Pages

Showing posts with label puisi. Show all posts
Showing posts with label puisi. Show all posts

Monday, August 31, 2009

Malaysiaku

Tanggal 31 Ogos 2009 Merupakan tarikh keramat bagi seluruh Warganegara persekutuan Malaysia laungan Merdeka..Merdeka…Merdeka… menandakan genap 52 tahun merdeka Malaysia tanah kebanggaanku Ibu pertiwi warisan negara bangsa Aman sentosa dan terus jaya Dibawah peminpin berkarisma tinggi Dibawah payung satu Malaysia Warganegara hidup aman bahagia Melayu,Cina, India,Iban dan Dusun Semuanya hidup penuh muafakat Tiada sengketa, dengki dan kianat Malaysiaku kini 52 tahun merdeka Berdiri gagah di bumi bertuah Namamu mahsyur seantero dunia Menjadi kebanggaan setiap warganegara Malaysia tanah tercinta Jasamu begitu tinggi kepada nusa dan bangsa Membuatkan kami bersyukur ke hardrat illahi Kerana nikmat yang dilimpahkan-Nya. Jika orang lain cuba menggugat keamanan Malaysia Kami semua akan berganding bahu mempertahankan ibu pertiwi tercinta Agar tidak diceroboh oleh bangsa durjana Negaraku Malaysia Aku bangga menjadi wargamu Aku bangga menjadi wargamu Malaysia dihatiku kini dan selamaya. “52 TAHUN MALAYSIAKU MERDEKA”-Amin 1.07AM (31 Ogos 2009) Nukilan: Eizal_Upsi

Thursday, August 13, 2009

Bahaso jiwo bangso Nayu Klate

Laarea tok sruppo dengen suroh Hok comey bakppo duk ppakat kato udoh Saye soh doh laeng dengen beci Jerok mamen tok serupo dengen jerok celagi Takot ado keno mengeno dengen ketha gega Serupo dagho ado ssabit dengen apa Ngigha sbenarnya ada sabit dengen kemama Selok tak dok bezzo dengan tok kaba Sapo kato buluh tu galoh Sapo kato ttekeng tu tok bkkekoh Nakka laeng sikit dengen jahhat Dawa pun oghe duk pangge khawak Kalu tunggo tok srupo tughuh paga Sengotilah tolo tok srupo dengen panda Lagu mana ggadoh, belah tu jugoklah lorghat Toksohlah wak loloq tok kena hok mano ddakak Hok mano kkhabak. Demey tok keboh bezzo dengen leloh Senyung semeweh tok serupo dengen sengeh Bbaling tu laen dengen kipah anging Breng abe sikit jah pado kerah keng Kito tok leh wak tok tetu kalu Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu Kito duk ghalit berembah bbadi cah keting Oghe laeng gi seghuh-seghah, Kito dok ppakat gheboh teguling Ulat kekek jangen wi ttuka dengen ulat belucah Jale bejeket jangen kato srupo dengen hungga derah Kalu kkarak buleh agi kito tteri Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi? Payoh sengoti nok bekecek nok bbkiro Culah lagu lain tok srupo dengen celiko Payoh jugk nok bezzo mano lakonen mano sendiwaro Hok sengotinyo, manih lleting tu belung tetu ibu gulo!

Thursday, July 23, 2009

Keistimewaan Syaaban

Sabda Nabi s.a.w. :- ‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’ Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. Berkata Siti Aisyah r.a. :- ‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’ Sabda Nabi S.A.W :- ‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’ Sabda Nabi S.A.W :- ‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’ Bulan Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- ‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Sabdanya lagi :- ‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban. Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya :- ‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’ Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- ‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :- Orang yang kekal minum arak. Orang yang derhaka dua ibubapanya. Orang yang kekal dalam zina. Orang yang banyak berkelahi. Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.’

Aku Pernah dan .....

Aku pernah terfikir untuk... Aku pernah juga terdetik dihati... Aku pernah juga bermimpi... Aku pernah juga hampir ... Namun semua yang aku... Aku terima... Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

Wednesday, July 8, 2009

Bulan yang Dinantikan

Bulan Rejab, bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan. Bulan Rejab, Hadirmu telah membawa diriku tertolak untuk melakukan amal-amal kebaikan. Bulan Rejab, Bulan menyemai benih keimanan dan ketakwaan kepada Maha pencipta. Bulan Rejab, Hadirmu membawa 1001 makna kepada muslimim dan muslimat di seluruh seantero dunia. Bulan Rejab, marilah sama-sama kita melakukan amal ibadah puasa ini dengan penuh tawaduk dan sabar.

Friday, May 1, 2009

Serangkap Puisi Untuk Za’ba

Za’ba seorang pemikir Melayu yang terulung… Za’ba seorang pejuang bahasa dan sastera Za’ba seorang nasionalis Melayu Za’ba seorang ilmuan Islam Za’ba pejuang bangsa dan negara Za’ba seorang pengkritik yang hebat Za’ba seorang yang amanah,sabar dan tabah Dalam diri Za’ba ada segala-galanya……

“Bahasa dipertahan, sastera dijunjung dan sejarah Bangsa diagungkan”

Thursday, March 12, 2009

Bumi Saudaraku Hancur

kanak-kanak, wanita,lelaki,dan orang tua yang sayu

dan hiba kedengaran meminta pertolongan dunia…

Buminya bukan dituruni hujan dan kilauan pelangi

Bukan juga dituruni kilat dan petir

Sebaliknya dihujani dengan peluru senjata uranium

Yang bertebaran di merata-rata tempat dalam mengejar mangsanya

dan membunuh setiap isi bumi

bertuah GAZA…

Rumah,harta benda,pokok dan tumbuh-tumbuhan

semuanya habis lenyap di bom akibat tangan-tangan

ZIONIS yang tidak berperikemanusiaan…

Dahulu jika air sungainya mengalir dengan bersih dan jernih

kini telah dicemari dengan gelodak peluru bom serta

darah manusia yang tidak berdosa sehingga

menjadi merah pekat …

genap 22 hari di bumi GAZA,

rejim zionis tidak mahu berganjak

keluar …

dek kerana tamak dan sombong kepada dunia

dan Maha Pencipta..

ayuh bangkitlah wahai pertiwi

bagun dan pegang senjata imanmu

agar ZIONIS dilaknat di muka bumi ini...

wahai saudaraku di GAZA….

Usahla kau takut dan bimbang

Aku dan seluruh manusia yang berjiwa berperikemanusiaan

Akan sentiasa menyokong dan menentang

Kekejaman walaupun nyawa melayang…

Ingatlah wahai saudaraku…

Jagalah hak kedaulatan negaramu dan jangan

Mudah mengalah kerana aku pasti dan yakin bahawa

Dikau di GAZA memiliki jiwa yang kuat dan tidak mudah putus asa ...

Nukilan;

Khaer, Tanjung Malim (UPSI) 22/01/09

5:18pm

Monday, March 9, 2009

Puisi-Puisi Dari Antalogi Puisi Keranda 152 Tulisan: SN Usman Awang

KERANDA 152 Anak Melayu panas dadamu membakar baju kita arak keranda 152 ke tanah perkuburannya Parlimen Sepuluh tanah nafas ini terhenti hari ini jangan lagi menyanyi Sebentar lagi malam akan tiba tiap pintu dan jendela sudah dijaga bayang-bayang tidak bisa lewat jalan raya Anak Melayu namamu telah diseru jawablah sebelum lidahmu jadi bisu Usman Awang (1967) MALAM ITU DI BALAI BUDAYA Malam itu di Balai Budaya Api dan Air Mata Malam itu di Balai Budaya seorang guru tua berbicara ‘Berarak ke Parlimen, aku di muka’ Malam itu di Balai Budaya seorang peguam muda berteriak ‘Ayuh, mari kita berarak’ Malam itu di Balai Budaya para pelajar berikrar “Dada kami sedia dibakar’ Malam itulah juga parlimen jadi pertanda memenggal leher BAHASA Usman Awang 3 Mac 1967 "Maju Bangsa Kerana Bahasanya"