Membuat keputusan
6 years ago
Biodata
Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau berusia 20 tahun.
SUMBANGAN AL-MAS'UDI
1. Bidang Ilmu Geografi
Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam.
Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya :
* Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan.
* Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Manakala orang di Selatan memiliki sifat lebih tafakur.
* Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai garis lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai garis lintang pertengahan. Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor " Di Bumi Nyata " dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.
* Mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya.
2. Bidang Ilmu Pelayaran
Beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Contohnya :
* Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China.
* Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.
* Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan.
Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Beliau menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan.
Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.
Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi.
Kesimpulan
Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.
Dalam ruangan ini saya amat berbesar hati untuk memberi ucapan penghargaan kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar khursus pengajian pendidikan Sejarah. Antara mereka yang telah mencurahkan ilmunya kepadaku ialah, Prof. Dr. Adnan bin Nawang,Prof. Datin Dr. Kobkua Suwannathat Pian,Prof. Madya Dr. Badriyah bt. Hj. Saleh,Pn. Wan Noorlizawati bt.Wan Mat Ali,Cik Siti Zahrah bt.Mahfood,En. Mohamad Kamal bin Kamaruddin,Cik Fairisa bt.Othman,En. Sahul Hamid bin Mohamed Maiddin,En. Yunus bin Sauman@Sabin,En.Abdul Sukor dll.
Mereka tidak jemu-jemu dalam memberi tunjuk ajar dan semangat motivasi kepada kami sekelas untuk terus berjaya dalam pelajaran dan juga hidup.Banyak kenangan bermakna yang diperolehi oleh saya daripada kalian semua. Kenangan semasa berada dalam kelas, luar kelas, ketika dalam kajian lapangan, semuanya saya tidak akan lupa dalam kotak memori. Akan saya jadi ia sebagai kenangan terindah disepanjang kehidupan.
Terima kasih saya ucapakan kepada kalian semua , jasamu dikenang dan akan diingati sampai bila-bila. Teruskanlah berbakti kepaa nusa dan bangsa.
Saya mewakili seluruh pelajar semester 7 (AT01) mengucapakan syabas dan tahniah kepada saudara Mohad Azrein Bin Abbas dari semester (3) kerana telah berjaya memasuki peringkat akhir untuk "pembentangan kertas teori" yang telah diadakan di Akademi Sastera. Kejayaan Adik Azrein sedikit sebanyak telah menjulang nama Jabatan Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pembentangan kertas teori yang seterusnya akan diadakan pada 08 Oktober 2009 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.Difahamkan bahawa saudara Azrein telah berjaya mengalahkan para peserta dari Universiti-universiti yang agak ternama dalam bidang persuratan dan kesusasteraan. Antara ialah UM,UKM,UPM, dan ASWARA. Hal ini telah membuktikan kepada kita semua bahawa pelajar dari Jabatan Kesusasteraan Melayu juga mampu memberi pandangan dan idea yang bernas dalam membincangkan sesuatu masalah yang berkaitan dengan bidang kesenian, kebudayaan dan persuratan.Kejayaan saudara Mohd Azrein kejayaan kita semua sebagai warga UPSI. Skali lagi kami seluruh warga program Kesusasteraan Melayu mengucapkan tahniah dan syabas. Oleh itu sokongan yang amat jitu harus diberikan oleh semua pihak.
"Sastera Pemangkin Pembentukan Modal Insan"
Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923).
Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.
Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120).
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643).
Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.
Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664).
Sesuatu yang amat merugikan bagi sesiapa yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampun dosa-dosanya.
Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919).
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.
Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187).
Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920).
Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114).
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921).
Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.
Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.
Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah satu makanan yang terdapat dalam piramid makanan. Ia merupakan sumber makanan yang murah dan mudah didapati. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan zat dan vitamin yang penting untuk tubuh dan kesihatan.
Apa yang ada dalam buah dan sayur?
Vitamin A Baik untuk kesihatan kulit dan mata serta melindungi diri daripada serangan penyakit. Sawi, bayam, kalian, lobak, lada merah, tomato, mangga, betik, tembikai.
Vitamin B Baik untuk mengelakkan kepenatan dan kelesuan. Sayuran hijau (sawi, bayam, kalian, kangkung), sayur kekacang
Vitamin C Baik untuk kesihatan gigi. Brokoli, nenas, oren, mangga, kiwi,jambu batu, betik, belimbing.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitamin A,B dan C serta mineral-mineral yang lain. Jadi, singkatan ABC merupakan satu pendekatan dalam menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kalangan kita semua.
Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah?
1Sentiasa AMALKAN..
◦Menjadikan buah sebagai snek menggantikan makanan ringan.
◦Menggantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
◦Makan sayur dan salad atau ulam semasa makan tengahari dan makan malam.
2.Sentiasa BUAT… ◦Menambahkan sayur dalam masakan dan hidangan seperti mi goreng dan sandwich.
◦Masak sayur dengan air sedikit.
◦Masak dengan cara yang rendah lemak seperti kukus, rebus, celur, tumis dengan sedikit minyak.
◦Elakkan memasak yang terlalu lama.
3.Sentiasa CAKAP….
◦Yummm.yummm…sedapnya makan buah dan sayur ini..
◦Slurpppppp…lazatnya jus buah ini..
◦Kurp..Kurp..krup…enaknya sayur;(kankung,kailan,sawi,tomato dll) ini..
◦Wowww…ada pelbagai warna dan rasa buah dan sayur.
◦Saya suka makan semua sayuran ini...
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral dapat meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit, menghindari sembelit dan mengurangkan risiko kejadian penyakit jantung dan kanser. Jika kita selalu memakan sayur pada pada masa muda atau peringkat awal, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan. Pendekatan ABC dapat membantu menggalakkan pengambilan buah dan sayur dan Ini penting untuk kesihatan kita. Jadi, dengan ABC, kita Boleh mencubanya dan yang paling penting Menjaga kesihatan diri merupakan Hak kepada Diri Sendiri selepas hak kepada Allah, sesama Manusia, Alam, dan Haiwan.
Laarea tok sruppo dengen suroh
Hok comey bakppo duk ppakat kato udoh
Saye soh doh laeng dengen beci
Jerok mamen tok serupo dengen jerok celagi
Takot ado keno mengeno dengen ketha gega
Serupo dagho ado ssabit dengen apa
Ngigha sbenarnya ada sabit dengen kemama
Selok tak dok bezzo dengan tok kaba
Sapo kato buluh tu galoh
Sapo kato ttekeng tu tok bkkekoh
Nakka laeng sikit dengen jahhat
Dawa pun oghe duk pangge khawak
Kalu tunggo tok srupo tughuh paga
Sengotilah tolo tok srupo dengen panda
Lagu mana ggadoh, belah tu jugoklah lorghat
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano ddakak
Hok mano kkhabak.
Demey tok keboh bezzo dengen leloh
Senyung semeweh tok serupo dengen sengeh
Bbaling tu laen dengen kipah anging
Breng abe sikit jah pado kerah keng
Kito tok leh wak tok tetu kalu
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu
Kito duk ghalit berembah bbadi cah keting
Oghe laeng gi seghuh-seghah,
Kito dok ppakat gheboh teguling
Ulat kekek jangen wi ttuka dengen ulat belucah
Jale bejeket jangen kato srupo dengen hungga derah
Kalu kkarak buleh agi kito tteri
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti nok bekecek nok bbkiro
Culah lagu lain tok srupo dengen celiko
Payoh jugk nok bezzo mano lakonen mano sendiwaro
Hok sengotinyo, manih lleting tu belung tetu ibu gulo!
Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sasterawan dan budayawan tanah air, Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai Dharmala NS, 62, (gambar) meninggal dunia di Hospital Selayang akibat serangan sakit jantung.Beliau meninggal dunia pada pukul 8.41 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Selayang pada Selasa lalu setelah mengadu sakit dada.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.
Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
