Pages

Friday, October 16, 2009

Seni Menurut Perspektif Islam

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas.
Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain. Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan. Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam 1. Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt. 2. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi. 3. Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap. 4. Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam. 5. Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk. Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya: (a) Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut. (b) Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran. (c) Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia. (d) Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang : *Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah. *Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah). *Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain. *Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau. *Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain. *Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah. *Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari). *Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan. (e) Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya. Matlamat Kesenian Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab. Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya. Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi. Dipetik dari artikel : http://khazalii.googlepages.com

Thursday, October 15, 2009

Pandangan Nabi Adam a.s Terhadap Umat Nabi Muhammad s.a.w

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T. 2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian. 3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka. 4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W derhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
__________________

Wednesday, October 14, 2009

Kisah Si pokok Epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang besar dan lebat buahnya di pinggir sungai. Seorang kanak² lelaki amat suka bermain berhampiran pokok tersebut setiap hari. Dia memanjat dan memetik buah epal dan memakan sepuas hatinya. Bila sudah penat bermain dan memakan buah epal, kanak² tersebut melepaskan lelap di perdu pokok. Itulah rutin kanak² ini seharian. Itulah lumrah kehidupan apabila makin rapat kedua makhluk Allah ini saling sayang menyayangi.

Zaman bertukar silih berganti, kanak lelaki ini sudah membesar dan menjadi remaja. Beliau tidak lagi bermain di perdu pokok epal ini lagi. Malah hampir melupakan pokok epal ini. Pokok epal ini amat sedih. Pada suatu masa, remaja lelaki ini datang ke perdu pokok epal ini dengan muka yang sedih dan sayu. Melihat keadaan itu lalu pokok ini berkata…

Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.

Remaja : ” aku bukan lagi kanak² yang dahulu, aku sudah meningkat remaja, aku tidak gemar bermain bersama engkau “.

Pokok epal : ” habis tue kenapa engkau datang dengan muka yang sayu wahai sahabatku”.

Remaja : ” aku mahukan sebuah permainan untuk aku bermain dan aku perlukan duit untuk membeli permainan itu, mana aku mencari wang sebanyak itu!”.

Pokok epal : (dengan senyuman) ” kalau begitu, petiklah buah² epal di badanku ini, ambilah sebanyak mana pun. Juallah pada peniaga dan hasil wang ringgit itu engkau mampu membeli apa yang dihajati “.

Melihat keadaan itu remaja tersebut dengan girangnya mengambil buah² epal yang ada kesemuanya dan lalu meninggalkan pokok epal kembali bersendirian tanpa mengucapkan apa². Berulang kembali remaja itu tidak lagi datang bermain atau singgah sebentar di pohon itu. Pokok epal amatlah sedih dengan sikap remaja ini.

Masa sudah berlalu, pokok epal ini makin membesar dan mengeluarkan buah yang banyak. Remaja yang dahulunya juga meningkat usia, bekerja dan berkahwin. Lalu lelaki ( remaja ) ini datang kembali pada pokok epal ini. Pokok epal ini sangat gembira dan terharu. Malangnya lelaki ini datang membawa masalah lalu mereka berkata…

Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.

Lelaki : ” aku sudah bekerja dan berkahwin, aku perlukan wang dan tidak ada masa untuk bermain, malangnya aku tidak mempunyai rumah untuk berlindung bersama isteri aku, apa perlu aku buat? “.

Pokok epal : ” maafkan aku kerana aku sendiri tiada rumah, bagaimana aku mahu menolong dikau”.

Pokok epal terdiam sebentar lalu terpikir sejenak…

Pokok epal : ” engkau boleh memotong dahan² aku yang besar ini, cantaslah dan tebanglah untuk membuat rumah perlindungan untuk keluarga kamu, sesungguhnya engkau sahabat aku dunia dan akhirat “.

Lelaki : (dengan riangnya) ” kalau begitu, aku tebang dahan² engkau ini dan akan membuat rumah daripadanya “.

Pokok epal tersebut amatlah gembira kerana dapat menolong lelaki ini dan sedih kerana apabila dapat kesemua dahan² itu lelaki tersebut tidak kembali jumpa dengan pokok epal ini.

Untuk kali ketiganya lelaki tersebut datang kembali kepada pokok epal sekian lamanya lalu berkata kepadanya…

Pokok epal : “marilah bermain-main disekitar ku, lama benar dikau tidak datang ke sini “.

Lelaki : ” aku bukan macam dahulu yang suka bermain, aku sudah dewasa dan aku mempunyai cita². Tapi cita²ku adalah mahu berlayar di lautan dan memerlukan bot “.

Pokok epal : ” aku minta maaf aku sendiri tiada bot untuk menolong engkau tetapi engkau bolehlah menebang batangku untuk membuat bot dan berlayarnya di lautan melihat kebesaran Allah”.

Mendengar cadangan pokok epal tersebut tanpa mengucapkan sepatah kata, lelaki tersebut terus menebang batang pokok epal itu dan membina bot yang cantik untuk berlayar dan tidak lagi datang kesitu lagi seperti kebiasaan.

Bertahun lamanya lelaki tersebut tidak datang. Disuatu pagi yang indah datang seorang tua ke pokok tersebut. Pokok epal yan dahulunya gah berdiri tapi hanya tinggal tunggul yang tua. Melihat lelaki tua ini yang dahulunya seorang kanak yang meningkat remaja lalu berkahwin, pokok epal ini berkata…

Pokok epal : “tiada lagi aku dapat menolongmu, aku hanyalah ada akar dan tunggul yang tua…buahku engkau sudah jualkan, dahanku engkau membuat rumah dan batangku engkau membina bot..aku mohon maaf kerana tidak dapat menolong “. ( lalu menangis )

Lelaki tua : “aku datang bukan ingin memakan buah epal kerana aku sudah tiada gigi, mencantas dahan aku tidak mampu dan larat dan aku tidak ingin membina bot kerana aku sudah tua dan tidak mampu untuk berlayar lagi, aku datang hanyalah mahu berehat kerana penat “.

Pokok epal : ” kalau begitu berehat dan tidurlah di perduku”.

Lelaki tua itu lalu duduk dan berehat di perdu pokok epal tersebut dan mereka menangis kegembiraan.

Didaktik Moral:

"Bukan kisah pokok epal dengan lelaki tua yang hendak disampaikan tetapi tauladan kisah ini. Pokok epal tersebut adalah orang tua kita yang membesarkan kita dari kanak² hinggalah dewasa. Masa kecil kita bermain bersama mereka, apabila remaja kita minta apa saja dari mereka tanpa memikirkan kesusahan mereka itu. Kita datang kembali pada mereka bila kita menghadapi masalah dan tinggalkan mereka berdua tanpa khabar berita. Tapi mereka tetap gembira dengan kebahagiaan hidup kita walaupun kekadang mereka sunyi di sana. Kita kenangkan kembali dimanakah kita sekarang.."

Tuesday, October 13, 2009

Sepuluh "K" Dalam Berkawan

* KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, "uhibbuka/i fillah" (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah). * KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka. * KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya. * KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah. * KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan? * KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan. * KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat. * KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka. * KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua. * KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, "Kau cantik, aku mesti cantik," "Kau kaya, aku pun kena kaya". Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham.
"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"

Monday, October 12, 2009

Kesihatan Diri

1. Diet dan makanan seimbang - Pengambilan makanan secara seimbang dan teratur dapat mengekalkan kesihatan. Elakkan obesiti dengan mengambil makanan rendah lemak, dan lebihkan sayur-sayuran. Jadikan maklumat piramid pemakanan sebagai panduan pengambilan makanan seharian.
2. Pengambilan makanan tambahan seperti IgG Plus, Bio-Young, Spirulina, Jus Pati Kurma dll dapat melambatkan proses penuaan. Ia dapat melindungi kemusnahan sel dan membantu kesihatan sel-sel tubuh. Tapi rujuk dan kaji dahulu sbelum anda memilih sesuatu produk. 3. Herba dikatakan baik untuk pengaliran darah. Antara herba yang popular untuk kegunaan kesihatan seperti bawang putih, ginseng, dan lada. Pada masa kini herba banyak digunakan untuk produk kesihatan dan kecantikan. 4. Senaman berterusan boleh meningkatkan ketahanan fizikal dan mental. Ia bukan sahaja mengurangkan berat badan, malahan tekanan darah rendah, mengurangkan tekanan, mengawal tahap gula serta meningkatkan sistem imuniti. Dengan bersenam selalu, anda akan menjadi sihat serta nampak lebih muda. Senaman wajah jgn dilupakan. 5. Untuk menguatkan daya ingatan, amalkan tidur yang cukup, minum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, makan makanan seimbang, serta melakukan latihan. Sebagai tanda peringatan, senaraikan perkara yang hendak dilakukan dalam buku nota dan rujuk setiap pagi dan kemaskinikan selewat-lewatnya sebelum tidur. 6. Jika ingin berbadan kurus dan langsing, pastikan wajah anda tidak terlalu cengkung. Ia akan kelihatan nampak lebih tua dan usia sebenar. Ini kerana kulit pada wajah lebih nipis berbanding dengan bahagian tubuh yang lain. Kurus tidak semestinya lebih cantik dan kesihatan diri itu yang lebih penting. 7. Tetapkan waktu untuk tidur. Ia akan mendisiplinkan diri anda untuk mendapat rehat yang secukupnya. Tandanya, anda rasa segar apabila bangun pagi. Kurangkan tekanan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan bersikap positif. 8. Banyakkan minum air bersih. Ini kerana kandungan air dalam badan sangat tinggi. Contohnya otak mengandungi 95 peratus air, darah 82 peratus air dan paru-paru 90 peratus air. Pengambilan air yang mencukupi dapat menajamkan pemikiran, mengelakkan penyakit dan kulit menjadi lebih cantik. 9. Penampilan diri menarik apabila bijak memilih fesyen pakaian dan aksesori. Ia dapat mengawal usia secara psikologi. Sebaiknya sesuaikan pemilihan pakaian dengan usia, kerjaya, keadaan persekitaran dan latar belakang keluarga. 10. Gunakan pelembap dan pelindung matahari untuk penjagaan kulit. Sekurang-kurangnya anda perlu mengenakan pelembap pada setiap pagi. Penjagaan kulit secara keseluruhan juga penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit yang mati.

Geologi dan keunikannya

Landskap indah yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi MENAKJUBKAN! Rasanya itu perkataan paling sesuai untuk menggambarkan daya tarikan pelancongan di Cappadocia, rantau di tengah Turki yang menempatkan struktur muka bumi luar biasa dan pelik dengan pelbagai coretan abstrak. Bagi umat Islam, ia bukti keagungan Ilahi yang merencanakan takdir ke atas bumi Anatolia ini melalui muntahan lahar gunung berapi jutaan tahun lalu yang membentuk pelbagai formasi geologi unik dan memegunkan.

Di sini juga terletak pekan Hacibektas, pusat aliran sufi Alevi-Bektasi diasaskan oleh Haci Bektas Veli yang dikatakan dari keturunan Saidina Ali. Cappadocia bersempadan dengan rantaian Gunung Taurus di selatan, Euphrates di sebelah timur, manakala di sebelah utara dan barat pula bersempadan dengan Pontus serta tasik garam. Unsur paling menakjubkan di sini ialah landskap alam semula jadinya yang terbina hasil gabungan tenaga manusia dan kuasa alam semula jadi.

Ada formasi tanah bak menara bertopi, batu terbentuk seperti tapak kaki unta, tidak kurang juga batu berdiri yang pada kepercayaan orang tempatan, hasil kerja si pari-pari. Terbentuk juga gua yang dipercayai mula diduduki sejak 333 Sebelum Masihi, iaitu ketika zaman kegemilangan Iskandar Zulkarnain. Cappadocia dipercayai menempatkan lebih 200 kota bawah tanah di kawasan antara Kayseri dan Nevsehir. Pada mulanya, kota itu dikata digunakan oleh penganut Kristian sebagai tempat persembunyian mereka ketika agama berkenaan masih asing. Tidak hairanlah, ada 30 gereja dibina dalam bukit batu yang menjalar itu, sesetengahnya bertarikh seawal pertengahan abad kesembilan sehingga abad ke-11.

Mengikut sejarah, landskap unik di sini terhasil akibat kesan hakisan serta ledakan gunung berapi Erciyes dan Hasan sekitar tiga juta tahun lalu. Ia menyebabkan kawasan sekitar diliputi bukit abu dan debu, sekali gus menjadikan bumi Cappadocia sebagai kawasan pertanian subur dan berkelebihan dengan reka bentuk alamnya yang amat menarik. Letusan gunung berapi Erciyes menyebabkan terbentuknya batu-batu lembut dan senang diukir. Faktor cuaca sejuk dan panas, selain hujan serta angin memberi kesan kepada batu-batan di sini, memunculkan landskap disebut cerobong dewa atau `fairy chimneys' kerana orang tempatan menganggap struktur itu hanya mampu dibentuk oleh dewa. Kota bawah tanah yang terkenal ialah di Derinkuyu dan Kaymakli. Kota di Derinkuyu mempunyai tahap kedalaman sehingga 85 meter yang membolehkan lapan aras tingkat dibina dan dipercayai menjadi tempat berteduh ribuan penduduk zaman dulu. Kota di Kaymakli pula atau nama purbanya Enegup, dibuka kepada pelancong pada 1964, terletak kira-kira 19 kilometer dari pekan Nevsehir. Ia berbeza dengan kota yang ada di Derinkuyu dari segi struktur dan susun atur kerana terowongnya dibina lebih rendah, sempit dan bercerun. Di bandar kecil Goreme yang menempatkan gua masih berpenghuni serta lengkap dengan kemudahan elektrik dan televisyen, terhidang Lembah Zelve yang pernah didiami orang Islam Turki sehingga 1960-an. Pekan ini juga terkenal dengan produk tembikar dan permaidani yang termasyhur, paling cantik dan mahal selain Muzium Udara Terbuka yang menjadi lokasi paling banyak dilawati dan antara yang terkenal di tengah Turki. Bandar lain ialah Nevsehir, pusat pentadbiran wilayah itu yang diasaskan oleh Damat Ibrahim Pasa dari Kampung Muskara yang dilantik sebagai wazir Sultan Ahmet III.

(Sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Kembara/20090816094254/Article/)

Tuesday, October 6, 2009

Membaca Membina Minda

Monday, October 5, 2009

Isu Posting penempatan Guru - Jom lihat Apa kata mereka.

Profesor Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengeluarkan kenyataan semua penempatan lepasan UPSI ke sekolah-sekolah terpaksa dibeku bermula 2010. Pembekuan semua penempatan ke sekolah-sekolah ini dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melibatkan semua institusi yang mengeluarkan bakal-bakal guru bukan sahaja di UPSI malah di IPTA lain yang menawarkan program pendidikan termasuk Institut Perguruan (IPG) di seluruh negara berikutan masalah kewangan yang dialami pihak Kerajaan Malaysia. Perkara ini heboh seantero Upsi terutamnaya pelajar di tahun akhir pengajian upsi ambilan 2006/2007 dan juga pelajar DPLI. Oleh itu, jom kita lihat apa kata mereka berhubung Isu hot ini...
1.Adus..wat penat jer blajar 4 tahun kat Upsi akhirnya jadi camni plak... 2.Nampaknya semua plan yang dirancang hancus... 3.Alahai... balik kampung tanam anggur ler jawabnya ... 4.Kena Isi borang SPA-8 ler jawabnya, yelah nak tunggu posting 2012 lambat wooo..... 5.Alamak... mesti orang kampung mengata; bila la engko nak mengajar, dulu cakap jadi cikgu tapi sekarang camna...hampeh! 6.Hai..mengapalah malang nasib kami ini...da nasib badan...kena kojo kilang ler dulu... 7.Ini semua tidak adil!!! 8.Camne plak ngan nasib kami bebudak DPLI, kena tempias ke? 9.Walau apapun terjadi teruskan perjuangan kita..dont give up... 10.Sabar, itu semua ujian daripada tuhan, kita sepatutnya menerimanya... 11. Baik terus berhenti saja blajor kalo inilah kesudahan
Berdasarkan kepada perkara diatas dapatlah ditarik kesimpulan bahawa, rata-rata kalangan mereka ada yang memberi pro dan ada yang memberi kontra. Rata-ratanya amat tidak berpuas hati dengan isu penempatan ini yang amat terlalu lama untuk ditunggu. Oleh itu, diharap perkara ini dapat diatasi dengan dengan bijak oleh pihak kementerian agar tidak menjadi isu yang besar. Jadi, walau apapun berlaku kita perlu menunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar iaitu menuntut ilmu. perjuangan kita bukan setakat belajar sahaja, tetapi meliputi seluruh aspek sama ada aspek kehidupan dunia mahupun aspek kerohanian..Dunia hanya pinjaman...

Saturday, October 3, 2009

Islam dan tata tertib menjamu selera

“ Makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amalan-amalan yang soleh.”

( al-Mu’minun: 51)

Oleh kerana tujuan utama bagi orang yang mempunyai pemikiran yang waras ialah menemui Allah kelak pada hari penerimaan balasan, padahal tiada jalan untuk sampai bertemu dengan Allah melainkan dengan ilmu pengetahuan serta amalan. Hal itu pula tidak mungkin berkekalan, melainkan dengan keselamatan tubuh badan, dan tubuh badan tidak mungkin terpelihara dan selamat, melainkan dengan makanan yang dimakan sekadar yang diperlukan dari masa ke semasa. Maka dari wajah ini, sebahagian para ilmuan islam telah berkata :
Sesungguhnya memakan makanan itu termasuk urusan keagamaan.
Terdapat tiga keterangan yang harus diperhatikan oleh seseorang yang sedang menghadapi makanan, iaitu;
  1. Adab orang yang mahu memulakan makan.
  2. Adab diwaktu makan.
  3. Hal-hal yang dituntut sesudah makan.
  1. Adab orang yang mahu memulakan makan.
  • Makanan itu mestilah dari yang halal dan cara memperolehinya juga harus secara halal, menurut petunjuk syariat dan wara’, tidak boleh diusahakan dengan cara yang dilarang di dalam syariat, ataupun dengan cara menurutkan hawa nafsu ataupun dengan cara penipuan. Dan Allah Ta’ala telah pun memerintahkan kita suapa memakan makanan yang baik, yakni secara halal, sebagaimana Dia telah mengutamakan larangan makanan secara batil (haram) daripada larangan membunuh jiwa tanpa hak, iaitu untuk mengeraskan lagi larangan memakan yang haram dan membesarkan keberkatan memakan yang halal. Allah Ta’ala telah berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta-harta sesama kamu dengan jalan kebatilan, melainkan dengan perniagaan secara sukarela satu sama lain dan janganlah kemu membunuh dirimu.”(an-Nisa’: 29)

  • Membasuh tangan sebab tangan ini tidak sunyi dari kotoran kerana seringkali ia digunakan untuk membuat pekerjaan yang berbagai-bagai. Oleh itu membasuh tangan adalah lebih dekat kepada kebersihan dan kesucian.
  • Apabila memakan sesuatu makanan, diniatkan memakan kerana bertaqwa kepada Allah dan kerana menguatkan badan untuk menjalani ketaatan kepada Allah Ta’ala supaya dengan yang demikian, dia boleh menjadi seorang yang taat pada mengerjakan ibadat. Untuk menjamin niatnya atas dasar ini, hendaklah jangan sampai tangannya mencapai makanan, melainkan setelah benar-benar lapar. Jadi kelaparan yang merupakan satu-satu sebab yang menjadikannya memakan makanan itu. Kemudian hendaklah ia mengangkat tangannya (Berhenti makan) dari makanan itu sebelum benar-benar kenyang.
  • Hendaklah ia sentiasa redha dengan makanan yang terhidang di hadapannya, yakni rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya.
2. Adab diwaktu makan
  • Hendaklah memulakan dengan membaca Bismillah pada mula menyuap makanan, dan bila selesai makan, dia mengucapkan dengan Alhamdulillah pula. Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama-samanya.
  • Hendaklah ia menggunakan tangan kanan.
  • Hendaklah sedaya upaya, ia memperkecilkan suapannya.
  • Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sebarang makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja.
  • Hendaklah ia memakan makanan yang ada berhampiran dengannya saja, kecuali jika makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya.
  • Jangan mengesat tangannya dengan roti atau dengan makanan yang lain. Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar, sehingga makanan itu sejuk dan mudah untuk dimakan.
  • Kalau memakan kurma, jangan diletakkan bijinya dengan kurma itu dalam satu bekas, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tapak tangannya lalu dibuang. Demikian pula caranya dibuat pada buah-buahan yang lain yang berbiji atau berkulit.
  • Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul dahaga.
3. Hal-hal yang dituntut sesudah makan.
  • Hendaklah berhenti makan, sebelum merasa terlalu kenyang.
  • Hendaklah ia bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati terhadap makanan yang telah direzekikan, dan menganggap makanan itu sebagai nikmat dari Allah. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah:172)

“Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami kurniakan dan bersyukurlah kepada Allah atas kurniaanNya.”
  • Membasuh tangan, kemudian membersihkan celah-celah gigi dari makanan yang terselit.
  • Sekiranya memakan makanan yang dijamu oleh orang lain, maka hendaklah ia mendoakannya:

“Ya Allah! Ya Tuhanku Perbanyakkanlah kebaikannya dan berkatilah ia dalam rezeki yang Engkau kurniakan kepadanya dan jadikanlah kami sekalian tergolong orang-orang yang mensyukuriMu.”

Sekiranya berbuka puasa di tempat orang, hendaklah ia mendoakan pula:

Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa dan telah makan makanan yang kamu hidangkan tadi orang-orang yang baik, dan moga-moga para Malaikat akan mendoakan bagi kamu dengan cucuran rahmat Allah”.

Sesudah makan, disunnnatkan pula membaca:

“Segala kepujian bagi Allah yang telah memberi kamu makan dan minum dan telah mencukupi kami serta melindungi kami”

Tuesday, September 29, 2009

Nasihat cerdik pandai

  • Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
  • Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
  • Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
  • Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
  • Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

.:Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim:.

penyerahanku

Arabic Ilaahi lastu lilfirdausi ahla walaa aqwaa 'alannaaril jahimi fahabli taubatan waghfir dzunuubi fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali fahablii taubatan yaa dzaljalaali wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi wa dzambii zaa-idum kaifahtimali Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka muqirron biddzunuubi waqod da'aaka fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun wa in tadrud faman narjuu siwaka Malayo Wahai tuhan, Aku tak layak masuk syurgamu, Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu, Ampunkan dosa dan terimalah taubatku, Sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar, Dosa-dosaku bagaikan pepasir dipantai, Dengan rahmatmu ampunkan daku, Oh tuhanku, Wahai tuhan, Selamatkan kami ini, Dari segala kejahatan dan kecelakaan, Kami takut kami harap kepadamu, Suburkanlah cinta kami kepadamu, Kamilah hamba yang berharap belas darimu.

Sunday, September 27, 2009

Ganjaran puasa Syawal

PUASA enam Syawal adalah sunat dilakukan dan besar ganjaran pahala serta tambahan kepada kekurangan yang diimbangi dengan zakat fitrah. Mukmin laksana amalan sunat mendapat kebaikan berganda. DUA jenis amalan menentukan peribadi seseorang Muslim iaitu amalan wajib dan amalan sunat. Wajib bermaksud sesuatu yang dituntut untuk melakukannya dan berdosa jika ditinggalkan seperti solat fardu, puasa pada Ramadan dan membayar zakat. Sunat pula bermaksud sesuatu yang dianjurkan untuk melakukannya dan tidaklah berdosa jika ditinggalkan. Antara contoh amalan sunat ialah solat, mengucapkan amin apabila membaca fatihah dalam solat dan banyak lagi. Walaupun meninggalkan amalan sunat tidaklah menyebabkan berdosa, ia adalah amalan sangat disukai Allah. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah berfirman yang maksudnya: "Sesiapa yang memusuhi wali-Ku, maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang terhadapnya. Dan tiada seorang hamba-Ku yang bertaqarrub (beramal) kepada-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang Aku fardukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hamba-Ku sentiasa bertaqarrub dirinya kepada-Ku dengan nawafil (ibadat sunat) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan sebagai penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan jika ia meminta kepada-Ku nescaya Aku berikan kepadanya, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku lindungi." (Hadis riwayat Al-Bukhari) Antara ibadat sunat yang amat digalakkan selepas puasa wajib Ramadan ialah puasa enam hari semasa Syawal. Persoalannya, bilakah waktu terbaik melakukannya, dan bagaimanakah cara untuk menunaikannya jika puasa wajib belum lagi diganti atau diqada? Puasa enam hari pada Syawal sebenarnya amat besar ganjaran yang ditawarkan Allah. Ia disebut secara jelas oleh Rasulullah SAW. Dilaporkan daripada Abu Ayyub al-Ansari bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesiapa berpuasa sepanjang Ramadan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari Syawal, maka seakan-akan dia berpuasa selama satu tahun." (Hadis riwayat Muslim, Abu Dawud, An-Nasa'i dan Ibnu Majah) Ini bermakna dengan berpuasa sunat selama enam hari pada Syawal selepas berpuasa wajib pada Ramadan, seolah-olah mereka berpuasa sepanjang tahun. Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Allah telah menggandakan setiap kebaikan dengan sepuluh kali ganda. Puasa Ramadan setara dengan berpuasa sebanyak sepuluh bulan. Dan puasa enam hari Syawal yang menggenapkannya satu tahun." (Hadis riwayat An-Nasa'i dan Ibnu Majah) Hadis ini mempamerkan bahawa ganjaran diberikan Allah itu sepuluh kali ganda. Ini bermakna jika kita berpuasa selama 30 hari pada Ramadan, maka digandakan menjadi 300 hari, manakala puasa enam hari pada Syawal digandakan menjadi 60 hari. Ganjaran Allah adalah sebanyak 360 hari. Persamaan yang lain, jika berpuasa selama sebulan pada Ramadan akan menyamai 10 bulan, kemudian diikuti puasa selama enam hari pada Syawal akan menyamai dua bulan. Justeru genaplah berpuasa selama setahun. Ada dua pendapat ulama mengenai hal ini. Majoriti ulama berpendapat, puasa enam dilakukan secara berturut-turut selepas Hari Raya. Ia dimulai pada hari raya kedua dan seterusnya sehingga genap enam hari. Sebahagian ulama pula berpendapat puasa enam itu boleh dilakukan secara berselang-seli atau tidak terus menerus sepanjang Syawal. Justeru, kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sama ada melakukannya secara berturut-turut ataupun berselang seli. Bagaimanakah pula kaedah menunaikan puasa sunat pada Syawal jika puasa Ramadan masih belum diganti atau qada? Persoalan itu juga mempunyai beberapa pandangan. Pendapat pertama mengatakan adalah memadai seseorang yang ingin melakukan puasa qada dan puasa enam dengan berniat hanya puasa qada pada Syawal. Mereka akan mendapat dua ganjaran sekali gus dengan syarat dia perlu berniat puasa qada terlebih dulu. Ini kerana puasa qada adalah wajib dan puasa enam adalah sunat. Hal yang sama berlaku ke atas solat tahiyatul masjid. Jika seseorang memasuki masjid dan terus melakukan solat fardu, maka dia akan diberi ganjaran dua pahala sekali gus. Pendapat kedua ialah jika seseorang melakukan kedua-duanya secara berasingan akan mendapat kelebihan di sisi Allah kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah, maka memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba. Ada juga ulama berpendapat bahawa puasa enam seharusnya didahulukan kerana ia hanya boleh diamalkan pada bulan Syawal saja. Bagi puasa qada, ia boleh dilakukan dalam tempoh 10 bulan berikutnya sebelum tibanya Ramadan akan datang. Lakukan ibadat sunat ini sama ada berpuasa secara berturut-turut atau berselang-seli. Begitu juga dengan puasa qada. Lakukanlah sama ada secara digabungkan puasa enam dengan puasa qada ataupun secara berasingan. Terpulanglah kepada diri kita sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing. Hal ini kerana ganjaran ditawarkan Allah amat besar. Ia juga adalah tambahan kepada kekurangan yang diimbangi oleh zakat fitrah. Sumber: Zahri Hamat yang merupakan pensyarah Pusat Kajian pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia.

Monday, September 14, 2009

Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini
Enter Fleedy.com
Fleedy.com | Hantar Kad Ini | Dapatkan Komen Bergambar Disini

Friday, September 11, 2009

Malam ke sepuluh Ramadhan

Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah; # Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) # Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak). Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1) Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun. # Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3) # Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3) # Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini. # Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4) Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia. # Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan. Syarat sah iktikaf: Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan. Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat. Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid. Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan. Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan. Perkara yang membatalkan iktikaf: # Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja. # Murtad. # Hilang akal kerana gila atau mabuk. # Datang haid atau nifas. # Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187) Perkara yang sunat dilakukan. # Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa. # Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya. # Perkara yang harus dilakukan. # Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit. # Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian. Sumber:(Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.)

Lailatul Qadar

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3. Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam " Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.: Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu " Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan: Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. " Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda: Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. " Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah: Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. " Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar. Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi: Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. " Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa: Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. "

Wednesday, September 9, 2009

Ciri-ciri Guru @Pensyarah Dalam Pandangan Islam

Ketidakupayaan Seorang guru menunjuk model dan teladan yang baik akan menjadi batu penghalang ke arah pembentukan pelajar yang baik. Bahkan ia merupakan titik cemar dalam keperibadian guru berkenaan. Pepatah Arab ada menyebutkan:
"Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah, Perbuatan demikian aibnya amatlah parah."
Apakah yang dimaksudkan dengan sahsiah, ciri-ciri utamanya, apakah traits nilai di rangkumi olehnya, apakah ciri seorang guru muslim dan bagaimana membangun ciri-ciri tersebut, inilah antara persoalan yang akan kita huraikan dalam kesempatan ini Maksud Sahsiah Sahsiah bermakna peribadi atau personaliti. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup, kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak seseorang. Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya “Pattern and Growth in Personality”, sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Sahsiah mempunyai tiga ciri utama. Pertama, ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang. Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri anak didik mereka. Alat teknologi moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyak kajian dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajaran mereka. Menurut Prof Omar al-Toumi al-Syibani sifat dan ciri seorang guru muslim hendaklah merangkumi: (a) Sifat Rohaniah 1. Keimanan yang kental kepada Allah yang maha sempurna 2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul 3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain (b) Sifat-Sifat Akhlak 1. Benar dan jujur 2. Menepati janji 3. Amanah 4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan 5. Merendah diri 6. Sabar, tabah dan cekal 7. Hilm, pemaaf dan toleransi 8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah (c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmani i. Sifat Mental 1. Cerdas (Kepintaran teori, amali dan sosial) 2. Menguasai mata pelajaran takhassus 3. Luas pengetahuan am 4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah, dan ilmiah yang sihat 5. Mengenal ciri, watak, kecenderungan dan keperluan murid 6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian ii. Sifat Kejiwaan 1. Sifat tenang dan emosi yang mantap 2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya. 3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat 4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan 5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakat iii. Sifat Fizikal 1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit 2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih Antara sifat pensyarah/ guru yang dikehendaki ialah : 1. Berkelakuan baik (penyayang dan penyabar) 2. Tidak berat sebelah 3. Berkeupayaan menghuraikan pelajaran dengan jelas 4. Berdisiplin 5. Menguasai mata pelajaran dengan baik 6. Adil dalam pemarkahan 7. Sifat kelakar 8. Suka menolong pelajar di luar kelas 9. Memahami masalah pelajar 10. Mampu menarik perhatian pelajar 11. Amanah dan menunaikan janji 12. Berupaya membuat penghukuman yang betul 13. Mempunyai sahsiah yang dihormati 14. Mempunyai semangat persekolahan yang tinggi 15. Mempunyai arahan yang jelas dan spesifik 16. Boleh membezakan ‘intan dari kaca’ 17. Mempunyai kemahuan yang kuat 18. Mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi 19. Tidak suka menghina murid atas kesalahan mereka 20. Tidak menyalahgunakan peraturan membenarkan murid dirotan 21. Luas pengetahuan am 22. Tidak lari atau terkeluar dari tajuk bila mengajar 23. Suara yang baik-serak-serak basah 24. Mengenal titik kekuatan murid 25. Pandai memberi nasihat 26. Simpati terhadap kelemahan murid 27. Pandai memilih kata-kata 28. Memberi ruang para pelajar menelaah dan mengulangkaji 29. Mengambil kira suasana murid di rumah 30. Boleh membuat ujian secara berkala 31. Mengamalkan kaedah pengajaran yang berkesan 32. Mengambil kira pengudaraan bilik darjah 33. Suka memberikan kerjasama 34. Bersemangat riadah atau kesukanan Pensyarah/guru Muslim yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru yang mengamalkan etika keguruan Islam yang standard. Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru yang baik personaliti mereka. Etika Pensyarah/ Guru Muslim Etika perguruan Islam belum dibuat secara khusus oleh kumpulan yang dianggotai oleh berbagai kalangan yang profesional. Namun sebagai percubaan awal hal ini boleh diusahakan secara perseorangan dan kemudiannya dapat ditokok tambah oleh khalayak pendidik serta dihayati oleh mereka sebagai suatu etika profesion keguruan . Antara yang boleh dirumuskan ialah: Tanggungjawab Terhadap Allah Etika Pensyarah/guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut: 1. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan/keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan hubungannya yang berterusan denganNya. 2. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian. 3. Guru Muslim mustahak menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah. 4. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam. 5. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajiban agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawab yang berkaitan dengannya. 6. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allah dan merendahkan diri ke hadratNya. Tanggungjawab Terhadap Diri (Hak Kepada Diri Sendiri) 1. Pensyarah/Guru muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral. 2. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian 9 Mestilah mengikut etika Universiti/Pejabat,sekolah), perawakan dan tempat tinggal. 3. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek. 4. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara. 5. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru. Tanggungjawab Terhadap Ilmunya Pensyarah /Guru muslim hendaklah : 1. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam. 2. Beriltizam dengan amanah ilmiah. 3. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari. 4. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan. 5. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelusuri sudut atau dimensi spirituality Islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan. 6. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat. Tanggungjawab terhadap Profesion 1. Seorang Pensyarah/ guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion pendidikan. 2. Dia tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama seseorang guru ialah terhadap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan. 6. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. 7. Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap pelajarnya. 8. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. 9. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. 10. Dia harus menghormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. 11. Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara. 13. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama. 14. Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibubapanya. 15. Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar. 20. Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. 21. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan). 22. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-membesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan. Tanggungjawab Terhadap Pelajar 1. Guru muslim hendaklah lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil (TIDAK BIAS) dan tidak EMOSIONAL terhadap setiap seseorang Mahasiswa/pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama. 3. Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. (Amat dianjurkan dalam Islam) 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran. 5. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawat 1. Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. Guru yang Berkesan Guru yang Tidak Berkesan Adil Pilih kasih Demokratik Autokratik Bertimbang rasa Terbatas Responsif Menjauhkan diri Baik hati Kasar Tidak membosankan Membosankan Original Stereotype Tangkas Tidak peduli Menarik Tidak memberi kesan Bertanggungjawab Bersikap dalih Stabil Tidak seimbang Tenang Mudah naik perasan Yakin Tidak tentu Penutup Cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajar murid-murid zaman ini bukanlah suatu yang mudah. Guru berhadapan dengan kenakalan remaja yang semakin serius. Ibu bapa harus ikut serta dalam memudahkan kerja guru-guru di sekolah. Kerajaan wajar peka dengan keperluan persekolahan dan pembelajaran generasi baru yang semakin canggih dan pelbagai. Masyarakat juga mustahak memainkan peranan sebagai pemangkin kejayaan guru dan murid dalam pembelajaran mereka. Tanpa kerjasama semua pihak proses pendidikan tidak akan berjaya menghasilkan generasi yang baik.
Said Bin Jubair meriwayatkan daripada Ibnu Abbas bahawa beliau berkata: “Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya.”
Sumber:Fakulti Pendidikan Islam UM

Tuesday, September 8, 2009

Doa Kerana Menzalimi Diri Sendiri

Setiap manusia sudah pasti tidak lari daripada melakukan pelbagai kesalahan di dunia.Saya dan anda juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan dan menzalimi diri sendiri.Oleh itu, untuk menghilangkan rasa resah dan dukacita akan kezaliman kita lakukan kepada diri sendiri maka Al-Quran telah mengajar umat manusia yakni Umat Islam agar mengamalkan doa dibawah iaitu Doa yang telah diamalkan oleh Nabi Adam as.
"Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Sekiranya Engkau tidak mengampuni dosa kami ini dan tidak mengasihani kami, maka pastilah kami akan tergolong daripada orang yang rugi."

Pengurusan Emosi

Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Perubahan ini melibatkan satu set tindak balas automatik, viseral iaitu meluap-luap dan komunikasi emosi seperti ekspresi muka, perkataan, isyarat dan tingkah laku lain yang dipaparkan oleh seseorang itu. Manusia yang normal dilihat sebagai individu manusia yang mengalami situasi yang pelbagai dan berkehendakkan reaksi bagi melahirkan emosi yang juga berbeza. Pelbagai emosi atau perasaan telah dikurniakan daripada Allah S.W.T. kepada manusia. Remaja sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali daripada merasai emosi-emosi tersebut. Antara emosi yang wujud dalam manusia adalah seperti marah, takut, rasa bersalah, murung, sedih, meluat, dukacita, tidak berharga, memberi maaf dan sebagainya. Apa yang penting adalah mengenal pasti cara anda menunjukkan emosi yang negatif kerana emosi jenis ini selalu membawa kepada keburukan.
"Individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang tinggi adalah seorang individu yang boleh mengawal perasaan dan tindakan sendiri, mempunyai daya ketahanan untuk mencapai matlamat hidup, boleh mengurus perasaan negatif serta mudah menjalinkan persahabatan dengan orang lain."
"Sementara individu yang memiliki tahap kecerdasan emosi yang rendah pula akan bertindak mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya dan mempunyai matlamat hidup yang kurang jelas. Selain itu juga, individu tersebut kurang mahir mengurus perasaan negatif serta kurang mahir dalam menjalinkan persahabatan dengan orang lain."
Secara keseluruhannya, kecerdasan emosi menekankan tentang ciri sahsiah yang dimiliki oleh seseorang individu itu. Kemahiran sosial dan emosi adalah lebih penting dalam kejayaan hidup daripada kebolehan intelektual semata-mata. Kecerdasan intelektual (IQ) membolehkan seseorang untuk belajar di universiti dan kolej atau pun memegang jawatan profesional. Bagaimanapun, ia bukanlah satu jaminan yang seseorang manusia yang bijak dan pandai akan sejahtera dalam hidup. Kemahiran mengawal dan menggunakan emosi (EQ) secara bijak sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan hidup seseorang. Kadangkala kita tidak dapat mengelak untuk menunjukkan emosi yang negatif. Walaupun kita terpaksa menunjukkan emosi 'buruk' namun kesan negatif dapat dikurangkan jika bertenang dan mengambil kira perkara di bawah semasa menunjukkan perasaan negatif tersebut: i. Jangan terlalu dramatik. ii. Jangan tunggu sehingga perkara menjadi teruk. iii. Singkatkan interaksi. iv. Jangan menyalahkan orang lain atau membuat orang berasa bersalah. v. Cakap apa yang anda rasai. vi. Tanya apa yang orang lain rasai. vii. Beri cara untuk menjaga air muka(contohnya: mungkin saya salah faham dengan awak atau saya tahu tujuan awak baik). Cara Membina dan Mengawal Emosi Agar Sentiasa Cerdas Kehidupan di kawasan bandar sebenarnya menjadi salah satu sebab berubahnya kehidupan seseorang individu remaja. Mereka lebih terdedah kepada kehidupan yang penuh sosial dan terbuka serta memperolehi sesuatu perkara atau maklumat lebih cepat jika dibandingkan dengan para remaja yang berada di luar bandar. Untuk itu, setiap individu itu perlu diajar dan dibimbing cara-cara mengawal perasaan marah, kurang sabar dan agresif dengan menggunakan cara yang positif. Di antara cara-cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana, kita semua boleh mencuba beberapa perkara seperti mengenal emosi diri sendiri, mengurus emosi diri sendiri, mengenali emosi orang lain, memotivasikan emosi yang negatif dan mengendalikan perhubungan melalui komunikasi. Salah satu cara mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengenal emosi diri sendiri. Seseorang individu itu perlulah cuba mengenal pasti atau cuba menyedari apakah emosi yang sedang dihadapi yang berlegar di fikiran serta apakah punca kepada timbulnya emosi tersebut. Kemudiannya, cuba kuasai emosi tersebut. Dengan kata lain, fikiran boleh menyebabkan wujudnya satu perasaan dan setelah wujudnya perasaan, maka timbullah keinginan untuk diperlakukan melalui perbuatan atau perlakuan. Cara lain mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah mengurus emosi diri sendiri. Dalam konteks ini, seseorang individu itu perlulah pandai mengambil peluang mengawal emosi yang sedang menguasai diri. Emosi itu datang tanpa diundang tetapi diri sendiri yang menentukan berapa lama emosi itu menguasai diri dan apakah ia mendatangkan positif atau negatif. Cara yang seterusnya adalah mengenali emosi orang lain. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlu mengenali perasaan diri sendiri dahulu, kemudiannya barulah cuba untuk mengenali, memasuki dan menjelajahi emosi individu yang lain pula atau dengan kata lain empati. Cara ini perlu bagi mengelakkan kekeliruan emosi terutamanya apabila ada individu lain yang mahu mencurahkan emosi mereka. Cara yang keempat dalam mengawal emosi agar sentiasa stabil dan sederhana adalah memotivasikan emosi yang negatif. Dalam konteks ini pula, seseorang individu itu perlulah menjadikan emosi yang negatif itu sebagai satu alat untuk meningkatkan keupayaan dalam berfikir, merancang dan menyelesaikan sebarang masalah. Emosi yang negatif sebagai pemangkin kepada perubahan emosi yang positif. Cara yang terakhir adalah mengendalikan perhubungan melalui komunikasi. Setelah mengenali emosi orang lain dan berjaya serta berupaya mengurus diri sendiri, maka perhubungan yang positif dan keakraban dapat dibentuk dan diwujudkan. Perhubungan dan keakraban ini boleh diwujudkan dengan lebih baik lagi melalui komunikasi dan ia boleh mengekspresikan pemikiran secara aktif tanpa diwarnai dengan kemarahan. Melalui beberapa perkara yang diterangkan di atas, ia boleh digunakan untuk mengawal emosi agar stabil dan sederhana, beberapa unit organisasi yang terlibat perlu membantu seseorang individu. Di antara unit organisasi yang perlu membantu adalah seperti ibu bapa dan sistem pendidikan di Malaysia.

Ciri-ciri Pelajar yang Gagal

"Bukan senang untuk berjaya tetapi bukan susah untuk gagal. Orang yang sering gagal adalah orang yang mempunyai banyak ciri kegagalan. Kadangkala seseorang itu tidak sedar dia sering melakukan sesuatu yang mengundang kegagalan. Oleh itu antara ciri kejayaan adalah dengan cara mengenal ciri kegagalan. Perhatikan ciri-ciri di bawah ini dan pastikan anda tidak mengamalkannya."
  1. Mempunyai sifat malas yang merupakan musuh utama kepada kejayaan.

  2. Tiada semangat atau motivasi sehingga merasakan bahawa pelajaran itu sesuatu yang payah, pahit dan menyusahkan.

  3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan sehingga pelajaran tidak dihargai.

  4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai model.

  5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

  6. Mengambil sikap sambil lewa dalam pelajaran.

  7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.

  8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

  9. Selalu ponteng Kuliah

  10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

  11. Berangan-angan semasa guru mengajar di depan.

  12. Sering bermain-main dalam bilik darjah.

  13. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

  14. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan memberi masalah pada orang lain.

  15. Melakukan aktiviti yang tidak sihat atau tidak bermoral..

  16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

  17. Lebih banyak bergantung kepada orang lain untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

  18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

  19. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

  20. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit untuk pelajaran.

  21. Menghabiskan wang tambahan untuk membeli alat solek, majalah hiburan atau benda-benda lain yang tidak berguna kepada pelajar.

  22. Tidak menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

  23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

  24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah (bagi orang Islam).

  25. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.