Tuesday, October 6, 2009
Monday, October 5, 2009
Isu Posting penempatan Guru - Jom lihat Apa kata mereka.
Saturday, October 3, 2009
Islam dan tata tertib menjamu selera
( al-Mu’minun: 51)
Oleh kerana tujuan utama bagi orang yang mempunyai pemikiran yang waras ialah menemui Allah kelak pada hari penerimaan balasan, padahal tiada jalan untuk sampai bertemu dengan Allah melainkan dengan ilmu pengetahuan serta amalan. Hal itu pula tidak mungkin berkekalan, melainkan dengan keselamatan tubuh badan, dan tubuh badan tidak mungkin terpelihara dan selamat, melainkan dengan makanan yang dimakan sekadar yang diperlukan dari masa ke semasa. Maka dari wajah ini, sebahagian para ilmuan islam telah berkata :- Adab orang yang mahu memulakan makan.
- Adab diwaktu makan.
- Hal-hal yang dituntut sesudah makan.
- Adab orang yang mahu memulakan makan.
- Makanan itu mestilah dari yang halal dan cara memperolehinya juga harus secara halal, menurut petunjuk syariat dan wara’, tidak boleh diusahakan dengan cara yang dilarang di dalam syariat, ataupun dengan cara menurutkan hawa nafsu ataupun dengan cara penipuan. Dan Allah Ta’ala telah pun memerintahkan kita suapa memakan makanan yang baik, yakni secara halal, sebagaimana Dia telah mengutamakan larangan makanan secara batil (haram) daripada larangan membunuh jiwa tanpa hak, iaitu untuk mengeraskan lagi larangan memakan yang haram dan membesarkan keberkatan memakan yang halal. Allah Ta’ala telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta-harta sesama kamu dengan jalan kebatilan, melainkan dengan perniagaan secara sukarela satu sama lain dan janganlah kemu membunuh dirimu.”
- Membasuh tangan sebab tangan ini tidak sunyi dari kotoran kerana seringkali ia digunakan untuk membuat pekerjaan yang berbagai-bagai. Oleh itu membasuh tangan adalah lebih dekat kepada kebersihan dan kesucian.
- Apabila memakan sesuatu makanan, diniatkan memakan kerana bertaqwa kepada Allah dan kerana menguatkan badan untuk menjalani ketaatan kepada Allah Ta’ala supaya dengan yang demikian, dia boleh menjadi seorang yang taat pada mengerjakan ibadat. Untuk menjamin niatnya atas dasar ini, hendaklah jangan sampai tangannya mencapai makanan, melainkan setelah benar-benar lapar. Jadi kelaparan yang merupakan satu-satu sebab yang menjadikannya memakan makanan itu. Kemudian hendaklah ia mengangkat tangannya (Berhenti makan) dari makanan itu sebelum benar-benar kenyang.
- Hendaklah ia sentiasa redha dengan makanan yang terhidang di hadapannya, yakni rezeki yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya.
- Hendaklah memulakan dengan membaca Bismillah pada mula menyuap makanan, dan bila selesai makan, dia mengucapkan dengan Alhamdulillah pula. Ucapan ini lebih baik jika dibaca dengan suara tinggi untuk mengingatkan orang-orang yang makan bersama-samanya.
- Hendaklah ia menggunakan tangan kanan.
- Hendaklah sedaya upaya, ia memperkecilkan suapannya.
- Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sebarang makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja.
- Hendaklah ia memakan makanan yang ada berhampiran dengannya saja, kecuali jika makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya.
- Jangan mengesat tangannya dengan roti atau dengan makanan yang lain. Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar, sehingga makanan itu sejuk dan mudah untuk dimakan.
- Kalau memakan kurma, jangan diletakkan bijinya dengan kurma itu dalam satu bekas, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji yang dikeluarkan dari mulutnya itu diletakkan di belakang tapak tangannya lalu dibuang. Demikian pula caranya dibuat pada buah-buahan yang lain yang berbiji atau berkulit.
- Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul dahaga.
- Hendaklah berhenti makan, sebelum merasa terlalu kenyang.
- Hendaklah ia bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati terhadap makanan yang telah direzekikan, dan menganggap makanan itu sebagai nikmat dari Allah. Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah:172)
- Membasuh tangan, kemudian membersihkan celah-celah gigi dari makanan yang terselit.
- Sekiranya memakan makanan yang dijamu oleh orang lain, maka hendaklah ia mendoakannya:
“Ya Allah! Ya Tuhanku Perbanyakkanlah kebaikannya dan berkatilah ia dalam rezeki yang Engkau kurniakan kepadanya dan jadikanlah kami sekalian tergolong orang-orang yang mensyukuriMu.”
Sekiranya berbuka puasa di tempat orang, hendaklah ia mendoakan pula:
“Telah berbuka di tempat kamu orang-orang yang berpuasa dan telah makan makanan yang kamu hidangkan tadi orang-orang yang baik, dan moga-moga para Malaikat akan mendoakan bagi kamu dengan cucuran rahmat Allah”.
Sesudah makan, disunnnatkan pula membaca:
“Segala kepujian bagi Allah yang telah memberi kamu makan dan minum dan telah mencukupi kami serta melindungi kami”
Tuesday, September 29, 2009
Nasihat cerdik pandai
- Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
- Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
- Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
- Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
- Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya.
- Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
.:Kata-kata Nasihat Ibnu Qayyim:.
penyerahanku
Sunday, September 27, 2009
Ganjaran puasa Syawal
Monday, September 14, 2009
Friday, September 11, 2009
Malam ke sepuluh Ramadhan
Antara kelebihan malam 10 terakhir Ramadan adalah;
# Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya;
“Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
# Pada malam 10 terakhir ada satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar (malam yang mempunyai berkat dan keistimewaan yang banyak).
Pada malam inilah diturunkan al-Quran seperti firman Allah bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul Qadar” (Surah al-Qadar, ayat 1)
Ibn Abbas berkata : “Allah menurunkan al-Quran sekali gus dari Al-Luh Al-Mahfur ke Bait al-E'zzah yang terletak di langit dunia. Kemudian ia diturunkan secara berperingkat-peringkat kepada Rasulullah selama 25 tahun.
# Lailatul Qadar disifatkan lebih baik daripada 1,000 bulan. Perkara ini seperti firman Allah bermaksud : “Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadar, ayat 3)
# Malam ini juga disifatkan sebagai malam berkat, firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami turunkannya (al-Quran) pada malam yang diberkati.” (Surah al-Dukhan, ayat 3)
# Pada malam ini juga turunnya malaikat. Malaikat turun bersama-sama berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam ini.
# Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia. Firman Allah bermaksud: “Pada malam itu (Lailatul Qadar) dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (Surah al-Dukhan, ayat 4)
Maksud ‘urusan yang penuh hikmah’ adalah pada malam itu Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.
# Allah mengampunkan hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.
Syarat sah iktikaf:
Islam, berakal, tidak berjunub dan bersih daripada haid dan nifas bagi perempuan.
Niat: Iktikaf adalah ibadat yang tidak sah melainkan dengan niat.
Masjid: Iktikaf hendaklah dilakukan di masjid.
Waktu bermula iktikaf: Seseorang yang ingin beriktikaf hendaklah masuk ke dalam masjid sebelum terbenam matahari ke-20 Ramadan.
Waktu berakhir iktikaf: Berakhirnya iktikaf adalah selepas terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadan.
Perkara yang membatalkan iktikaf:
# Keluar dari masjid tanpa hajat dengan sengaja.
# Murtad.
# Hilang akal kerana gila atau mabuk.
# Datang haid atau nifas.
# Jimak. Firman Allah bermaksud: “Dan jangan dekati (jimak) mereka (isteri kamu) dalam keadaan kamu beriktikaf dalam masjid.” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
Perkara yang sunat dilakukan.
# Memperbanyakkan ibadat sunat seperti solat, membaca al-Quran, tasbih, tahmid, takbir, istighfar, selawat dan doa.
# Menghadiri majlis ilmu, mengulang kaji kitab hadis, tafsir, sirah nabi dan sebagainya.
# Perkara yang harus dilakukan.
# Keluar daripada masjid kerana hajat seperti keluar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada saudara mara, menziaahi kematian atau orang sakit.
# Begitu juga harus hukumnya mandi, memotong rambut, kuku, memakai pakaian yang bersih dan wangi-wangian.
Sumber:(Petikan Panduan Puasa Ramadan terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.)
Lailatul Qadar
Wednesday, September 9, 2009
Ciri-ciri Guru @Pensyarah Dalam Pandangan Islam
Tuesday, September 8, 2009
Doa Kerana Menzalimi Diri Sendiri
Pengurusan Emosi
Ciri-ciri Pelajar yang Gagal
- Mempunyai sifat malas yang merupakan musuh utama kepada kejayaan.
- Tiada semangat atau motivasi sehingga merasakan bahawa pelajaran itu sesuatu yang payah, pahit dan menyusahkan.
- Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan sehingga pelajaran tidak dihargai.
- Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai model.
- Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
- Mengambil sikap sambil lewa dalam pelajaran.
- Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
- Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
- Selalu ponteng Kuliah
- Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
- Berangan-angan semasa guru mengajar di depan.
- Sering bermain-main dalam bilik darjah.
- Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
- Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan memberi masalah pada orang lain.
- Melakukan aktiviti yang tidak sihat atau tidak bermoral..
- Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
- Lebih banyak bergantung kepada orang lain untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
- Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
- Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
- Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit untuk pelajaran.
- Menghabiskan wang tambahan untuk membeli alat solek, majalah hiburan atau benda-benda lain yang tidak berguna kepada pelajar.
- Tidak menghormati ibu-bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
- Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
- Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah (bagi orang Islam).
- Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.
Monday, September 7, 2009
Sekadar Renungan Bersama
Sunday, September 6, 2009
Kata Pythagoras
Suasana Pada Malam Ini
Thursday, September 3, 2009
Tokoh Ilmu Alam Islam
Biodata
Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau berusia 20 tahun.
SUMBANGAN AL-MAS'UDI
1. Bidang Ilmu Geografi
Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam.
Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya :
* Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan.
* Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Manakala orang di Selatan memiliki sifat lebih tafakur.
* Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai garis lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai garis lintang pertengahan. Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor " Di Bumi Nyata " dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya.
* Mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya.
2. Bidang Ilmu Pelayaran
Beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Contohnya :
* Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China.
* Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah.
* Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan.
Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Beliau menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan.
Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam.
Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi.
Kesimpulan
Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyumbang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.



