skip to main |
skip to sidebar
Hmm..sukar nak buat pilihan. Tambah lagi jika kita memang tak berminat pun nak jadi kedua-duanya. Lebih memeningkan, apa perkaitannya dengan kehidupan kita? Kenapa perlu pilih antara Petani atau chef yang ternyata bukan bidang pilihan kita?Sebenarnya opsyen ini ditujukan untuk pembangun perisian termasuklah perisian e-learning. Bagi petani, untuk mereka mendapat hasil tanaman, mereka perlu bajak tanah, buat pembetung, tanam benih, semai, baja, siram air dan sebagainya. Selepas berbulan-bulah, barulah mereka mendapat hasilnya perahan dari keringat dan kudrat sendiri.
Chef pula jika ingin menghasilkan makanan yang sedap (cth fetucini atau spaghetti) hanya perlu mengambil bahan-bahan yang dah sedia dalam dapur. Mereka tak perlu tanam sayur atau ternak ayam dan lembu seperti petani untuk memasak sepinggan spagetti. Hasilnya cukup menyelerakan dan mampu disiapkan dalam 20 minit sahaja.Dalam dunia pembangunan perisian, pembangun perlu bijak menggunakan platform sedia ada untuk membangunkan sistem yang baru. Dalam erti kata lain, mereka tidak lagi perlu bermula dari 0 kerana ia tentunya akan melibatkan kos, tenaga dan masa yang lebih tinggi. Lebih baik gunakan apa yang sudah ditawarkan dalam dunia IT yang penuh dengan perisian, sumber rujukan, keratan kod, manual dan dokumentasi samaada open source atau propietary.Oleh itu, sekali lagi, adakah anda mahu menjadi petani atau chef?