Pages

Thursday, September 3, 2009

Tokoh Ilmu Alam Islam

Biodata Abu al – Hassan 'Ali b. Husayn b. 'Ali al – Mas'udi atau Abu Hassan 'Ali b. al – Hasyn b. 'Abdullah al – Mas'udi. Beliau dilahirkan di kota Baghdad Iraq pada akhir abad ke – 9M. Berdasarkan buku yang berjudul al – Mas'udi and His World, beliau dilahirkan pada tahun 283H / 895M. Pada tahun 345H / 956M beliau berusia 20 tahun. SUMBANGAN AL-MAS'UDI 1. Bidang Ilmu Geografi Menggabungkan geografi dengan disiplin sejarah untuk menjadikannya lebih menarik iaitu membuat gambaran tentang gempa bumi, perairan laut mati, dan tajuk-tajuk geologi yang lain. Pertama kali beliau menyebut tentang kincir air di Sijistan yang menjadi penemuan baru bagi orang Islam. Menyokong Teori Determinisme Alam Sekitar dengan menganggap bahawa faktor persekitaran iaitu iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Contohnya : * Beliau berpendapat bahawa iklim pertama dipengaruhi oleh venus ( Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal ( Jupiter ), dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh bulan. * Matahari dan bulan dikaitkan dengan nasib atau jalan hidup orang dari Utara yang menyebabkan mereka berbakat tinggi dalam peperangan. Manakala orang di Selatan memiliki sifat lebih tafakur. * Terdapat pembahagian dunia kepada dua iaitu bahagian Barat yang mempunyai garis lintang tinggi, dipengaruhi oleh bulan maka penduduknya dikatakan panjang umur. Manakala bahagian Timur mempunyai garis lintang pertengahan. Beliau juga cuba menerangkan kaitan antara faktor-faktor " Di Bumi Nyata " dengan sikap dan kehidupan manusia. Menbuat kajian tentang tanah fay dan mengkaji perbezaan aspek wilayahnya. * Mengkaji flora dan fauna yang terdapat di India iaitu berhampiran tepi laut Combay. Contoh kajiannya iaitu gajah, burung kakak tua, burung merak, buah oren, kelapa, dan sebagainya. 2. Bidang Ilmu Pelayaran Beliau membuat catatan penting terhadap peristiwa pelayaran dan pada masa yang sama memberi sumbangan yang amat besar dalam ilmu pelayaran Islam. Beliau dapat menyelesaikan masalah yang timbul di kalangan pelaut dan ahli pelayaran yang keliru tentang nama-nama sungai yang mereka lalui semasa pelayaran dijalankan. Contohnya : * Beliau membuat gambaran yang jelas tentang laluan dari Teluk Parsi ke laut China. * Penemuan sungai pertama iaitu Bahr al-Fars atau Khasybah al-Basrah. * Penamuan bandar-bandar lama di pesisiran pantai Gujerat dan Konkan. Beliau juga menjelaskan keadaan, lokasi serta aktiviti perdagangan bagi masyarakat dan pedagang di India setelah beliau tiba pada tahun 303H. Beliau menerangkan kepada ahli pelaut yang mengatakan setiap laut itu berasingan, dengan penjelasannya bahawa lautan merupakan satu kumpulan air besar yang bersambung antara satu sama lain. Sebagai contoh: laut Hindi, laut China, laut Parsi, laut Rom,dan laut Syiria adalah tidak berasingan. Beliau berjaya menyelesaikan kekeliruan yang dihadapi oleh pelaut Arab tentang dua laluan laut dari Eropah ke Sepanyol iaitu Britain dan Ireland melalui lautan Atlantik dan dari Rusia melalui Laut Hitam, Dardeneller dan laut Mediterranean. Hasil sil kajian yang beliau lakukan bahawa laut Kaspia tidak bersambung dengan laut Hitam. Beliau juga berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dan China adalah setengah lingkungan bumi. Kesimpulan Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli ihmu bumi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain. Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyum­bang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut. Manakala dalam bidang sejarah beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai ‘Herodotus dan Plinius’ kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.