Pages

Friday, October 23, 2009

Kristian al-Islam Pun Ada?

Bahaya mazhab Kristian Surubaya Ortodoks yg 'mirip' Islam Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan antara Islam dan Kristian. Adakah ini adalah kristian gaya baru?
Al-Kisahnya,
Diwaktu saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas pergi menunaikan solat. Semuanya berkopiah/bersongkok dan dipimpin oleh seorang Imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban solat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.
Kristian ortodok merupakan sebuah sektsa dalam agama Kristian. Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab, sektsa ini memang sangat mirip Islam. Bukan saja asalnya serumpun (MELAYU), Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya hampir sama.Tengoklah saat mereka solat..
SUJUD MEREKA
RUKUK MEREKA
Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam,bila berjamaah,juga memakai bahasa Arab. Rukun solatnya pun hampir sama. Ada rukuk dan juga sujud..
Yang membezakannya ialah, bila mana kaum Muslimin diwajibkan solat 5 kali sehari,penganut Kristian ortodok ini lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat.
Mereka menyebutnya
1. sa'atul awwal (fajar/shubuh),
2. sa'atuts tsalis(dhuha),
3. sa'atus sadis (dhuhur),
4. sa'atut tis'ah (ashar),
5. sa'atul ghurub (maghrib),
6. sa'atun naum (Isya'),
7. sa'atul layl (tengah malam).
Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.
Gambar-gambar diatas ajaran kristian ortodok yang mungkin membuatkan anda keliru.... jadi berhati-hati lah kita agar tidak terpesong dengan ajaran kristian ortodok ini...
Hebah kan pada kawan-kawan, rakan-rakan, sahabat handai, ahli keluarga, rakan blog, pembaca kita. Sebarkanlah supaya semua teman-teman kita maklum.
Jangan jadikan ia sebagai entri berantai anggaplah satu yang penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini... Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi lihat dan selidikilah isinya juga... lihat keseluruhan.
(Sumber: http://federationofbloggers.blogspot.com)

Membina Kekuatan Diri Dan Umat

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف، وفي كلٍ خيـر، احرص على ما ينفعـك، واستعن بالله ولا تعجز، وإن أصابك شيء، فلا تقل: لو أني فعلت كذا لكان كذا، ولكن قل: ما قدر الله وما شاء فعل، فإن لو تفتح عمل الشيطان Rasulullah s.a.w. bersabda: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah, pada masing-masing itu ada kekuatan. Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu. Mintalah pertolongan daripada Allah dan jangan lemah. Jika sesuatu menimpa kamu maka jangan kamu kata: kalau aku buat begini tentu akan jadi begini. Tetapi ucapkanlah Allah telah menentukan dan Dia telah lakukan apa yang Dia kehendaki, kerana sesungguhnya `kalau’ itu membuka peluang syaitan bertindak." (hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad) Seorang mukmin yang sejati memiliki keperibadian yang unggul. Dia dapat menghimpunkan dalam dirinya segala sifat-sifat kebaikan. Dia seorang yang berilmu, penyantun, penyabar, kuat, berani, pemurah, menjaga kehormatan diri, sanggup berjuang dan lain-lain lagi. Hadis ini menegaskan salah satu sifat tersebut iaitu kekuatan. Kekuatan seorang mukmin tergambar dalam pemikiran, keimanan, keazaman, kehendak dan kesihatannya. Dengan memiliki kekuatan seseorang itu akan dapat melaksanakan segala perintah Allah dan menahan dirinya dari melanggar larangan-Nya di samping dia berusaha untuk menghalang sebarang maksiat yang berlaku di hadapannya. Sekiranya dia hanya berdiam diri terhadap kemungkaran di hadapannya tentu sekali keimanannya belum cukup kuat. عن أبي سعيد قال سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول "من رأى منكم منكرا فليغيره بيده. فإن لم يستطع فبلسانه. ومن لم يستطع فبقلبه. وذلك أضعف الإيمان". Daripada Abu Sa`id katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dengan lidahnya dan sesiapa yang tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim) Rasulullah s.a.w. mengajar umatnya supaya melengkapkan diri dengan kekuatan dan menyuruh umatnya sentiasa berdoa supaya terhindar dari sifat lemah: عن أنس بن مالك يقول: كان رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يقول: "اللهم إني أعوذ بك من العجز والكسل، والجبن والبخل والهرم، وأعوذ بك من عذاب القبر، وأعوذ بك من فتنة المحيا والممات". Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. selalu berdoa: Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada kelemahan, kemalasan, sifat penakut, kebakhilan, tua yang nyayuk. Dan aku berlindung dengan daripada azab kubur, dan aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian. (Hadis riwayat Abu Daud ) Kekuatan amatlah penting dalam kehidupan setiap individu muslim dan mereka sebagai satu umat. Oleh itu mereka dituntut untuk menyediakan dan mempersiapkan segala bentuk kekuatan untuk mendepani segala cabaran. Allah s.w.t. berfirman: وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآَخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ "Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya." (al-Anfal: 60) Jalan yang mesti dilalui untuk menjana kekuatan diri ‘Bersungguh-sungguhlah terhadap perkara yang memberi manfaat kepada kamu’ memberi isyarat betapa perlunya individu muslim mencari sumber kekuatan dirinya. Antara sumber kekuatan yang boleh disebutkan di sini ialah: Pertama, mengikhlaskan niat dalam segala tindak tanduk. Keikhlasan akan memberi kekuatan dan memudahkan kita melaksanakan perintah Allah s.w.t. dan menjauhi segala larangan-Nya. Kedua, menafikan semua kekuatan selain dari kekuatan Allah. Inilah yang sering dilafazkan oleh seorang mukmin dengan zikirnya: لا حول ولا قوة لإ بالله Ketiga, melengkapkan dengan ilmu terutamanya ilmu al-Qur’an, tafsir, hadis, tauhid dan sirah. Termasuk juga dalam sumber kekuatan ialah ilmu-ilmu yang membantu kita membangunkan sumber insan dan menguruskan kehidupan dunia. Keempat, melakukan amalan soleh sama ada dalam bentuk ibadat atau memberi khidmat kepada masyarakat, atau menunaikan kewajipan terhadap Allah, diri sendiri dan juga kepada orang lain. Amalan soleh mempunyai makna yang luas merangkumi setiap perkara yang mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t dan mendatangkan keredaan-Nya. walaupun berbudi kepada tanah atau belas kasihan kepada haiwan. Kelima, tidak merasa lemah dalam menghadapi apa-apa situasi. Keenam, mencari sumber rezki yang halal supaya tidak bergantung dengan orang lain. Dengan mempunyai pendapatan dan pencarian hidup yang sendiri, seseorang itu dapat menghindarkan diri dari meminta-minta dan meraih simpati daripada orang lain. Semuanya itu bertentangan dengan sifat kekuatan yang dikehendaki oleh hadis ini. Mencari rezki bererti menunaikan hak diri sendiri, ahli keluarga yang kita wajib menyediakan nafkah perbelanjaan untuk mereka. Dengan mempunyai harta kita dapat menunaikan hak-hak kehartaan seperti zakat, sedekah dan memberi pinjaman kepada orang yang memerlukan iaitu al-qardh al-hasan. Selain itu, kita dapat meneyelamatkan diri kita dari harta yang tidak halal kerana itu akan menjejaskan hubungan kita dengan Allah yang maha kuat dan perkasa, tempat kembali segala kekuatan dan tidak kekuatan yang sebenarnya melainkan kekuatan-Nya. Hadis ini memberi pengajaran bagaimana merawat penyakit-penyakit jiwa bagi menghalang ketidaktepatan, keraguan dan kerisauan. Apabila kita tersasar dari mencapai matlamat yang telah dirancangkan, tidak sepatutnya kita menyesal kerana apa yang kita usahakan itu tetap dikira sebagai usaha kita. Kegagalan seharusnya dibaiki dengan perancangan yang lebih teliti dan efektif, bukan dengan cara mengandai-andaikan apa yang telah berlalu. Kesimpulannya, hadis ini memberi dorongan kepada kita menghimpunkan antara kekuatan rohani, fizikal, jiwa dan emosi kemudian mengaitkan kesemua perkara ini dengan keimanan kepada Allah s.w.t. dan menyerahkan kepada qadha’ dan qadar. Kerjasama mestilah diwujudkan dalam masyarakat Islam. Orang mukmin yang kuat perlu mengerakkan saudara mereka yang lemah supaya sama-sama bergading bahu membina dan memperkasakan kekuatan umat

Friday, October 16, 2009

Sistem Muamalat & Ekonomi Islam

Sesungguhnya Islam mencakupi tiga bidang perhubungan manusia yang utama iaitu hubungan dengan Tuhannya, hubungan manusia dengan dirinya sendiri dan hubungan manusia dengan masyarakatnya. Ini adalah kerana Islam bukan sahaja menekankan amalan di dunia semata-mata, malah merentasi alam akhirat.
Alangkah indahnya bagi mereka yang dapat menghayati dan mengamalkan Sistem Islam yang syumul (menyeluruh) sifatnya. Mana tidaknya, daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besarnya termaktub dalam ajaran Islam. Sebab itu, kita membenarkan slogan Islam sebagai cara hidup manusia! Di antara cabang dalam Islam itu ialah menekankan aspek Muamalat. Secara umumnya, konsep muamalat ialah segala aktiviti dan hubungan di antara manusia dengan manusia. Konsep muamalat ini amat luas skopnya, memadailah pada artikel ringkas ini mengkhususkan sistem ekonomi Islam sebagai tajuk pengkhususannya. Hakikatnya, Sistem Ekonomi Islam sebenarnya bertunjangkan aqidah yang kuat kerana dengan tunjangan aqidah inilah, sistem ekonomi Islam dapat terlaksana dengan sempurna. Ini kerana pelaksana kepada sistem ekonomi Islam ini sewajarnya mengetahui segala tindakan yang dibuat mestilah selari dengan pandangan Ilahi, dengan itu, akan lahirlah keredhaan daripadaNya. Prinsip ekonomi Islam mementingkan perkara-perkara berikut: 1. Sesuatu urusniaga yang dilaksanakan hendaklah bertepatan dengan Syariat Allah kerana dengan berpandukan kepadanya kita bakal memperolehi keuntungan duniawi dan ukhrawi. Usaha ini memerlukan kepada pengetahuan dan pemahaman yang betul berkenaan soal halal dan haram sesuatu transaksi. Firmanullah s.w.t.: Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Maksud Surah al-An’am:162) 2. Pelaksanaan sistem ekonomi sewajarnya mementingkan konsep keadilan dan kepentingan sejagat. Perkara ini jelas dengan memahami bahawa setiap manusia mempunyai hak-hak yang tertentu yang perlu dipenuhi dengan saksama. Maksud firmanullah s.w.t.: (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.) kepada kamu maka terimalah serta amalkan dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. (Surah al-Hashru:7) 3. Keikhlasan dalam memperjuangkan sistem ekonomi Islam ini mesti bergerak seiring dengan usaha tersebut agar ianya akan membuahkan hasil yang cukup cemerlang dan lumayan yang bersesuaian dengan pandangan Syariah Islam. FirmanNya lagi yang bermaksud:
"Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah al-Bayyinah:5)
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk turut serta memperjuangkan Sistem Ekonomi Islam ini sebagai salah satu cabang dalam Muamalat Islam. Jika tidak sebagai penggerak pun, memadailah sebagai penyokong dan pengguna!

Seni Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas.
Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain. Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan. Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam 1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap. 4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk. Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya: (a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut. (b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran. (c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia. (d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang : *Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. *Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah). *Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain. *Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. *Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain. *Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah. *Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari). *Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan. (e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya. Matlamat Kesenian Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. Dipetik dari artikel : http://khazalii.googlepages.com

Thursday, October 15, 2009

Pandangan Nabi Adam a.s Terhadap Umat Nabi Muhammad s.a.w

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T. 2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian. 3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka. 4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
__________________

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Si pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang besar dan lebat buahnya di pinggir sungai. Seorang kanak² lelaki amat suka bermain berhampiran pokok tersebut setiap hari. Dia memanjat dan memetik buah epal dan memakan sepuas hatinya. Bila sudah penat bermain dan memakan buah epal, kanak² tersebut melepaskan lelap di perdu pokok. Itulah rutin kanak² ini seharian. Itulah lumrah kehidupan apabila makin rapat kedua makhluk Allah ini saling sayang menyayangi.

Zaman bertukar silih berganti, kanak lelaki ini sudah membesar dan menjadi remaja. Beliau tidak lagi bermain di perdu pokok epal ini lagi. Malah hampir melupakan pokok epal ini. Pokok epal ini amat sedih. Pada suatu masa, remaja lelaki ini datang ke perdu pokok epal ini dengan muka yang sedih dan sayu. Melihat keadaan itu lalu pokok ini berkata…

Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.

Remaja : ” aku bukan lagi kanak² yang dahulu, aku sudah meningkat remaja, aku tidak gemar bermain bersama engkau “.

Pokok epal : ” habis tue kenapa engkau datang dengan muka yang sayu wahai sahabatku”.

Remaja : ” aku mahukan sebuah permainan untuk aku bermain dan aku perlukan duit untuk membeli permainan itu, mana aku mencari wang sebanyak itu!”.

Pokok epal : (dengan senyuman) ” kalau begitu, petiklah buah² epal di badanku ini, ambilah sebanyak mana pun. Juallah pada peniaga dan hasil wang ringgit itu engkau mampu membeli apa yang dihajati “.

Melihat keadaan itu remaja tersebut dengan girangnya mengambil buah² epal yang ada kesemuanya dan lalu meninggalkan pokok epal kembali bersendirian tanpa mengucapkan apa². Berulang kembali remaja itu tidak lagi datang bermain atau singgah sebentar di pohon itu. Pokok epal amatlah sedih dengan sikap remaja ini.

Masa sudah berlalu, pokok epal ini makin membesar dan mengeluarkan buah yang banyak. Remaja yang dahulunya juga meningkat usia, bekerja dan berkahwin. Lalu lelaki ( remaja ) ini datang kembali pada pokok epal ini. Pokok epal ini sangat gembira dan terharu. Malangnya lelaki ini datang membawa masalah lalu mereka berkata…

Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.

Lelaki : ” aku sudah bekerja dan berkahwin, aku perlukan wang dan tidak ada masa untuk bermain, malangnya aku tidak mempunyai rumah untuk berlindung bersama isteri aku, apa perlu aku buat? “.

Pokok epal : ” maafkan aku kerana aku sendiri tiada rumah, bagaimana aku mahu menolong dikau”.

Pokok epal terdiam sebentar lalu terpikir sejenak…

Pokok epal : ” engkau boleh memotong dahan² aku yang besar ini, cantaslah dan tebanglah untuk membuat rumah perlindungan untuk keluarga kamu, sesungguhnya engkau sahabat aku dunia dan akhirat “.

Lelaki : (dengan riangnya) ” kalau begitu, aku tebang dahan² engkau ini dan akan membuat rumah daripadanya “.

Pokok epal tersebut amatlah gembira kerana dapat menolong lelaki ini dan sedih kerana apabila dapat kesemua dahan² itu lelaki tersebut tidak kembali jumpa dengan pokok epal ini.

Untuk kali ketiganya lelaki tersebut datang kembali kepada pokok epal sekian lamanya lalu berkata kepadanya…

Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.

Lelaki : ” aku bukan macam dahulu yang suka bermain, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita². Tapi cita²ku adalah mahu berlayar di lautan dan memerlukan bot “.

Pokok epal : ” aku minta maaf aku sendiri tiada bot untuk menolong engkau tetapi engkau bolehlah menebang batangku untuk membuat bot dan berlayarnya di lautan melihat kebesaran Allah”.

Mendengar cadangan pokok epal tersebut tanpa mengucapkan sepatah kata, lelaki tersebut terus menebang batang pokok epal itu dan membina bot yang cantik untuk berlayar dan tidak lagi datang kesitu lagi seperti kebiasaan.

Bertahun lamanya lelaki tersebut tidak datang. Disuatu pagi yang indah datang seorang tua ke pokok tersebut. Pokok epal yan dahulunya gah berdiri tapi hanya tinggal tunggul yang tua. Melihat lelaki tua ini yang dahulunya seorang kanak yang meningkat remaja lalu berkahwin, pokok epal ini berkata…

Pokok epal : “tiada lagi aku dapat menolongmu, aku hanyalah ada akar dan tunggul yang tua…buahku engkau sudah jualkan, dahanku engkau membuat rumah dan batangku engkau membina bot..aku mohon maaf kerana tidak dapat menolong “. ( lalu menangis )

Lelaki tua : “aku datang bukan ingin memakan buah epal kerana aku sudah tiada gigi, mencantas dahan aku tidak mampu dan larat dan aku tidak ingin membina bot kerana aku sudah tua dan tidak mampu untuk berlayar lagi, aku datang hanyalah mahu berehat kerana penat “.

Pokok epal : ” kalau begitu berehat dan tidurlah di perduku”.

Lelaki tua itu lalu duduk dan berehat di perdu pokok epal tersebut dan mereka menangis kegembiraan.

Didaktik Moral:

"Bukan kisah pokok epal dengan lelaki tua yang hendak disampaikan tetapi tauladan kisah ini. Pokok epal tersebut adalah orang tua kita yang membesarkan kita dari kanak² hinggalah dewasa. Masa kecil kita bermain bersama mereka, apabila remaja kita minta apa saja dari mereka tanpa memikirkan kesusahan mereka itu. Kita datang kembali pada mereka bila kita menghadapi masalah dan tinggalkan mereka berdua tanpa khabar berita. Tapi mereka tetap gembira dengan kebahagiaan hidup kita walaupun kekadang mereka sunyi di sana. Kita kenangkan kembali dimanakah kita sekarang.."

Tuesday, October 13, 2009

Sepuluh "K" Dalam Berkawan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah). * KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka. * KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. * KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah. * KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan? * KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. * KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat. * KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka. * KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. * KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.
"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

Monday, October 12, 2009

Kesihatan Diri

1. Diet dan makanan seimbang - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Jadikan maklumat piramid pemakanan sebagai panduan pengambilan makanan seharian.
2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, Bio-Young, Spirulina, Jus Pati Kurma dll dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Tapi rujuk dan kaji dahulu sbelum anda memilih sesuatu produk. 3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. 4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan bersenam selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Senaman wajah jgn dilupakan. 5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur. 6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting. 7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif. 8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik. 9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga. 10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati.

Geologi dan keunikannya

Landskap indah yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi MENAKJUBKAN! Rasanya itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan daya tarikan pelancongan di Cappadocia, rantau di tengah Turki yang menempatkan struktur muka bumi luar biasa dan pelik dengan pelbagai coretan abstrak. Bagi umat Islam, ia bukti keagungan Ilahi yang merencanakan takdir ke atas bumi Anatolia ini melalui muntahan lahar gunung berapi jutaan tahun lalu yang membentuk pelbagai formasi geologi unik dan memegunkan.

Di sini juga terletak pekan Hacibektas, pusat aliran sufi Alevi-Bektasi diasaskan oleh Haci Bektas Veli yang dikatakan dari keturunan Saidina Ali. Cappadocia bersempadan dengan rantaian Gunung Taurus di selatan, Euphrates di sebelah timur, manakala di sebelah utara dan barat pula bersempadan dengan Pontus serta tasik garam. Unsur paling menakjubkan di sini ialah landskap alam semula jadinya yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi.

Ada formasi tanah bak menara bertopi, batu terbentuk seperti tapak kaki unta, tidak kurang juga batu berdiri yang pada kepercayaan orang tempatan, hasil kerja si pari-pari. Terbentuk juga gua yang dipercayai mula diduduki sejak 333 Sebelum Masihi, iaitu ketika zaman kegemilangan Iskandar Zulkarnain. Cappadocia dipercayai menempatkan lebih 200 kota bawah tanah di kawasan antara Kayseri dan Nevsehir. Pada mulanya, kota itu dikata digunakan oleh penganut Kristian sebagai tempat persembunyian mereka ketika agama berkenaan masih asing. Tidak hairanlah, ada 30 gereja dibina dalam bukit batu yang menjalar itu, sesetengahnya bertarikh seawal pertengahan abad kesembilan sehingga abad ke-11.

Mengikut sejarah, landskap unik di sini terhasil akibat kesan hakisan serta ledakan gunung berapi Erciyes dan Hasan sekitar tiga juta tahun lalu. Ia menyebabkan kawasan sekitar diliputi bukit abu dan debu, sekali gus menjadikan bumi Cappadocia sebagai kawasan pertanian subur dan berkelebihan dengan reka bentuk alamnya yang amat menarik. Letusan gunung berapi Erciyes menyebabkan terbentuknya batu-batu lembut dan senang diukir. Faktor cuaca sejuk dan panas, selain hujan serta angin memberi kesan kepada batu-batan di sini, memunculkan landskap disebut cerobong dewa atau `fairy chimneys' kerana orang tempatan menganggap struktur itu hanya mampu dibentuk oleh dewa. Kota bawah tanah yang terkenal ialah di Derinkuyu dan Kaymakli. Kota di Derinkuyu mempunyai tahap kedalaman sehingga 85 meter yang membolehkan lapan aras tingkat dibina dan dipercayai menjadi tempat berteduh ribuan penduduk zaman dulu. Kota di Kaymakli pula atau nama purbanya Enegup, dibuka kepada pelancong pada 1964, terletak kira-kira 19 kilometer dari pekan Nevsehir. Ia berbeza dengan kota yang ada di Derinkuyu dari segi struktur dan susun atur kerana terowongnya dibina lebih rendah, sempit dan bercerun. Di bandar kecil Goreme yang menempatkan gua masih berpenghuni serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan televisyen, terhidang Lembah Zelve yang pernah didiami orang Islam Turki sehingga 1960-an. Pekan ini juga terkenal dengan produk tembikar dan permaidani yang termasyhur, paling cantik dan mahal selain Muzium Udara Terbuka yang menjadi lokasi paling banyak dilawati dan antara yang terkenal di tengah Turki. Bandar lain ialah Nevsehir, pusat pentadbiran wilayah itu yang diasaskan oleh Damat Ibrahim Pasa dari Kampung Muskara yang dilantik sebagai wazir Sultan Ahmet III.

(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20090816094254/Article/)

Tuesday, October 6, 2009

Membaca Membina Minda

Monday, October 5, 2009

Isu Posting penempatan Guru - Jom lihat Apa kata mereka.

Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010. Pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini heboh seantero Upsi terutamnaya pelajar di tahun akhir pengajian upsi ambilan 2006/2007 dan juga pelajar DPLI. Oleh itu, jom kita lihat apa kata mereka berhubung Isu hot ini...
1.Adus..wat penat jer blajar 4 tahun kat Upsi akhirnya jadi camni plak... 2.Nampaknya semua plan yang dirancang hancus... 3.Alahai... balik kampung tanam anggur ler jawabnya ... 4.Kena Isi borang SPA-8 ler jawabnya, yelah nak tunggu posting 2012 lambat wooo..... 5.Alamak... mesti orang kampung mengata; bila la engko nak mengajar, dulu cakap jadi cikgu tapi sekarang camna...hampeh! 6.Hai..mengapalah malang nasib kami ini...da nasib badan...kena kojo kilang ler dulu... 7.Ini semua tidak adil!!! 8.Camne plak ngan nasib kami bebudak DPLI, kena tempias ke? 9.Walau apapun terjadi teruskan perjuangan kita..dont give up... 10.Sabar, itu semua ujian daripada tuhan, kita sepatutnya menerimanya... 11. Baik terus berhenti saja blajor kalo inilah kesudahan
Berdasarkan kepada perkara diatas dapatlah ditarik kesimpulan bahawa, rata-rata kalangan mereka ada yang memberi pro dan ada yang memberi kontra. Rata-ratanya amat tidak berpuas hati dengan isu penempatan ini yang amat terlalu lama untuk ditunggu. Oleh itu, diharap perkara ini dapat diatasi dengan dengan bijak oleh pihak kementerian agar tidak menjadi isu yang besar. Jadi, walau apapun berlaku kita perlu menunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar iaitu menuntut ilmu. perjuangan kita bukan setakat belajar sahaja, tetapi meliputi seluruh aspek sama ada aspek kehidupan dunia mahupun aspek kerohanian..Dunia hanya pinjaman...

Saturday, October 3, 2009

Islam dan tata tertib menjamu selera

“ Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh.”

( al-Mu’minun: 51)

Oleh kerana tujuan utama bagi orang yang mempunyai pemikiran yang waras ialah menemui Allah kelak pada hari penerimaan balasan, padahal tiada jalan untuk sampai bertemu dengan Allah melainkan dengan ilmu pengetahuan serta amalan. Hal itu pula tidak mungkin berkekalan, melainkan dengan keselamatan tubuh badan, dan tubuh badan tidak mungkin terpelihara dan selamat, melainkan dengan makanan yang dimakan sekadar yang diperlukan dari masa ke semasa. Maka dari wajah ini, sebahagian para ilmuan islam telah berkata :
Sesungguhnya memakan makanan itu termasuk urusan keagamaan.
Terdapat tiga keterangan yang harus diperhatikan oleh seseorang yang sedang menghadapi makanan, iaitu;
  1. Adab orang yang mahu memulakan makan.
  2. Adab diwaktu makan.
  3. Hal-hal yang dituntut sesudah makan.
  1. Adab orang yang mahu memulakan makan.
  • Makanan itu mestilah dari yang halal dan cara memperolehinya juga harus secara halal, menurut petunjuk syariat dan wara’, tidak boleh diusahakan dengan cara yang dilarang di dalam syariat, ataupun dengan cara menurutkan hawa nafsu ataupun dengan cara penipuan. Dan Allah Ta’ala telah pun memerintahkan kita suapa memakan makanan yang baik, yakni secara halal, sebagaimana Dia telah mengutamakan larangan makanan secara batil (haram) daripada larangan membunuh jiwa tanpa hak, iaitu untuk mengeraskan lagi larangan memakan yang haram dan membesarkan keberkatan memakan yang halal. Allah Ta’ala telah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta-harta sesama kamu dengan jalan kebatilan, melainkan dengan perniagaan secara sukarela satu sama lain dan janganlah kemu membunuh dirimu.”(an-Nisa’: 29)

  • Membasuh tangan sebab tangan ini tidak sunyi dari kotoran kerana seringkali ia digunakan untuk membuat pekerjaan yang berbagai-bagai. Oleh itu membasuh tangan adalah lebih dekat kepada kebersihan dan kesucian.
  • Apabila memakan sesuatu makanan, diniatkan memakan kerana bertaqwa kepada Allah dan kerana menguatkan badan untuk menjalani ketaatan kepada Allah Ta’ala supaya dengan yang demikian, dia boleh menjadi seorang yang taat pada mengerjakan ibadat. Untuk menjamin niatnya atas dasar ini, hendaklah jangan sampai tangannya mencapai makanan, melainkan setelah benar-benar lapar. Jadi kelaparan yang merupakan satu-satu sebab yang menjadikannya memakan makanan itu. Kemudian hendaklah ia mengangkat tangannya (Berhenti makan) dari makanan itu sebelum benar-benar kenyang.
  • Hendaklah ia sentiasa redha dengan makanan yang terhidang di hadapannya, yakni rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya.
2. Adab diwaktu makan
  • Hendaklah memulakan dengan membaca Bismillah pada mula menyuap makanan, dan bila selesai makan, dia mengucapkan dengan Alhamdulillah pula. Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama-samanya.
  • Hendaklah ia menggunakan tangan kanan.
  • Hendaklah sedaya upaya, ia memperkecilkan suapannya.
  • Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sebarang makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja.
  • Hendaklah ia memakan makanan yang ada berhampiran dengannya saja, kecuali jika makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya.
  • Jangan mengesat tangannya dengan roti atau dengan makanan yang lain. Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar, sehingga makanan itu sejuk dan mudah untuk dimakan.
  • Kalau memakan kurma, jangan diletakkan bijinya dengan kurma itu dalam satu bekas, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tapak tangannya lalu dibuang. Demikian pula caranya dibuat pada buah-buahan yang lain yang berbiji atau berkulit.
  • Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul dahaga.
3. Hal-hal yang dituntut sesudah makan.
  • Hendaklah berhenti makan, sebelum merasa terlalu kenyang.
  • Hendaklah ia bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati terhadap makanan yang telah direzekikan, dan menganggap makanan itu sebagai nikmat dari Allah. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah:172)

“Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaanNya.”
  • Membasuh tangan, kemudian membersihkan celah-celah gigi dari makanan yang terselit.
  • Sekiranya memakan makanan yang dijamu oleh orang lain, maka hendaklah ia mendoakannya:

“Ya Allah! Ya Tuhanku Perbanyakkanlah kebaikannya dan berkatilah ia dalam rezeki yang Engkau kurniakan kepadanya dan jadikanlah kami sekalian tergolong orang-orang yang mensyukuriMu.”

Sekiranya berbuka puasa di tempat orang, hendaklah ia mendoakan pula:

Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa dan telah makan makanan yang kamu hidangkan tadi orang-orang yang baik, dan moga-moga para Malaikat akan mendoakan bagi kamu dengan cucuran rahmat Allah”.

Sesudah makan, disunnnatkan pula membaca:

“Segala kepujian bagi Allah yang telah memberi kamu makan dan minum dan telah mencukupi kami serta melindungi kami”