Pages

Showing posts with label katarsis. Show all posts
Showing posts with label katarsis. Show all posts

Wednesday, September 2, 2009

Setitik Kasih, Secangkir Memori

Dalam ruangan ini saya amat berbesar hati untuk memberi ucapan penghargaan kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar khursus pengajian pendidikan Sejarah. Antara mereka yang telah mencurahkan ilmunya kepadaku ialah, Prof. Dr. Adnan bin Nawang,Prof. Datin Dr. Kobkua Suwannathat Pian,Prof. Madya Dr. Badriyah bt. Hj. Saleh,Pn. Wan Noorlizawati bt.Wan Mat Ali,Cik Siti Zahrah bt.Mahfood,En. Mohamad Kamal bin Kamaruddin,Cik Fairisa bt.Othman,En. Sahul Hamid bin Mohamed Maiddin,En. Yunus bin Sauman@Sabin,En.Abdul Sukor dll. Mereka tidak jemu-jemu dalam memberi tunjuk ajar dan semangat motivasi kepada kami sekelas untuk terus berjaya dalam pelajaran dan juga hidup.Banyak kenangan bermakna yang diperolehi oleh saya daripada kalian semua. Kenangan semasa berada dalam kelas, luar kelas, ketika dalam kajian lapangan, semuanya saya tidak akan lupa dalam kotak memori. Akan saya jadi ia sebagai kenangan terindah disepanjang kehidupan. Terima kasih saya ucapakan kepada kalian semua , jasamu dikenang dan akan diingati sampai bila-bila. Teruskanlah berbakti kepaa nusa dan bangsa.

Monday, March 30, 2009

Kota Amsterdam, kota Kedamaian

Keizersgracht satu daripada empat terusan bukti perancangan bandar Amsterdam yang tersusun.

JIKA anda menyukai sesuatu yang romantis tapi pada masa sama mahukan cabaran, Amsterdam tentunya destinasi pilihan tepat untuk anda menghabiskan sisa cuti bersama teman atau keluarga. Di sini, peluang untuk bersiar-siar menyoroti isi muzium seni sentiasa terbuka atau menikmati suasana tenang sambil menghirup secangkir kopi di kafe yang memenuhi sisi jalan pastinya akan terakam sebagai kenangan terindah.

Atau paling tidak, gunakan peluang menyusuri terusan menggunakan bot kecil sambil menikmati keindahan seni bina abad ke-17, bangunan moden juga keindahan seni arkitektur Belanda penuh nilai sejarah.

Tapi awas, terutama kepada mereka yang belum pernah bertandang ke kota Amsterdam, berhati-hati ketika berada di jalanan kerana jalan di sana sesak dengan penunggang basikal yang tidak peduli pada undang-undang jalan raya. Begitu juga dengan penunggang motosikalnya yang tidak menghiraukan orang sekeliling malah berani menggunakan telefon bimbit ketika menunggang kenderaan itu. Topi keledar, jauh sekali.

Kunjungi Madame Tussauds untuk melihat patung lilin selebriti terkenal.

Jika anda berpeluang ke Amsterdam atau mengimpikan untuk datang ke sini, usah gusar kerana ia destinasi tepat untuk anda yang mahukan percutian bajet atau secara backpackers. Selain mempunyai banyak pilihan hostel dan hotel murah, sistem pengangkutan di Amsterdam juga mesra pelancong. Bagi memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, beli tiket pengangkutan awam dipanggil strippenkaart. Di sana juga ada sistem tram yang mudah untuk pelancong tapi awasi barangan berharga milik anda kerana ramai penyeluk saku sentiasa memerhati langkah pelancong yang kelihatan teragak-agak. Ketahui juga bahawasanya di sana undang-undang jual beli dadah dan alkohol tidak sama dengan negara lain. Di kebanyakan kedai, dadah boleh dijual di dalam kuantiti yang kecil asalkan ia tidak diiklankan atau dijual kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun.

Dam Square bukti asal Amsterdam daripada empangan.
Melengkapkan lagi kunjungan anda ke sini tentu saja melawat ke Damrak, lokasi antara Sentral Stesen dan Dam Square. Dam Square juga lokasi permulaan terbaik untuk anda memulakan pengembaraan di bumi Amsterdam. Berhampiran Stesen Sentral apabila anda menyeberang ke Oosterdok, terdapat arca arkitektur yang wajar dikagumi terutama rekaan piano Renzo khusus untuk Muzium Sains Nemo. Singgah ke Muzium Stedelijk untuk menyertai pameran seni terbaru oleh artis terkenal tempatan. Mahu mencari pakaian, cenderahati dan barangan kenangan yang ingin di bawa pulang? Tentu saja semuanya boleh dibeli di Pasar Waterlooplein, antara pasar terbesar yang sentiasa dikunjungi warga tempatan atau pelancong luar. Jika mempunyai masa terluang, Daerah Lampu Merah (Red Light District) terletak di kawasan gelap Amsterdam tentunya menjanjikan kelainan kerana kawasan itu terkenal sebagai kawasan pelacuran di Amsterdam. Singgah juga ke Pusat Informasi Pelacur, di mana anda akan dihidangkan segelas minuman percuma dan berpeluang berkongsi cerita dengan bekas pelacur mengenai Red Light District yang suatu ketika dulu dikenali sebagai jalan paling berbahaya di Amsterdam.

Sunday, March 8, 2009

gunung Annapurna

MENAKLUKI puncak tertinggi dunia menjadi impian setiap pendaki gunung seantero dunia, apatah lagi jika mampu menjejakkan kaki di atas 'atap dunia' di Banjaran Himalaya iaitu Gunung Everest di Nepal.

Pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian itu dianggap 'lesen besar' di kalangan pendaki kerana kehebatan cabarannya sepanjang perjalanan ke puncak.

Namun, Nepal masih mempunyai banyak kawasan pendakian lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Gunung Annapurna yang mempunyai ketinggian 6,983 meter dari paras laut dan tersenarai dalam 10 gunung tertinggi dunia. Semuanya itu mampu memberikan kepuasan kepada pendaki menjamah pengalaman berharga di banjaran Himalaya terutama bagi pendaki tegar. Satu kumpulan pendaki dari Malaysia dikenali sebagai GTF (Geng Take Five) turut menyahut cabaran merasai sendiri cabaran mencapai puncak Annapurna April lalu.

Mereka berkongsi pengalaman dengan pembaca Berita Minggu mengenai kenikmatan, cabaran sepanjang ekspedisi itu yang disertai 14 peserta. Jejak ke Annapurna Base Camp (ABC) bermula dari lapangan terbang di Kathmandu iaitu ibu negara Nepal yang menjadi pintu masuk ke gerbang pengembaraan tanpa had di Banjaran Himalaya. Mereka menaiki bas ke Pokhara, bandar yang menjadi laluan pertama ke ABC. ABC berada pada ketinggian 4,130 meter iaitu kem pertama yang mesti dilalui pendaki yang ingin menakluki Gunung Annapurna. Sepanjang perjalanan merentasi banjaran, mereka dihidangkan dengan pelbagai pemandangan cantik daripada segi landskap muka bumi serta cara hidup dan budaya penduduk tempatan.

PENDUDUK tempatan turut menggunakan keldai untuk mengangkat barang keperluan harian.

Dari Pokhara, pendaki boleh menaiki van atau teksi ke Fhedi iaitu 'check point' di mana pendaki akan memulakan langkah ke ABC yang memakan masa tujuh hari enam malam pergi balik. Di sini sherpa atau potter akan memainkan peranan membantu membawa beg pendaki serta peralatan. Pendaki hanya perlu membawa beg kecil mengandungi baju hujan, air dan bekalan makanan ringan sebagai bekalan tenaga sepanjang perjalanan. Pekan yang menjadi laluan pendaki bergantung kepada pilihan masing-masing, antaranya Pothana, Jhinu, Sinuwa, Bamboo, Himalaya dan Deurali. Menariknya penduduk di situ masih menggunakan cara tradisional menanam padi dan gandum yang menjadi makanan utama mereka. Mereka menggunakan baja organik daripada lembu serta seladang peliharaan dan boleh dikatakan kehidupan mereka langsung tidak disentuh permodenan. Ketua ekspedisi, Mohd Zaifullah Mustafa, 35, berkata semakin jauh perjalanan, semakin banyak pemandangan indah boleh dilihat di sepanjang banjaran. "Macam-macam kami jumpa dan lihat. Daripada gunung yang hijau puncaknya bertukar kepada gunung diliputi salji, daripada penduduk bercucuk tanam kepada penduduk yang menyara hidup mencari kayu api atau bekerja sebagai sherpa. "Memang tiada kenderaan memasuki laluan ini kecuali keldai sekali gus menjadikan khidmat sherpa bukan saja diperlukan pendaki asing tetapi penduduk tempatan untuk mendapatkan bekalan harian mereka," katanya. Himalaya bermula apabila semua gunung berakhir. Walau di manapun trek dipilih, majoriti laluan adalah pada ketinggian 1,000 meter dan 3,000 meter daripada paras laut. Kebanyakan masa pendaki akan dihabiskan pada ketinggian 1,500 hingga 2,000 meter. Mendaki pada ketinggian ini akan mendedahkan kepada 'Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu keadaan menyebabkan pendaki dipengaruhi faktor ketinggian. Antara tandanya ialah pening, loya, gayat, keletihan melampau, sesak nafas, kurang selera makan dan sakit kepala. Dari Deurali ke Machapuchee Base Camp (MBC), suhu mula turun dan suhu waktu malam mencecah antara 2 Celsius hingga -9 Celcius. Bahkan, jika cuaca buruk, salji juga akan turun di sini. Pada hari ketiga pendakian, mereka sampai ke MBC yang turut menempatkan kabin untuk pendaki bermalam. Disebabkan kabin di ABC sudah penuh, mereka hanya naik ke ABC sebelum turun semula ke MBC untuk bermalam. Laluan dari MBC ke ABC sentiasa diliputi salji tetapi tahap ketebalannya bergantung kepada musim. Ketika inilah penting pendaki mematuhi arahan pemandu pelancong untuk mengelak mereka tersalah trek kerana kemungkinan laluannya licin dan berlubang. INFO: Sejarah pendakian di Nepal

  • Nepal mula membuka laluan ke gunung ganang ini kepada pendaki seluruh dunia pada tahun 1949 Bagaimana ke sana
  • Peserta boleh menggunakan khidmat World Vision Travel & Tours berpangkalan di Thamel, Kathmandu, Nepal. (www.worldvisiontours.com