JIKA anda menyukai sesuatu yang romantis tapi pada masa sama mahukan cabaran, Amsterdam tentunya destinasi pilihan tepat untuk anda menghabiskan sisa cuti bersama teman atau keluarga. Di sini, peluang untuk bersiar-siar menyoroti isi muzium seni sentiasa terbuka atau menikmati suasana tenang sambil menghirup secangkir kopi di kafe yang memenuhi sisi jalan pastinya akan terakam sebagai kenangan terindah.
Tapi awas, terutama kepada mereka yang belum pernah bertandang ke kota Amsterdam, berhati-hati ketika berada di jalanan kerana jalan di sana sesak dengan penunggang basikal yang tidak peduli pada undang-undang jalan raya. Begitu juga dengan penunggang motosikalnya yang tidak menghiraukan orang sekeliling malah berani menggunakan telefon bimbit ketika menunggang kenderaan itu. Topi keledar, jauh sekali.
Kunjungi Madame Tussauds untuk melihat patung lilin selebriti terkenal. |
Jika anda berpeluang ke Amsterdam atau mengimpikan untuk datang ke sini, usah gusar kerana ia destinasi tepat untuk anda yang mahukan percutian bajet atau secara backpackers. Selain mempunyai banyak pilihan hostel dan hotel murah, sistem pengangkutan di Amsterdam juga mesra pelancong. Bagi memudahkan anda bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, beli tiket pengangkutan awam dipanggil strippenkaart. Di sana juga ada sistem tram yang mudah untuk pelancong tapi awasi barangan berharga milik anda kerana ramai penyeluk saku sentiasa memerhati langkah pelancong yang kelihatan teragak-agak. Ketahui juga bahawasanya di sana undang-undang jual beli dadah dan alkohol tidak sama dengan negara lain. Di kebanyakan kedai, dadah boleh dijual di dalam kuantiti yang kecil asalkan ia tidak diiklankan atau dijual kepada kanak-kanak di bawah 18 tahun.
Dam Square bukti asal Amsterdam daripada empangan. |
0 comments:
Post a Comment