Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah satu makanan yang terdapat dalam piramid makanan. Ia merupakan sumber makanan yang murah dan mudah didapati. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan zat dan vitamin yang penting untuk tubuh dan kesihatan.
Apa yang ada dalam buah dan sayur?
Vitamin A Baik untuk kesihatan kulit dan mata serta melindungi diri daripada serangan penyakit. Sawi, bayam, kalian, lobak, lada merah, tomato, mangga, betik, tembikai.
Vitamin B Baik untuk mengelakkan kepenatan dan kelesuan. Sayuran hijau (sawi, bayam, kalian, kangkung), sayur kekacang
Vitamin C Baik untuk kesihatan gigi. Brokoli, nenas, oren, mangga, kiwi,jambu batu, betik, belimbing.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitamin A,B dan C serta mineral-mineral yang lain. Jadi, singkatan ABC merupakan satu pendekatan dalam menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kalangan kita semua.
Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah?
1Sentiasa AMALKAN..
◦Menjadikan buah sebagai snek menggantikan makanan ringan.
◦Menggantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
◦Makan sayur dan salad atau ulam semasa makan tengahari dan makan malam.
2.Sentiasa BUAT… ◦Menambahkan sayur dalam masakan dan hidangan seperti mi goreng dan sandwich.
◦Masak sayur dengan air sedikit.
◦Masak dengan cara yang rendah lemak seperti kukus, rebus, celur, tumis dengan sedikit minyak.
◦Elakkan memasak yang terlalu lama.
3.Sentiasa CAKAP….
◦Yummm.yummm…sedapnya makan buah dan sayur ini..
◦Slurpppppp…lazatnya jus buah ini..
◦Kurp..Kurp..krup…enaknya sayur;(kankung,kailan,sawi,tomato dll) ini..
◦Wowww…ada pelbagai warna dan rasa buah dan sayur.
◦Saya suka makan semua sayuran ini...
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral dapat meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit, menghindari sembelit dan mengurangkan risiko kejadian penyakit jantung dan kanser. Jika kita selalu memakan sayur pada pada masa muda atau peringkat awal, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan. Pendekatan ABC dapat membantu menggalakkan pengambilan buah dan sayur dan Ini penting untuk kesihatan kita. Jadi, dengan ABC, kita Boleh mencubanya dan yang paling penting Menjaga kesihatan diri merupakan
Hak kepada Diri Sendiri selepas hak kepada Allah, sesama Manusia, Alam, dan Haiwan.