Membuat keputusan
6 years ago
Laarea tok sruppo dengen suroh
Hok comey bakppo duk ppakat kato udoh
Saye soh doh laeng dengen beci
Jerok mamen tok serupo dengen jerok celagi
Takot ado keno mengeno dengen ketha gega
Serupo dagho ado ssabit dengen apa
Ngigha sbenarnya ada sabit dengen kemama
Selok tak dok bezzo dengan tok kaba
Sapo kato buluh tu galoh
Sapo kato ttekeng tu tok bkkekoh
Nakka laeng sikit dengen jahhat
Dawa pun oghe duk pangge khawak
Kalu tunggo tok srupo tughuh paga
Sengotilah tolo tok srupo dengen panda
Lagu mana ggadoh, belah tu jugoklah lorghat
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano ddakak
Hok mano kkhabak.
Demey tok keboh bezzo dengen leloh
Senyung semeweh tok serupo dengen sengeh
Bbaling tu laen dengen kipah anging
Breng abe sikit jah pado kerah keng
Kito tok leh wak tok tetu kalu
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu
Kito duk ghalit berembah bbadi cah keting
Oghe laeng gi seghuh-seghah,
Kito dok ppakat gheboh teguling
Ulat kekek jangen wi ttuka dengen ulat belucah
Jale bejeket jangen kato srupo dengen hungga derah
Kalu kkarak buleh agi kito tteri
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti nok bekecek nok bbkiro
Culah lagu lain tok srupo dengen celiko
Payoh jugk nok bezzo mano lakonen mano sendiwaro
Hok sengotinyo, manih lleting tu belung tetu ibu gulo!
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sasterawan dan budayawan tanah air, Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai Dharmala NS, 62, (gambar) meninggal dunia di Hospital Selayang akibat serangan sakit jantung.Beliau meninggal dunia pada pukul 8.41 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Selayang pada Selasa lalu setelah mengadu sakit dada.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.
Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
P/S: Hayati dan fahami maksud yang terselindung disebalik kisah ini. fikir-fikirkanlah.
Ungkapan "Hello" sering kali kita terlihat dan terbaca dalam hamparan dada-dada blognya untuk ditujukan kepada mereka yang hendak dibicarakan olehnya. Jadi, siapa tidak kenal kalau bukan Sasterawan Negara yang baru iaitu Datuk Dr.Mohd. Anuar Rethwan atau dikenali sebagai Anwar Ridhwan yang dinobatkan sebagai penerima anugerah sasterawan Negara yang ke-10.Majlis penyampaian anugerah itu dijadualkan pada 20 Oktober 2009. Tahniah dan syabas diucapkan.
Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.Selepas tamat menjadi pengarah penerbit DBP, beliau ditawarkan menjadi pensyarah dan seterusnya menjadi Dekan Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, (1979) yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa selain diadaptasikan ke pentas teater sebanyak 14 kali.Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971)pernah muncul dengan novel terkenalnya,. Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).
Pencapaian
1. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)
2. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)
3. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)
4. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,
5. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)
6. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)
7. Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)
8. Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus
9. Anugerah Sasterawan Negara ke-10 (2009)-Terbaru
p/s: Berharap Dr.Anwar Ridhwan terus berjuang dan berbakti kepada dunia kesusasteraan Tanah air kita. Siapa lagi untuk terus mempertahankan sastera Malaysia kalau bukan penulis sastera itu sendiri dan juga pencinta bahasa dan sastera. Tahniah sekali lagi diucapkan.
"Sastera Pembina Negara Bangsa"
Mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar “berani memansuhkannya.”
Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.
“Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.
“Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan,”
Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru. Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya “kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA” sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.
“Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
“Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik,”
Jadi!,mungkin kita semua berasa hairan mengapa sekarang Pak Lah baru hendak bersuara tentang perkara ini?( Sama-samalah kita fikirkannya ).Warganegara mempunyai hak ke atas negaranya. Para pemimpin sewajarnya mendengar segala rintihan dan keluhan warganya. Segala kebajikan masyarakat perlu dijaga. Apabila pemimpin tidak memperdulikan dan tidak mengendahkannya, jalan yang terbaik adalah mengadakan demostrasi jalanan yang bermaruah. Hapuskan ISA dan bebaskan tahanan ISA. Kepada mereka yang akan menyertai perhimpunan gerakan memansuhkan ISA esok bermula jam 2.00 petang, saya berpesan kepada semua agar melakukannya secara aman dan tenang. Manakala, pihak polis ( FRU ), bertindaklah menggunakan akal yang rasional dalam melakukan tugas dan jangan terlalu emosional sehingga sanggup melepaskan water canon kepada mereka yang menyertainya. Kepada pemimpin, sedarlah akan kesalahan kalian semua, jangan terlalu mementingkan kuasa dan pengaruh politik masing-masing sehinggakan kepentingan warganegara diabaikan. Ayuh bangkit wahai warganegara,bebaskan tahanan & leburkan ISA di bumi Malaysia Tercinta..
Tarikh 1 Ogos (ESOK) dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.
Kes terbaru, di UPSI yang merupakan tempat saya belajar telah dikejutkan dengan kejadian penularan simptom virus Influenza A (H1N1),atau lebih tepat lagi ialah penularan selesema Babi. Ramai yang telah menjadi mangsanya terutamanya mereka yang tinggal di unit kediaman kolej KHAR, KUO,KZ, dan KAB serta tidak ketinggalan juga mereka yang tinggal di Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) seperti Bahtera Arkib, Taman Bahtera, dan lain-lain telah menyebabkan suasana panik dan risau menghantui pelajar-pelajar upsi. Keputusan yang dibuat oleh pihak universiti adalah sangat bijak iaitu membenarkan semua pelajar bercuti selama seminggu sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang kemungkinan penularan selesema Babi ini.
Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Seperti yang kita semua ketahui bahawa, wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.Jika mengalamai gejala ini, eloklah pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan. Mencegah lebih baik daripada terkena penyakit TsuBabi H1N1 ni..
Umum mengetahui bahawa daging babi haram dimakan sebagaimana Firman Allah swt :
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)" -[Surah al-Maaidah : 3]
Firman Allah swt :"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor" -[Surah al-Baqarah : 145]
P/S: Kepada rakan sekelas saya yang bernama Nurus Noor Hafizan Binti Taib yang disyaki mengalami simptom virus Influenza A (H1N1) saya dan rakan-rakan lain berdoa agar kamu cepat sembuh,sihat dan tidak menjadi mangsa H1N1 durjana.Sesungguhnya tiada ubat yang paling mujarab selain berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Tujuan kami ke sana adalah hendak mencari bahan untuk tesis dan bahan tugasan lain.Pada mulanya kami tidak mengetahui bahawa pada hari itu PNM telah mengadakan pesta jualan Buku. Jadi, Peluang yang ada didepan mata kami gunakan sebaik-baiknya dengan mencari buku-buku keluaran terbaru. Kehadiran kami juga sedikit sebanyak telah menyokong usaha perpustakaan Negara Malaysia, disamping dapat bersama-sama memeriahkan aktiviti yang telah dirancang untuk para pengunjung. Pelbagai lapisan masyarakat datang berkunjung ke sana, baik kanak-kanak hinggalah orang Dewasa. Masing-masing mengambil kesempatan membeli buku, berjumpa dengan para penulis,dan sebagainya. Pelbagai jenis buku dapat diperolehi pada hari itu iaitu daripada buku ilmiah sehinggalah kepada buku kanak-kanak.Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian saya,kebanyakan para peniaga membuat potongan harga buku sekitar 10- 15%. Diskaun niaga yang ditawarkan oleh peniaga sedikit sebanyak telah menggalakkan pengunjung membeli buku dengan lebih banyak.
Pada tahun ini terdapat sedikit kelainan berbanding pada tahun-tahun yang sebelumya. Hal ini kerana banyak aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh pihak penganjur seperti Program Car Boot - Book Sale,program bersama penulis, program pertukaran buku, demonstrasi seni Khat,kelab membaca sinar pintar,khidmat pemuliharaan buku Kempen Keahlian, Books On The Go, Program jualan buku,Jualan Buku Terbitan PNM dan macam-macam lagi aktiviti yang telah dibuat. Jika tahun lepas, aktiviti yang dibuat boleh saya katakan disini adalah hanya menjual buku sahaja. Sedang saya khusyuk menyelak-nyelak buku yang hendak dibeli, datang pula wartawan penyiaran dari stesen TV9 membuat liputan dan meminta saya memberi sedikit ulasan tentang program yang diadakan di PNM. Mahu tak mahu terpaksalah juga memberi ulasan serba sedikit tentang program yang dibuat pada hari itu.(sebenarnya diorang tak tau dalam dada gua mase diinterview macam nak tercabut jer jantung gua nie hahaha). Malu r kuar tv9.Tapi fikir-fikir, sekali sekala kuar dalam tv ape salahnye kan (action la plak dah)hehe.
Saleha Hussin
program bersama penulis. Program yang kami ikuti dan antara program yang saya sukainya.Hal ini kerana saya dapat berkomunikasi secara terus dengan penulis terkenal.Antara penulis yang saya bual bicara ialah Saleha Hussin iaitu seorang penulis wanita yang berkarisma,prolifik dan banyak membabitkan diri dalam beberapa genre penulisan termasuklah novel,cerpen dan puisi.Pada pendapat saya, Saleha Hussin merupakan seorang penulis yang slumber dan mudah mesra. Sempat juga kami bertanya tentang novel hasil tulisannya yang berjudul Pemburu Mimpi. Menurut keterangan Saleha Hussin, novel ini merupakan sebuah novel yang sarat dengan unsur (psikologi) dan lebih berkisar kepada dunia seseorang wanita(Emansipasi) . Jadi saya syorkan elokla wanita-wanita di luar sana membeli buku ini, heheheh...Harganya amat berpatutan cuma RM47 Jer dan boleh didapati di DBP atau kedai-kedai buku. Novel ini mengandungi 1250 mukasurat
sinopsis belakang buku:
"kita boleh hormat dia, Lina, tapi jangan minta lebih daripada itu. Akak tak mahu buat dosa pada dia. Biarlah dia pergi dik. Lagipun ... kita cuma anak perempuan. Kita bukan boleh menyambung zuriatnya. Kita tak boleh mengusung mayatnya ke kubur. Biarlah kita dengan hidup kita di sini. Selama ini pun , beginilah mak membesarkan kita semua. Biarlah dia dgn hidupnya di sana. Kita tak perlukan sesiapa..."
Kata-kata Dr Hamimah yang terakhir itu sungguh muktamad buat bapanya, Johan. Hatinya hancur luluh. Semua harapannya sudah musnah. Dia menangis dalam kesepian, tetapi apa kan daya, segala-galanya telah berlaku. Dia tidak berdaya memusingkan masa itu. dialah yang merncang semua ini. Tidak boleh disalahkan kepada takdir Tuhan. Tuhan hanya melorongkan permintaannya. Dia berusaha, bersusah payah untuk mendapat anak lelaki. Tuhan sudah pun memenuhi hajatnya.
Si anakkah yang bersalah kerana mengetepikan bapanya, atau si bapakah yang bersalah kerana pernah mengetepikan anak-anaknya? Sebagai pembaca, anda diminta menjadi pengadilnya. Pastikan anda membaca novel yang mengisahkan perjuangan wanita ini untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar adil.
Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin
Penulis kedua yang kami sempat bual bicara ialah Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, seorang penulis dan penerima S.E.A Write Award 2000. Seorang sasterawan bukan Melayu yang tidak asing lagi dalam dunia sastera negara. Seorang yang ramah,mudah mesra. berketerampilan dan berkarisma. Peluang ini digunakan sebaik-baiknya, kami sempat bertanya tentang biodata dirinya serba sedikit, apa yang baru diketahui oleh saya ialah Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin merupakan bekas pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Machang, kelantan (SMKMK) yang merupakan sekolah saya belajar dari tingkatan satu hingga ke tingkatan enam. Kejayaan Beliau menjadi seorang sasterawan sedikit sebanyak telah menaikkan imej sekolah kami.
pengalaman Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin semasa menjadi guru di Kerilla, daerah Tanah Merah kelantan, turut dikongsi bersama kami. Kami amat kagum kepadanya kerana semasa hayat beliau menjadi guru, beliau menjadi seorang guru Matematik Moden tingkatan 4&5 dan bukannya guru mata pelajaran Sastera Cina mahupun Sastera Melayu. Katanya, menjadi guru bukannya mudah lebih-lebih lagi mengajar subjek Matematik yang sememangnya kurang digemari oleh kebanyakan pelajar sekolah.Pelbagai cabaran dan rintangan yang dialaminya semasa mengajar di alam persekolahan, dan ini sudah pasti memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang jitu. Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin pada pandangan saya seorang yang bijaksana dan berfikiran kreatif. Hal ini kerana, semasa mengajar dalam kelasnya beliau menggunakan Pendekatan yang bersahaja dan memahami pelajarnya (Psikologi)sehinggakan subjek yang diajarnya digemari oleh pelajar dan ramai anak muridnya lulus dalam mata pelajaran Matematik Moden. erm..Terdetik dalam jiwa kami ingin menjadi seperti Lim Swee Tin. (Berangan la konon haha).
" Saya sama seperti kamua(Pelajar ) iaitu kurang cekap dalam mengira dan kurang meminati dalam subjek matematik ini, jadi sama-samalah kita belajar subjek yang kita tidak minati ini sehingga kita boleh menguasainya"- ( Ungkapan beliau semasa menjadi guru Matematik Moden )
Ditanya tentang perkembangan terbarunya, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin berkata bahawa beliau sekarang sedang menyiapkan bukunya yang berkaitan dengan cara-cara menulis sebuah novel yang bermutu dan bernilai. Tambah beliau lagi, buku tersebut akan dipasarkan pada tahun ini jka tidak apa-apa masalah. Isterinya juga ada bersamanya semasa kami berbual bicara di boot mereka. Isterinya bernama Selina. F. LEE, yang merupakan salah seorang penulis baru yang sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Beliau pernah memenangi hadiah sastera Utusan Public Bank. Katanya, Beliau berjaya memenagi hadiah tersebut kerana hanya belajar berpandukan buku yang bertajuk mendekati seni penulisan kreatif iaitu sebuah buku hasil tulisan suaminya Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.
"Sangat berimpak. Saya memperoleh banyak ilmu penulisan kreatif setelah membaca tulisan-tulisan yang terkumpul dalam buku ini ( Mendekati seni penulisan kreatif)."
- S. F. LEE ( pemenang Hadiah Sastera Utusan Public Bank )
Semoga persahabatan yang kita bina selama ini hendaklah kekal hingga ke hujung nyawa.InsyaAllah. Sastera ditabal,Budaya dijulang, Warisan dipertahan & khazanah diperkaya. Teruskan perjuangan kita yeah....
"Ibu kandung suluh Budiman, dengarlah sumpah sumbangsih nan suci, selagi hayat dikandung badan kami pelajar sastera akan terus berbakti kepada Nusa dan Bangsa demi negara Malaysia yang tercinta"
