Sunday, July 19, 2009
Tips Mengurangkan Stress (Motivasi Diri)
Hadis Sahih Bukhari
Hadis Riwayat Imam Nawawi.
Secangkir Memori, Sesegar Kenangan
Kenangan Abadi 6 perniagaan 1 (6A1 sesi 2004/05)
Hampir tiga tahun kita semua tidak berjumpa dan bergurau senda bersama-sama. Perasaan rindu tiba-tiba tercetus, lalu menggamit jiwaku pada waktu pagi yang tenang dan nyaman.Masih lagi terbayang detik-detik kita bersama semasa berada di alam persekolahan. Dimanakah kalian semua? Adakah kalian semua masih ingat kepadaku?. Daku berharap Semoga kalian semua sentiasa berbahagia dengan kehidupan masing-masing.Oleh itu, Semoga persahabatan yang kita bina tidak terhenti begitu sahaja. InsyaAllah jika ada umur yang panjang bertemu kita lagi.
Wednesday, July 8, 2009
Bulan yang Dinantikan
Sunday, May 10, 2009
Coretan Rasa
"Pada kesempatan ini saya ucapkan selamat Hari ibu kepada ibuku yang aku sayangi. Tanpanya pasti aku tidak akan wujud di dunia ini. Selamat Hari Ibu, Normah Binti Daud"
"Kepada kawan-kawan semua selamat menempuh peperiksaan akhir di UPSI, semoga kalian semua berjaya dan mendapat keputusan yang baik. Good Luck semua"
"Selamat bercuti semua. Alangkah damainya semasa berada di kampung nanti"
Friday, May 1, 2009
Serangkap Puisi Untuk Za’ba
Za’ba seorang pemikir Melayu yang terulung… Za’ba seorang pejuang bahasa dan sastera Za’ba seorang nasionalis Melayu Za’ba seorang ilmuan Islam Za’ba pejuang bangsa dan negara Za’ba seorang pengkritik yang hebat Za’ba seorang yang amanah,sabar dan tabah Dalam diri Za’ba ada segala-galanya……
“Bahasa dipertahan, sastera dijunjung dan sejarah Bangsa diagungkan”
Monday, March 30, 2009
Kota Amsterdam, kota Kedamaian
JIKA anda menyukai sesuatu yang romantis tapi pada masa sama mahukan cabaran, Amsterdam tentunya destinasi pilihan tepat untuk anda menghabiskan sisa cuti bersama teman atau keluarga. Di sini, peluang untuk bersiar-siar menyoroti isi muzium seni sentiasa terbuka atau menikmati suasana tenang sambil menghirup secangkir kopi di kafe yang memenuhi sisi jalan pastinya akan terakam sebagai kenangan terindah.
Tapi awas, terutama kepada mereka yang belum pernah bertandang ke kota Amsterdam, berhati-hati ketika berada di jalanan kerana jalan di sana sesak dengan penunggang basikal yang tidak peduli pada undang-undang jalan raya. Begitu juga dengan penunggang motosikalnya yang tidak menghiraukan orang sekeliling malah berani menggunakan telefon bimbit ketika menunggang kenderaan itu. Topi keledar, jauh sekali.
| Kunjungi Madame Tussauds untuk melihat patung lilin selebriti terkenal. |
Jika anda berpeluang ke Amsterdam atau mengimpikan untuk datang ke sini, usah gusar kerana ia destinasi tepat untuk anda yang mahukan percutian bajet atau secara backpackers. Selain mempunyai banyak pilihan hostel dan hotel murah, sistem pengangkutan di Amsterdam juga mesra pelancong. Bagi memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, beli tiket pengangkutan awam dipanggil strippenkaart. Di sana juga ada sistem tram yang mudah untuk pelancong tapi awasi barangan berharga milik anda kerana ramai penyeluk saku sentiasa memerhati langkah pelancong yang kelihatan teragak-agak. Ketahui juga bahawasanya di sana undang-undang jual beli dadah dan alkohol tidak sama dengan negara lain. Di kebanyakan kedai, dadah boleh dijual di dalam kuantiti yang kecil asalkan ia tidak diiklankan atau dijual kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun.
| Dam Square bukti asal Amsterdam daripada empangan. |
Monday, March 23, 2009
Sains Bumi dalam Al-Quran
KEGELAPAN DALAM LAUTAN DAN GELOMBANG INTERNAL
"Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun. Surah An-Nur: 40)
Persekitaran umum dasar laut diterangkan dalam sebuah buku bertajuk Ocean.
Kegelapan di dasar laut dan lautan ditemui sekitar kedalaman 200 meter dan ke bawah. Pada kedalaman ini, di sana hampir-hampir tidak terdapat cahaya. Di bawah kedalaman 1000 meter, di sana langsung tidak terdapat cahaya.
| |
Hari ini, kita dapat mengetahui struktur umum mengenai lautan. Sifat-sifat makhluk hidupan di dalamnya, salinisasinya melalui pengetahun tentang kadar kandungan air, kawasan dan kedalamannya. Kapal selam dan peralatan khusus yang dibangunkan dengan teknologi moden, membantu saintis untuk merakamkam maklumat seperti ini.
Manusia tidak mampu menyelam lebih dari 40 meter ke bawah tanpa sebarang bantuan atau peralatan khusus. Mereka tidak dapat bertahan tanpa peralatan di dasar, bahagian yang gelap di lautan, seperti pada kedalaman 200 meter. Atas sebab ini, para saintis hanya akhir-akhir ini mampu menyingkap maklumat terperinci mengenai lautan ini. Bagaimanapun kenyataan 'gelap gelita di lautan yang dalam' telah pun di selitkan di dalam surah An-Nur 1400 tahun dahulu. Ianya sudah pasti satu dari keajaiban Al-Qur'an di mana maklumat seperti ini dikhabarkan ketika di mana tidak ada sebuah peralatan pun yang dapat membantu manusia untuk menyelam ke dasar lautan.
Sebagai tambahan, fakta di dalam ayat 40 surah Nur: gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; menarik perhatian kita kepada satu lagi keajaiban Al-Qur'an.
Para saintis baru-baru ini telah menemui bahawa di sana terdapat gelombang ombak di dalam lautan, yang mana terjadi pada kepekatan sempadan dua permukaan di atas lapisan-lapisan yang mempunyai kepekatan berbeza. Gelombang internal ini melitupi air laut yang dalam kerana bahagian yang jauh ke dalam mempunyai kepekatan yang lebih tinggi dari air yang berada di atasnya. Gelombang internal bertindak seperti ombak di permukaan lautan. Ianya boleh berpecah sama seperti ombak di permukaan. Ombak internal ini tidak dapat dilihat dengan mata manusia, tetapi ia dapat dikesan dengan mengkaji perubahan suhu atau salinisasi pada suatu kedudukan yang diberi.
Kenyataan yang terdapat di dalam Al-Qur'an berbunyi secara mutlak selari kepada penjelasan di atas. Tanpa perlu kepada pengkajian, seorang dapat melihat dengan jelas ombak pada permukaan laut. Tatapi suatu yang amat mustahil bagi seseorang untuk melihat ombak di dalam laut (internal). Sebenarnya, dalam surah Nur, Tuhan menarik perhatian manusia kepada satu lagi jenis ombak yang berlaku di dalam lautan. Suatu yang pasti, fakta ini yang baru ditemui oleh saintis baru-baru ini, menunjukkan sekali lagi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Tuhan.
SUSU IBU
Susu ibu adalah satu sebatian yang tiada tandingan yang diciptakan oleh Tuhan yang merupakan sumber-makanan yang bermutu tinggi bagi bayi yang baru lahir dan merupakan saru sebatian yang meningkatkan kerintangan melawan penyakit. Sekalipun makanan bayi tiruan yang dihasilkan oleh teknologi terkini tidak dapat menggantikan sumber nutrisi ini yang sungguh menakjubkan.
Setiap hari, faedah susu ibu ini kepada bayi ditemui. Satu dari fakta bahawa sains telah menyingkap mengenai khasiat susu ibu ialah bahawa proses penyusuan selama dua tahun selepas kelahiran adalah sangat berfaedah. Tuhan memberikan kita satu maklumat penting yang ditemui oleh sains baru ditemui kini, dengan ayat "….. susuannya mengambil dua tahun" 1400 tahun lalu.
Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah megandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menceraikan (dari susuan) dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. (Surah Luqman; 14)
PENGENALAN DIRI DALAM CAP JARI
Ketika Tuhan menyatakan dalam Al-Qur'an bahawa amat mudah bagiNya untuk membangkitkan manusia selepas kematian, cap jari manusia secara khusus ditekankan;
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang-temulangnya?. Bahkan, Sebenarnya Kami berkuasa untuk menyusun (kembali) jari-jemarinya dengan sempurna. (Surah al-Qiyamah; 3-4)
Kepentingan dalam cap jari mempunyai pengertian yang istimewa. Ini adalah kerana set cap jari setiap orang adalah unik bagi dirinya. Setiap orang yang hidup atau pernah hidup dalam dunia ini mempunyai satu set cap jari yang unik.
Ini adalah sebab mengapa cap jari diterima sebagai satu bukti penting pengenalan diri, yang eksklusif kepada pemiliknya, dan digunakan untuk tujuan pengenalan identiti di seluruh dunia.
Tetapi apa yang lebih penting ialah bahawa ciri-ciri cap jari ini baru ditemui pada akhir kurun ke 19. Sebelum itu, manusia menanggap cap jari adalah satu lengkungan yang biasa tanpa sebarang kepentingan atau pengertian yang spesifik. Bagaimanapun dalam Al-Qur'an, Tuhan mengisyaratkan cap jari, fakta yang tidak menarik minat siapa ketika itu, dan menarik tumpuan kita kepada kepentingannya- satu kepentingan yang akhirnya baru difahami hari ini.
Masya Allah....
Keajaiban Saintifik Al-Qur'an
| |
Satu dari sifat-sifat laut yang baru kini ditemui ialah apa yang dinyatakan dalam sepotong ayat Al-Qur'an sebagai berikut;
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya (lautan) ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.Surah ar-Rahman;19-20.
Sifat lautan, sekalipun larut bersama-sama ialah satu sifat penelapan yang 'memisahkan' antara dua laut, adalah satu penemuan dalam bidang oceanographi. Hasil dari satu daya fizikal yang dipanggil 'ketegangan permukaan' (surface tension), kandungan air dalam dua laut yang berbeza tidak akan bercampur. Disebabkan oleh kepadatan cecairnya, ketegangan permukaan menghalang larutannya dari bersebati dengan yang lain, seolah terdapat di sana satu dinding nipis yang memisahkannya.
Apa yang menarik ialah sewaktu manusia belum mempunyai sebarang asas pengetahuan dalam bidang fizik, 'ketegangan permukaan' atau oceanographi, fenomena ini telah pun dinyatakan ketika Al-Qur'an diwahyukan.
PERGERAKAN GUNUNG-GANANG
Dalam sebaris ayat, kita telah dimaklumkan bahawa gunung-ganang bukanlah kaku seperti yang kita lihat, tetapi adalah dalam pergerakan secara berterusan.
Dan kamu melihat gunung-gunung itu, kamu menyangka ianya tetap di tempatnya, padahal ia bergerak seperti geraknya awan.Surah an-Naml;88.
Pergerakan gunung-ganang ini adalah disebabkan oleh gerakan dalam kerak bumi di mana ia terletak. Kerak bumi 'terapung' di atas lapisan mantel, yang lebih padat. Pada awal kurun ke 20, pertama kali dalam sejarah apabila seorang saintis jerman bermana Alfred Wegener mengemukakan bahawa benua-benua bumi sebenarnya bergabung bersama ketika ia terbentuk pertama kali, tetapi kemudian hanyut dalam arah yang berbeza-beza, dan akhirnya terpisah ketika bergerak menjauhi antara satu sama lain.
Pakar geologi baru hari ini menyedari bahawa Wegener sebenarnya adalah benar ketika mengemukakan fakta ini pada tahun 1980 an, 50 tahun selepas kematiannya. Seperti yang dinyatakan oleh Wegener dalam artikel yang diterbitkan pada tahun 1915, daratan bumi terbentuk dalam satu gugusan daratan 500 juta tahun lalu, dan daratan besar ini yang dipanggil Pangaea, terletak di kutub selatan.
Melalui anggaran, 80 juta tahun lalu, Pangaea terbahagi kepada dua bahagian yang hanyut dalam arah yang berbeza. Satu dari benua gergasi ini ialah Gondwana, yang meliputi Afrika, Australia, Antartika dan India. Bahagian yang satu lagi dipanggil Laurasia yang meliputi Eropah, Amerika utara dan Asia kecuali India. Lebih dari 150 juta tahun selepas pemisahan ini, Gondwana dan Laurasia berpecah kepada bahagian yang lebih kecil.
Semua benua ini yang timbul selepas penghayutan dataran Pangaea, bergerak secara konstan di permukaan bumi pada kadar beberapa sentimeter setahun, pada masa yang sama menyebabkan perubahan keseimbangan laut dan darat di bumi.
Ditemui sebagai satu hasil kajian geologikal yang dijalankan pada awal abad ke 20, pergerakan kerak bumi ini dijelaskan oleh saintis sebagai berikut;
Kerak dan bahagian atas mantel, dengan ketebalan hampir 100 kilometer, terbahagi kepada beberapa segmen dipanggil daratan. Terdapat enam daratan besar dan beberapa daratan kecil. Berdasarkan kepada teori dipangil 'tektonik daratan', daratan ini bergerak berpusing permukaan bumi, dengan membawa benua-benua dan lantai lautan bersamanya….pergerakan benua telah disukat pada kadar 1-5 sentimeter per tahun. Pergerakan daratan yang berterusan ini akan mengubah sedikit demi sedikit kedudukan geografi dunia. Setiap tahun, sebagai contoh, lautan Atlantik menjadi sedikit lebih luas.
Di sana harus dinyatakan beberapa fakta penting; Tuhan merujuk pergerakan gunung-ganang sebagai satu gerakan 'penghanyutan' dalam ayat tersebut. Hari ini, saintis moden juga menggunakan istilah "hanyutan benua' untuk fenomena ini.
Suatu yang tidak diragui ialah satu dari keajaiban Al-Qur'an ialah fakta saintifik ini yang baru diketahui baru-baru ini melalui bidang sains, telah pun dikhabarkan dalam Al-Qur'anKASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.
ITULAH sedikit dari bait-bait lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…
- Kuat agamanya Biar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yang taat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun dia pemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
- Baik akhlaknya Ketegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara. Mudah di bawa berbincang. Tidak terlalu berahsia.
- Tegas mempertahankan maruah Pernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam? Adakah dia jujur sebagai pelindung maruah seorang perempuan?
- Amanah Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, bila berjanji tidak ditepati, lupakan saja si dia.
- Pemurah tetapi tidak boros Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
- Tidak liar matanya Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.
- Terbatas pergaulan Sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup bebas.
- Rakan pergaulannya Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
- Bertanggungjawab & setia Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab. Setia mengharungi hidup bersama walau susah mahupun senang.
- Tenang wajah Apa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.
INSYAALLAH saya akan menjadi seperti ciri-ciri diatas- Amin
Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya.
Diet Mengikut Jenis Darah
Diet berdasarkan golongan darah pertama kali diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D´Adamo yang menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk dalam tubuh badan. Lektin adalah protein yang terdapat pada makanan, khususnya tumbuhan kekacang. Setiap protein makanan yang diserap tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.
Dalam bukunya, “Eat Right For Your Type” yang diterbitkan pada tahun 1996 menerusi kajian yang dijalankan bertahun-tahun itu menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindakbalas yang berbeza terhadap makanan berdasarkan jenis darah yang dimiliki. Menurutnya, diet yang tidak berjaya berkait rapat dengan perkaitan ini dengan menambah bahawa lektin makanan yang tidak serasi dengan jenis darah tertentu akan membawa komplikasi buruk terhadap kesihatan individu antaranya penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain.
Ini berbeza dengan pengambilan makanan yang sesuai dengan jenis darah kerana ia memberikan kesan positif antaranya keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Selain itu pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dipercayai dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh.
Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’
Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
Ciri khas individu jenis darah A:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging • Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak • Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga • Cukup beristirehat
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat Snek: Jus anggur / kopi Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
Ciri khas golongan darah B:
• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging. • Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. • Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak Snek: Jus anggur Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.
Ciri khas individu jenis darah AB:
• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju Snek : Yogurt Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba Snek: Kek keju dan teh herba Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi
DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’
Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.
Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.
Ciri khas golongan darah O:
• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain • Mudah mengadaptasi berbagai makanan • Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik • Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian
Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang Snek : Teh herba Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal Snek : Sepotong kuih Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.
Saya dan Tomato
Baru-baru ini saya ada bertemu dengan seorang teman lama. Berbual pelbagai-bagai perkara, dari isu semasa belajar hinggalah kehidupan terkini. Dulu dia bukanlah pelajar yang menonjol. Selalu duduk kat baris belakang. Kalau pensyarah tanya mula la dia menggelabah.
Tak banyak beza sikapnya dahulu dan sekarang. Mudah panik dan lurus bendul. Apa yang berbeza adalah dia semakin cantik dan kulit wajahnya putih dan lembut. Saya tanyakan juga padanya tentang rahsia dia menukar wajah (sebab dahulu kulitnya agak gelap dan kusam).
Dia tersenyum. Dengan yakin dia berkata dia hanya jaga pemakanan dan amalkan makan tomato setiap hari (walaupun dengan kadar yang sedikit - setengah atau 1/4 biji)
Balik rumah, saya pun tanamkan azam untuk jaga pemakanan dan amalkan makan tomato. Hehehehe… biasalah wanita, mudah terpengaruh. Tapi tak apa la kan, benda baik!
Saya cuba makan sebiji tomato…alamak meloya sikit. Mungkin tak biasa kot. Tapi saya cuba cari maklumat tantang kebaikan tomato. Ermmmm..
Kekalkan Kesegaran Tomato
Sebaik-baiknya sebelum menyimpan jangan basuh tomato itu dan pastikan ia kering. Simpan didalam bekas yang kering dan ditutup rapat. Pastikan juga tempat simpanan tidak terkena sinaran matahari kerana tomato mudah layu dan kecut.
| Kelebihan Buah Tomato. |
| TOMATO buah berwarna merah dan boleh dimakan mentah. Namun, bukan semua orang menggemarinya! Tahukah anda tomato mengandungi pelbagai khasiat tersendiri, termasuk membantu mencegah penyakit berbahaya? Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Perunding Pemakanan di Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw John, berkata cara terbaik bagi menambah jumlah likopena di dalam badan manusia adalah melalui pengambilan makanan berasaskan tomato dan produk masakan yang diperbuat daripada bahan itu. Beliau berkata, berdasarkan kajian saintifik, likopena dapat membantu mencegah penyakit tertentu seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut. Likopena juga dapat membantu mengurangkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan sekali gus mengawal tekanan darah supaya stabil, katanya pada ceramah kesihatan The Red Campaign di ibu negara, baru-baru ini. Kempen itu dianjurkan oleh syarikat makanan global, Heinz, yang mengeluarkan sos tomato, perasa dan pelbagai aneka sos. Mary berkata, sumber terbaik untuk mendapatkan likopena ialah dari sos spagheti, jus tomato, tembikai, pes tomato, sup tomato, cili sos dan sos koktel. Beliau berkata, kira-kira 80 peratus likopena terkandung di dalam produk tomato dan buah tomato tetapi hakikatnya, tomato yang sudah dimasak mengandungi likopena yang lebih tinggi. Ini kerana, katanya, proses memasak akan memecahkan dinding sel tomato yang sekali gus membenarkan tubuh manusia menyerap likopena. Bagaimanapun, beliau berkata, sebaik-baiknya pastikan anda tidak menggunakan minyak dan lemak yang berlebihan ketika memasak untuk memastikan keberkesanan penyerapan likopena. |
Thursday, March 12, 2009
Bumi Saudaraku Hancur
kanak-kanak, wanita,lelaki,dan orang tua yang sayu dan hiba kedengaran meminta pertolongan dunia…
Buminya bukan dituruni hujan dan kilauan pelangi
Bukan juga dituruni kilat dan petir
Sebaliknya dihujani dengan peluru senjata uranium
Yang bertebaran di merata-rata tempat dalam mengejar mangsanya
dan membunuh setiap isi bumi
bertuah GAZA…
Rumah,harta benda,pokok dan tumbuh-tumbuhan
semuanya habis lenyap di bom akibat tangan-tangan
ZIONIS yang tidak berperikemanusiaan…
Dahulu jika air sungainya mengalir dengan bersih dan jernih
kini telah dicemari dengan gelodak peluru bom serta
darah manusia yang tidak berdosa sehingga
menjadi merah pekat …
genap 22 hari di bumi GAZA,
rejim zionis tidak mahu berganjak
keluar …
dek kerana tamak dan sombong kepada dunia
dan Maha Pencipta..
ayuh bangkitlah wahai pertiwi
bagun dan pegang senjata imanmu
agar ZIONIS dilaknat di muka bumi ini...
wahai saudaraku di GAZA….
Usahla kau takut dan bimbang
Aku dan seluruh manusia yang berjiwa berperikemanusiaan
Akan sentiasa menyokong dan menentang
Kekejaman walaupun nyawa melayang…
Ingatlah wahai saudaraku…
Jagalah hak kedaulatan negaramu dan jangan
Mudah mengalah kerana aku pasti dan yakin bahawa
Dikau di GAZA memiliki jiwa yang kuat dan tidak mudah putus asa ...
Nukilan;
Khaer, Tanjung Malim (UPSI) 22/01/09
5:18pm
Monday, March 9, 2009
Sambutan Maulidur Rasul perlu menjurus amalan ditunjukkan Nabi
SAMBUTAN Maulidur Rasul bukanlah upacara menyambut hari kelahiran seperti difahami kebanyakan orang Kristian menyambut kelahiran Nabi Isa al-Masih. Sesungguhnya perayaan Maulidur Rasul ialah mengingati serta mengenang jasa Rasulullah SAW membawa risalah untuk umat seluruhnya. Sebenarnya Nabi SAW sendiri tidak pernah mengadakan atau mengarahkan umatnya bersusah payah menubuhkan kumpulan marhaban, berzanji atau perarakan besar-besaran bagi membesarkan Baginda SAW. Namun begitu, demi cinta dan kasih umat Nabi Muhammad SAW terhadap Baginda SAW, maka majlis Maulidur Rasul diadakan setiap kali tibanya Rabiulawal. Ini semua bertujuan memperingati sejarah kelahiran dan episod unggul perjuangan Rasulullah SAW.
Sesungguhnya di sebalik peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal tahun Gajah itu, tersirat satu simbol pembebasan umat sejagat. Ia melambangkan berakhirnya zaman kegelapan jahiliah dan kebejatan moral yang akan diganti era cahaya iman dan keluhuran pekerti manusia. Kelahiran itu sekali gus menggegarkan dunia kezaliman dan keruntuhan akhlak sistem masyarakat jahiliah. Keputeraan Nabi yang maha agung ini juga diatur khusus oleh Allah SAW untuk mengeluarkan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak-akhlak yang mulia."
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Tidaklah aku utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk memberi rahmat untuk sekalian alam." (Surah al-Anbiya', ayat 107) Walau bagaimanapun, di sebalik rasa cinta umat Islam terhadap pemimpinnya Rasulullah SAW, ada kala kita melakukan kesilapan besar terhadap ajaran Rasul itu sendiri. Ada juga sesetengah masyarakat meraikan keputeraan Nabi SAW secara berlebihan menyebabkan pembaziran tenaga, masa dan wang. Ada sesetengah masyarakat menjadikan sambutan Maulidur Rasul sebagai satu adat turun temurun, jika tidak diadakan maka ia boleh memberikan suatu keaiban kepada masyarakat. Perkara ini sudah tentu lari daripada konsep menyambut Maulidur Rasul itu sebenarnya. Jika Rasulullah SAW masih hidup sudah tentu Baginda akan murka atas penyelewengan seperti ini. Baginda mungkin akan menangis melihat kejahilan umat akhir zaman meraikan Maulidur Rasul hingga melanggar batas diperuntukkan syarak.
Sewajarnya sambutan Maulidur Rasul menjurus kepada amalan kebaikan seperti ditunjukkan Rasulullah SAW sepanjang hayat Baginda SAW menegakkan agama Allah SWT melalui contoh teladan dipamerkan melalui perkataan serta perbuatan. Kasih sayang Rasulullah SAW kepada umatnya perlu dihargai dengan memastikan setiap ajaran dipegang dan disampaikan kepada generasi akan datang supaya kelangsungan perjuangan Rasulullah terus subur dalam jiwa umat Islam. Sesungguhnya di saat pemergiannya, lebih kurang 1400 tahun lalu, Rasulullah SAW pernah mengulang-ulang perkataan "Ummati, ummati...", kerana mengenang apa akan berlaku kepada umatnya nanti. Sekarang tiba masanya umat Nabi Muhammad SAW membuktikan bahawa mereka menghayati setiap ajaran Baginda SAW dengan menterjemahkan dalam kehidupan supaya umat Islam mencapai kecemerlangan seperti dicapai mereka yang memegang teguh peninggalan Rasulullah SAW.
Hari Kelahiran Pembawa Nur Allah
Salam...pada kesempatan ini penulis mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul
kepada kaum muslimim dan muslimat khasnya sebagai tanda syukur,gembira kerana Nabi Muhammad telah membawa sinar kepada manusia
Jadi apakah peranan kita dalam meraikan hari kelahiran RasulAllah ini? Sudah tentu kita meraikan kelahiran Nabi Muhammad denga memperbanyakkan zikir kepadanya, membuat maulid,menyebarkan sirah-sirah perjuangannya kepada masyarakat dan yang paling penting kita mencintai Rasulullah merupakan kewajipan terhadap kita sebagai umatnya.
Akhir kalam, SALAM SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL ALLAH NABI MUHAMMAD SAW.
Puisi-Puisi Dari Antalogi Puisi Keranda 152 Tulisan: SN Usman Awang
Sunday, March 8, 2009
gunung Annapurna
Pencapaian tertinggi dalam dunia pendakian itu dianggap 'lesen besar' di kalangan pendaki kerana kehebatan cabarannya sepanjang perjalanan ke puncak.
Namun, Nepal masih mempunyai banyak kawasan pendakian lain yang tidak kurang hebatnya iaitu Gunung Annapurna yang mempunyai ketinggian 6,983 meter dari paras laut dan tersenarai dalam 10 gunung tertinggi dunia. Semuanya itu mampu memberikan kepuasan kepada pendaki menjamah pengalaman berharga di banjaran Himalaya terutama bagi pendaki tegar. Satu kumpulan pendaki dari Malaysia dikenali sebagai GTF (Geng Take Five) turut menyahut cabaran merasai sendiri cabaran mencapai puncak Annapurna April lalu.
Mereka berkongsi pengalaman dengan pembaca Berita Minggu mengenai kenikmatan, cabaran sepanjang ekspedisi itu yang disertai 14 peserta. Jejak ke Annapurna Base Camp (ABC) bermula dari lapangan terbang di Kathmandu iaitu ibu negara Nepal yang menjadi pintu masuk ke gerbang pengembaraan tanpa had di Banjaran Himalaya. Mereka menaiki bas ke Pokhara, bandar yang menjadi laluan pertama ke ABC. ABC berada pada ketinggian 4,130 meter iaitu kem pertama yang mesti dilalui pendaki yang ingin menakluki Gunung Annapurna. Sepanjang perjalanan merentasi banjaran, mereka dihidangkan dengan pelbagai pemandangan cantik daripada segi landskap muka bumi serta cara hidup dan budaya penduduk tempatan.
| PENDUDUK tempatan turut menggunakan keldai untuk mengangkat barang keperluan harian. |
Dari Pokhara, pendaki boleh menaiki van atau teksi ke Fhedi iaitu 'check point' di mana pendaki akan memulakan langkah ke ABC yang memakan masa tujuh hari enam malam pergi balik. Di sini sherpa atau potter akan memainkan peranan membantu membawa beg pendaki serta peralatan. Pendaki hanya perlu membawa beg kecil mengandungi baju hujan, air dan bekalan makanan ringan sebagai bekalan tenaga sepanjang perjalanan. Pekan yang menjadi laluan pendaki bergantung kepada pilihan masing-masing, antaranya Pothana, Jhinu, Sinuwa, Bamboo, Himalaya dan Deurali. Menariknya penduduk di situ masih menggunakan cara tradisional menanam padi dan gandum yang menjadi makanan utama mereka. Mereka menggunakan baja organik daripada lembu serta seladang peliharaan dan boleh dikatakan kehidupan mereka langsung tidak disentuh permodenan. Ketua ekspedisi, Mohd Zaifullah Mustafa, 35, berkata semakin jauh perjalanan, semakin banyak pemandangan indah boleh dilihat di sepanjang banjaran. "Macam-macam kami jumpa dan lihat. Daripada gunung yang hijau puncaknya bertukar kepada gunung diliputi salji, daripada penduduk bercucuk tanam kepada penduduk yang menyara hidup mencari kayu api atau bekerja sebagai sherpa. "Memang tiada kenderaan memasuki laluan ini kecuali keldai sekali gus menjadikan khidmat sherpa bukan saja diperlukan pendaki asing tetapi penduduk tempatan untuk mendapatkan bekalan harian mereka," katanya. Himalaya bermula apabila semua gunung berakhir. Walau di manapun trek dipilih, majoriti laluan adalah pada ketinggian 1,000 meter dan 3,000 meter daripada paras laut. Kebanyakan masa pendaki akan dihabiskan pada ketinggian 1,500 hingga 2,000 meter. Mendaki pada ketinggian ini akan mendedahkan kepada 'Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu keadaan menyebabkan pendaki dipengaruhi faktor ketinggian. Antara tandanya ialah pening, loya, gayat, keletihan melampau, sesak nafas, kurang selera makan dan sakit kepala. Dari Deurali ke Machapuchee Base Camp (MBC), suhu mula turun dan suhu waktu malam mencecah antara 2 Celsius hingga -9 Celcius. Bahkan, jika cuaca buruk, salji juga akan turun di sini. Pada hari ketiga pendakian, mereka sampai ke MBC yang turut menempatkan kabin untuk pendaki bermalam. Disebabkan kabin di ABC sudah penuh, mereka hanya naik ke ABC sebelum turun semula ke MBC untuk bermalam. Laluan dari MBC ke ABC sentiasa diliputi salji tetapi tahap ketebalannya bergantung kepada musim. Ketika inilah penting pendaki mematuhi arahan pemandu pelancong untuk mengelak mereka tersalah trek kerana kemungkinan laluannya licin dan berlubang. INFO: Sejarah pendakian di Nepal
Kenyataan Faisal Tehrani Berhubung PPSMI

Kerajaan Barisan Nasional berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah menodai Perlembagaan Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 1 dan 6, Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 17 (1) Akta Pendidikan 1996.Adalah jelas lagi terang Kementerian Pelajaran melanggar Akta Pelajaran Kebangsaan 1961 yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah dan universiti dengan meneruskan
Sekiranya Barisan Nasional kembali berminat untuk mendapat dokongan ahli akademik, pemikir dan intelektual Melayu adalah wajar UMNO selaku parti teras merubah dasar aparteid terhadap bahasa kebangsaan ini. UMNO harus kembali kepada jatidirinya, iaitu menjadi parti Melayu jika ingin terus relevan.


