarna kuning yang menambah kecantikan suasana.

Lirik lagu sakura :

sakura/sakura/noyamamo satomo/miwatasu kagiri/kasumi-ka kumo-ka/asahi-ni ni ou/sakura/sakura/hanazakari.

Ertinya:

sakura/sakura/di gunung di desa/sejauh mata memandang/tampak bagaikan gumpalan awan/semerbak harum di pagi hari/sakura/sakura/mekar penuh pesona.

Sumber:http://saiyukisayuki.tripod.com/sakura.html