Pages

Sunday, November 1, 2009

Bingkisan penghargaan

Salam...sudah agak lama juga penulis tidak meng'updated'kan blog ni, maklumlah agak sibuk sedikit dalam menyiapkan tesis @ kajian ilmiah. Alhamdulillah siap juga akhirnya. Memandangkan tesis sudah siap, pada kesempatan ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada penyelia penyelidikan penulis , iaitu Dr. Hajah Siti Khariah Binti Mohd Zubir di atas kesanggupan beliau mencurahkan bakti, tunjuk ajar, teguran dan kritikan yang membina sepanjang menyiapkan kertas projek yang penulis lakukan. Segala tunjuk ajar dan kerjasama yang diberikan amatlah dihargai oleh penulis. Jasa dan pengorbanannya tidak penulis lupakan. Tidak lupa juga buat teman penulis dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi bantuan dan semangat selama penulis menuntut ilmu di UPSI. Terima kasih kepada mereka sekalian semoga segalanya mendapat rahmat daripada-Nya. Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam penulis mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga. Semoga segala jasa baik dan budi yang telah dihulurkan mendapat balasan daripada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.