Pages

Showing posts with label Mutiara kata. Show all posts
Showing posts with label Mutiara kata. Show all posts

Sunday, August 30, 2009

Kekayaan yang hilang dapat dikejar kembali dengan kerajinan dan jimat cermat. Kesihatan yang hilang boleh direbut kembali dengan ubat-ubatan. Akan tetapi waktu yang hilang pasti tidak akan kembali Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina

Tuesday, August 11, 2009

Refleksi Diri

"Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa." "Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu." ~ Whittier

Thursday, July 30, 2009

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada yang abadi, Kasih tuhan tiada bertepi, sayang tuhan janjinya pasti"
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (al-Kafirun ayat 1-6) P/S: "Celik Manusia Kerana Agama Islam"

Wednesday, July 22, 2009

Renungan untuk Hamba-Nya

"Sesungguhnya besar ganjaran adalah dengan besarnya ujian. Sesungguhnya Allah jika Dia mengasihi sesuatu kaum, nescaya mereka akan diuji dengan ujian. Barangsiapa yang redha maka baginya keredhaan Allah. Barangsiapa yang tidak bersabar, nescaya Allah juga tidak akan bersabar dengan mereka!" (Riwayat At-Tirmizi & Ibn Majah) Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, nescaya Dia akan mengujinya dengan kesusahan" (Riwayat Al-Bukhari

Didaktik Moral

"Jika anda bersahabat, bersiaplah berkorban demi Sahabat anda tersebut. Jika ada berselisih faham dan bermusuhan dengan sahabat anda tentang sesuatu perkara, maka bersiaplah untuk mengalah demi kelansungan persahabatan kalian semua." p/s: Ya! kita semua sudah mengetahui bahawa bukan mudah untuk memaafkan kesalahan orang lain lebih-lebih lagi kepada orang yang kita percaya misalnya seorang sahabat. tetapi ape boleh wat kan itulah adat permainan dunia dan kita semua perlu akur tentangnya.So,Setiap orang tidak akan terkecuali "menjadi watak" dalam permainan ini. "Gred" seperti gred Gembira,sedih, kecewa,terharu, sangsi dll itulah salah satu gred yang kita akan dapat dalam permainan dunia ini. Siapa yang menang nasib baiklah dan siapa yang kalah sabor jerla eak.Sesungguhnya setiap ujian dan cabaran itu datangnya daripada Allah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambanya di dunia ini.

Sunday, July 19, 2009

Hadis Sahih Bukhari

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi saw. sabdanya: "Apabila udara sangat panas, maka solatlah kalau udara sudah agak dingin. kerana udara yang sangat panas itu bertiup dari neraka jahannam. Dan mengadulah neraka kepada Tuhannya, "Sebahagian ku memakan sebahagian yang lain." Maka Tuhan mengizinkannya berhembus dua kali, satu kali di musim dingin dan satu kali di musim panas. Maka itulah yang kamu rasakan, bersangatan panas di musim kemarau dan bersangatan dingin di musim dingin."

Hadis Riwayat Imam Nawawi.

" Daripada Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'