Isa (عيسى) merupakan seorang nabi yang penting dalam agama Islam. Dalam Kitab Suci Al Qur'an, ia digelar Isa ibni Maryam atau Isa al-Masih. Kata ini diperkirakan berasal dari bahasa Aram, Eesho atau Eesaa. Jesus Christ adalah nama yang umumnya diguna pakai oleh pengganut Kristian untuk menyebutnya, sedangkan orang Arab Kristian menyebutnya dengan Yasu' al-Masih (يسوع المسيح).
Mengikut al-Qur'an, keturunan Isa bermula dari kelahiran Maryam iaitu anak perempuan Imran, berlanjut dengan tumbuh kembangnya dalam asuhan Zakaria, serta kelahiran Yahya. Kemudian Qur'an menceritakan keajaiban kelahiran Isa sebagai anak Maryam tanpa ayah.
Cerita tentang Isa kemudian berlanjut dengan pengangkatannya sebagai utusan Allah, penolakan oleh Bani Israel dan berakhir dengan pengangkatannya ke syurga.
Beberapa kepercayaan yang dianut ummat Islam mengenai Isa antara lain :
Berdasarkan Al-Quran, Nabi Isa Al-Masih telah dilahirkan di bawah sebatang pokok tamar(kurma) di suatu tempat yang diberi nama Bethlehem,Palestin. Kelahiran Isa dianggap ajaib, diceritakan dalam beberapa ayat dalam Al-Qur'an. Dalam cerita Islam disebutkan datangnya malaikat kepada Maryam mengkhabarkan bahawa dia akan segera melahirkan seorang putera (lihat kembali ayat 45 surah Ali Imran pada bahagian awal artikel). Maryam kemudian terkejut dan menjawab kepada Malaikat itu bahawa dia tidak pernah disentuh seorang lelaki pun. Jibril kemudian menjawab:
Beberapa ayat lain berkaitan dengan kelahiran Isa antara lain:
Beberapa ayat dari Al Qur'an yang menegaskan tentang kenabian Isa antara lain:
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar sejarawan, serta kitab-kitab Qisasul Anbiya' telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Al-Masih (Jesus Christ) mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar sebagai Al-Hawariyun (الحواريون). Masyarakat Kristian pula menggelar mereka 12 diciples. Anggota Al-Hawariyun dikatakan terdiri daripada penama-penama berikut:
Namun begitu,nama-nama berikut sebenarnya masih lagi samar-samar disebabkan tiada fakta yang benar-benar sahih menunjukkan nama-nama itu mewakili setiap individu Al-Hawariyun yang sebenar.Kitab Injil(Bible) kini sendiri bertelagah mengenai individu Al-Hawariyun serta riwayat hidup mereka yang dicatitkan dalam Injil-Injil Kristian.
Firman Allah berkaitan keimanan anggota Al-Hawariyun dalam Al-Quran:
Al-Quran Surah Al-Maaidah(Hidangan)ayat 111-115
Al-Qur'an menerangkan dalam surat An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot)
Nabi Isa as. diselamatkan oleh Allah SWT. dengan cara diangkat ke langit dan ditempatkan disuatu tempat yang hanya Allah SWT yang tahu. Al Qur'an menjelaskan tentang peristiwa penyelamatan ini.
Berdasarkan kepada ayat yang sama, sebahagian kecil umat Islam pula yang berpendapat bahawa Nabi Isa as diselamatkan dari kematian di tiang salib, kemudian telah wafat sewajarnya manusia, dengan demikian darjat baginda telah ditinggikan oleh Allah SWT dengan terhindar dari kematian di tiang salib.
Walaubagaimanapun, sebilangan besar umat Islam mempercayai Nabi Allah Isa telah diangkat beserta dengan jasad-jasadnya sekali ke Sisi-Allah.Hal ini berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku ketika Nabi Allah Isa bersama kaum Hawariyyun (12 orang) menjamah makanan moreh terakhir bersama dalam peristiwa (the last supper). Pada waktu itu Nabi Isa ada menyebutkan yang salah seorang dari kaum Hawariyyun akan mengkhianatinya .
Dan tatkala ketika Nabi Isa bersama dengan kaum Hawariyyun di (Taman Gethsamani, BaitulMaqdis, jerusalem) selepas makan moreh(untuk bertahannuth, bertaqarrub, bertasbih, dan berdoa kepada Allah) datang salah seorang dari kaum hawariyyun kepada Nabi Allah Isa yang digelar judas iscariot, cuba untuk membisikkan sesuatu kepada nabi Allah Isa, sekumupulan kecil dari tentera Rom turut hadir dan menunggu diluar Taman Gethsamani bagi memastikan orang yang pertama yang keluar dari taman itu adalah Isa AlMasih yang dimaksudkan.Namun kuasa Allah Yang maha Tinggi dan Terpuji serta kasih kepada Rasul dan hambanya, Allah telah menyelamatkan Nabi Isa ke langit dan serta merta menukarkan paras rupa Yudas supaya seiras dengan raut wajah Nabi Isa. Apabila tentera Rom mendapati bahawa orang yang keluar dari taman itu adalah berparas rupakan seseorang yang mirip dengan Isa putera Maryam, mereka menangkap Yudas dan dibawa ke muka pengadilan supaya dapat disalibkan.
Namun begitu, para pembesar Israel, Kesyatria Rom dan majlis kehakiman benar-benar bertelagah dan berasa was-was adakah orang yang dimaksudkan itu adalah Isa atau orang lain, hal ini kerana walaupun mukanya mirip muka Isa , namun perwatakan orang itu amat berbeza sekali dengan Nabi Isa. 11 orang kaum Hawariyyun yang lain pada peristiwa itu telah pun berpisah dan melarikan diri bagi mengelakkan diri mereka dikesan oleh para pembesar Israel . Namun tidak berapa lama kemudian mereka bertemu semula untuk memastikan diantara mereka sentiasa mempraktikkan segala ilmu duniawi dn ukhrawi yang telah diajarkan oleh Nabi Isa sebelumnya. Serta mereka mengharapkan kedatangan pemimpin yang masyhur yang dijanjikan kedatangannya oleh Allah iaitu Nabi Muhammad Rasullullah.
Kisah bulan Hai bulan…..pernahkah kau mencemburui matahari…??.. kau bergitu kuat untuk menerima semuanya itu..ku lihat kasih kau bukan sahaja di kongsi..bahkah kau ditinggalkan bergitu sahaja..kemudian tika dia datang lagi kau terimanya lagi dengan seikhlasnya…Hai bulan…pernahkah kau menagis??..tika cahaya mu hilang, ku lihat tiada lagi matahari di sisi mu..begitu tabah kau menghadapinya..keteguhan apakah yg ada pada mu wahai bulan…
Hai bulan… pernahkah kau merasa takut??..ku lihat sepertinya kau tak kan mungkin memiliki matahari..kerana panas hatinya bisa membakar kulitmu…adakah kau sanggup mati kerana matahari..?
Hai bulan…pernahkah kau merasa kecewa??..ku lihat tika kala subuh menjelma, kau ditinggalkan, kau dilepaskan..seperti mimpi yg penuh dengan harapan..apakah kau tidak punya perasaan…

Kisah matahari
Hai matahari…apakah kamu tidak pernah letih?…hinggakan aku lihat kau tak pernah jemu menjalankan tugas mu? ..kau bergitu kuat memperlakukan tanggunjawab ini..atau adakah kau terpaksa melakukannya…
Hai matahari,..apakah kamu tidak pernah keliru?..hinggakan aku lihat, cahayamu meratai seluruh cakerawala..apakah kau bergitu terliti dalam perkerjaan mu..
Hai matahari…apakah kau tidak pernah jatuh cinta?..hinggakan aku lihat..walau apapun menabur kasih kepada mu, kau tetap bersendirian….apakah kau tidak punya perasaan…
Ya…memang benar..bulan dan matahari tidak mempunyai perasaan sebagaimana manusia, jadi xmungkin ia merasai apa yg manusia rasakan….namun bulan dan matahari tidak pernah mungkir dalam menjalankan tanggunjwab yg di berikan Allah kepdanya..hmm adakah kita sebagai manusia yg mempunyai perasaan dan akal ini telah menjalankan tanggnjwab kita kepada Allah..?? fikr2kn…
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang besar dan lebat buahnya di pinggir sungai. Seorang kanak² lelaki amat suka bermain berhampiran pokok tersebut setiap hari. Dia memanjat dan memetik buah epal dan memakan sepuas hatinya. Bila sudah penat bermain dan memakan buah epal, kanak² tersebut melepaskan lelap di perdu pokok. Itulah rutin kanak² ini seharian. Itulah lumrah kehidupan apabila makin rapat kedua makhluk Allah ini saling sayang menyayangi. Zaman bertukar silih berganti, kanak lelaki ini sudah membesar dan menjadi remaja. Beliau tidak lagi bermain di perdu pokok epal ini lagi. Malah hampir melupakan pokok epal ini. Pokok epal ini amat sedih. Pada suatu masa, remaja lelaki ini datang ke perdu pokok epal ini dengan muka yang sedih dan sayu. Melihat keadaan itu lalu pokok ini berkata…
Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.
Remaja : ” aku bukan lagi kanak² yang dahulu, aku sudah meningkat remaja, aku tidak gemar bermain bersama engkau “.
Pokok epal : ” habis tue kenapa engkau datang dengan muka yang sayu wahai sahabatku”.
Remaja : ” aku mahukan sebuah permainan untuk aku bermain dan aku perlukan duit untuk membeli permainan itu, mana aku mencari wang sebanyak itu!”.
Pokok epal : (dengan senyuman) ” kalau begitu, petiklah buah² epal di badanku ini, ambilah sebanyak mana pun. Juallah pada peniaga dan hasil wang ringgit itu engkau mampu membeli apa yang dihajati “.
Melihat keadaan itu remaja tersebut dengan girangnya mengambil buah² epal yang ada kesemuanya dan lalu meninggalkan pokok epal kembali bersendirian tanpa mengucapkan apa². Berulang kembali remaja itu tidak lagi datang bermain atau singgah sebentar di pohon itu. Pokok epal amatlah sedih dengan sikap remaja ini.
Masa sudah berlalu, pokok epal ini makin membesar dan mengeluarkan buah yang banyak. Remaja yang dahulunya juga meningkat usia, bekerja dan berkahwin. Lalu lelaki ( remaja ) ini datang kembali pada pokok epal ini. Pokok epal ini sangat gembira dan terharu. Malangnya lelaki ini datang membawa masalah lalu mereka berkata…
Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.
Lelaki : ” aku sudah bekerja dan berkahwin, aku perlukan wang dan tidak ada masa untuk bermain, malangnya aku tidak mempunyai rumah untuk berlindung bersama isteri aku, apa perlu aku buat? “.
Pokok epal : ” maafkan aku kerana aku sendiri tiada rumah, bagaimana aku mahu menolong dikau”.
Pokok epal terdiam sebentar lalu terpikir sejenak…
Pokok epal : ” engkau boleh memotong dahan² aku yang besar ini, cantaslah dan tebanglah untuk membuat rumah perlindungan untuk keluarga kamu, sesungguhnya engkau sahabat aku dunia dan akhirat “.
Lelaki : (dengan riangnya) ” kalau begitu, aku tebang dahan² engkau ini dan akan membuat rumah daripadanya “.
Pokok epal tersebut amatlah gembira kerana dapat menolong lelaki ini dan sedih kerana apabila dapat kesemua dahan² itu lelaki tersebut tidak kembali jumpa dengan pokok epal ini.
Untuk kali ketiganya lelaki tersebut datang kembali kepada pokok epal sekian lamanya lalu berkata kepadanya…
Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.
Lelaki : ” aku bukan macam dahulu yang suka bermain, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita². Tapi cita²ku adalah mahu berlayar di lautan dan memerlukan bot “.
Pokok epal : ” aku minta maaf aku sendiri tiada bot untuk menolong engkau tetapi engkau bolehlah menebang batangku untuk membuat bot dan berlayarnya di lautan melihat kebesaran Allah”.
Mendengar cadangan pokok epal tersebut tanpa mengucapkan sepatah kata, lelaki tersebut terus menebang batang pokok epal itu dan membina bot yang cantik untuk berlayar dan tidak lagi datang kesitu lagi seperti kebiasaan.
Bertahun lamanya lelaki tersebut tidak datang. Disuatu pagi yang indah datang seorang tua ke pokok tersebut. Pokok epal yan dahulunya gah berdiri tapi hanya tinggal tunggul yang tua. Melihat lelaki tua ini yang dahulunya seorang kanak yang meningkat remaja lalu berkahwin, pokok epal ini berkata…
Pokok epal : “tiada lagi aku dapat menolongmu, aku hanyalah ada akar dan tunggul yang tua…buahku engkau sudah jualkan, dahanku engkau membuat rumah dan batangku engkau membina bot..aku mohon maaf kerana tidak dapat menolong “. ( lalu menangis )
Lelaki tua : “aku datang bukan ingin memakan buah epal kerana aku sudah tiada gigi, mencantas dahan aku tidak mampu dan larat dan aku tidak ingin membina bot kerana aku sudah tua dan tidak mampu untuk berlayar lagi, aku datang hanyalah mahu berehat kerana penat “.
Pokok epal : ” kalau begitu berehat dan tidurlah di perduku”.
Lelaki tua itu lalu duduk dan berehat di perdu pokok epal tersebut dan mereka menangis kegembiraan.
Didaktik Moral:
"Bukan kisah pokok epal dengan lelaki tua yang hendak disampaikan tetapi tauladan kisah ini. Pokok epal tersebut adalah orang tua kita yang membesarkan kita dari kanak² hinggalah dewasa. Masa kecil kita bermain bersama mereka, apabila remaja kita minta apa saja dari mereka tanpa memikirkan kesusahan mereka itu. Kita datang kembali pada mereka bila kita menghadapi masalah dan tinggalkan mereka berdua tanpa khabar berita. Tapi mereka tetap gembira dengan kebahagiaan hidup kita walaupun kekadang mereka sunyi di sana. Kita kenangkan kembali dimanakah kita sekarang.."
* KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
* KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.
* KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.
* KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.
Landskap indah yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi MENAKJUBKAN! Rasanya itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan daya tarikan pelancongan di Cappadocia, rantau di tengah Turki yang menempatkan struktur muka bumi luar biasa dan pelik dengan pelbagai coretan abstrak. Bagi umat Islam, ia bukti keagungan Ilahi yang merencanakan takdir ke atas bumi Anatolia ini melalui muntahan lahar gunung berapi jutaan tahun lalu yang membentuk pelbagai formasi geologi unik dan memegunkan.
Di sini juga terletak pekan Hacibektas, pusat aliran sufi Alevi-Bektasi diasaskan oleh Haci Bektas Veli yang dikatakan dari keturunan Saidina Ali. Cappadocia bersempadan dengan rantaian Gunung Taurus di selatan, Euphrates di sebelah timur, manakala di sebelah utara dan barat pula bersempadan dengan Pontus serta tasik garam. Unsur paling menakjubkan di sini ialah landskap alam semula jadinya yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi.
Ada formasi tanah bak menara bertopi, batu terbentuk seperti tapak kaki unta, tidak kurang juga batu berdiri yang pada kepercayaan orang tempatan, hasil kerja si pari-pari. Terbentuk juga gua yang dipercayai mula diduduki sejak 333 Sebelum Masihi, iaitu ketika zaman kegemilangan Iskandar Zulkarnain. Cappadocia dipercayai menempatkan lebih 200 kota bawah tanah di kawasan antara Kayseri dan Nevsehir. Pada mulanya, kota itu dikata digunakan oleh penganut Kristian sebagai tempat persembunyian mereka ketika agama berkenaan masih asing. Tidak hairanlah, ada 30 gereja dibina dalam bukit batu yang menjalar itu, sesetengahnya bertarikh seawal pertengahan abad kesembilan sehingga abad ke-11.
Mengikut sejarah, landskap unik di sini terhasil akibat kesan hakisan serta ledakan gunung berapi Erciyes dan Hasan sekitar tiga juta tahun lalu. Ia menyebabkan kawasan sekitar diliputi bukit abu dan debu, sekali gus menjadikan bumi Cappadocia sebagai kawasan pertanian subur dan berkelebihan dengan reka bentuk alamnya yang amat menarik. Letusan gunung berapi Erciyes menyebabkan terbentuknya batu-batu lembut dan senang diukir. Faktor cuaca sejuk dan panas, selain hujan serta angin memberi kesan kepada batu-batan di sini, memunculkan landskap disebut cerobong dewa atau `fairy chimneys' kerana orang tempatan menganggap struktur itu hanya mampu dibentuk oleh dewa. Kota bawah tanah yang terkenal ialah di Derinkuyu dan Kaymakli. Kota di Derinkuyu mempunyai tahap kedalaman sehingga 85 meter yang membolehkan lapan aras tingkat dibina dan dipercayai menjadi tempat berteduh ribuan penduduk zaman dulu. Kota di Kaymakli pula atau nama purbanya Enegup, dibuka kepada pelancong pada 1964, terletak kira-kira 19 kilometer dari pekan Nevsehir. Ia berbeza dengan kota yang ada di Derinkuyu dari segi struktur dan susun atur kerana terowongnya dibina lebih rendah, sempit dan bercerun. Di bandar kecil Goreme yang menempatkan gua masih berpenghuni serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan televisyen, terhidang Lembah Zelve yang pernah didiami orang Islam Turki sehingga 1960-an. Pekan ini juga terkenal dengan produk tembikar dan permaidani yang termasyhur, paling cantik dan mahal selain Muzium Udara Terbuka yang menjadi lokasi paling banyak dilawati dan antara yang terkenal di tengah Turki. Bandar lain ialah Nevsehir, pusat pentadbiran wilayah itu yang diasaskan oleh Damat Ibrahim Pasa dari Kampung Muskara yang dilantik sebagai wazir Sultan Ahmet III.
(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20090816094254/Article/)
