Suasana malam yang indah dan tenang
telah membuatkan sang bulan dan 
sang bintang dibaluti rasa kecewa kerana
tidak dapat menikmati suasana  pada malam ini
kerana penglihatannya kabur dek kerana
dilindungi awan hitam yang pekat 
menutupi isi bumi...
Suasana  pada malam ini…
Titisan air hujan yang deras  telah membasahi bumi 
sedikit sebanyak memberi secebis ketenangan 
dalam jiwa seseorang yang  sedang keluh kesah
memikirkan segala rahsia yang terpendam
dalam dirinnya…
Suasana pada malam ini…
Kilauan senyuman  kilat  telah membelah
kepekatan malam, seolah-olah turut
bersimpati kepada sang malam
yang diam keseorangan dan tiada
teman untuk berbicara…
Gelombang bayu yang  lembap dan dingin 
yang membelai tubuh seseorang  
telah menyebabkan dirinya menggigil 
menahan kesejukan,  sang bayu yang berlalu pergi
diutusakan salam kerinduan
buat mereka  yang tersayang... 
Suasan pada  malam ini
Persekitaran yang  sunyi dan tenang
memberi  seribu ilham kepada seseorang 
untuk memperolehi cetusan idea kreatif
dalam sesuatu perkara...
Suasana malam yang  sunyi dan tenang  
membuatkan kita terfikir kepada kekuasaan 
sang pencipta (Allah), kerana telah
mencipta malam dan alam ini
dengan penuh keajaiban dan keagongan...
Nukilan:Eizal_Upsi
2.19Am (6 September 2009)