Pada 25-26 Julai 2009 (sabtu dan Ahad) telah berlansungnya program jualan buku @PNM bersama penulis di Perpustakaan Negara Malaysia yang bermula jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang. Saya  ditemani kawan yang bernama Akram berkesempatan  berkunjung ke perpustakaan Negara  pada 25 Julai 2009 (pada hari Sabtu). 

     Tujuan  kami  ke sana adalah hendak mencari bahan untuk tesis dan bahan tugasan lain.Pada mulanya kami tidak mengetahui bahawa pada  hari itu PNM  telah mengadakan pesta jualan Buku. Jadi, Peluang yang ada didepan mata kami gunakan sebaik-baiknya  dengan mencari buku-buku keluaran terbaru. Kehadiran kami juga sedikit sebanyak telah menyokong usaha perpustakaan Negara Malaysia, disamping dapat bersama-sama memeriahkan aktiviti yang telah dirancang untuk para pengunjung. Pelbagai lapisan masyarakat datang berkunjung ke sana, baik kanak-kanak hinggalah orang Dewasa. Masing-masing mengambil kesempatan membeli buku, berjumpa dengan para penulis,dan sebagainya. Pelbagai jenis buku dapat diperolehi pada hari itu iaitu daripada buku ilmiah sehinggalah kepada buku kanak-kanak.Berdasarkan tinjauan dan pemerhatian saya,kebanyakan  para peniaga membuat potongan harga buku sekitar 10- 15%. Diskaun niaga  yang ditawarkan oleh peniaga sedikit sebanyak telah menggalakkan pengunjung membeli buku dengan lebih banyak.
     Pada tahun ini terdapat sedikit kelainan berbanding  pada tahun-tahun yang sebelumya. Hal ini kerana banyak aktiviti-aktiviti yang telah diatur oleh pihak penganjur seperti Program Car Boot - Book Sale,program bersama penulis, program pertukaran buku, demonstrasi seni Khat,kelab membaca sinar pintar,khidmat pemuliharaan buku Kempen Keahlian, Books On The Go, Program jualan buku,Jualan Buku Terbitan PNM dan  macam-macam lagi aktiviti yang  telah dibuat. Jika tahun lepas, aktiviti yang dibuat boleh saya  katakan  disini adalah hanya menjual buku sahaja. Sedang saya khusyuk menyelak-nyelak buku yang hendak dibeli, datang pula  wartawan penyiaran dari stesen TV9 membuat liputan dan meminta saya memberi sedikit ulasan tentang program yang diadakan di PNM. Mahu tak mahu  terpaksalah  juga memberi ulasan serba sedikit tentang program yang dibuat pada hari itu.(sebenarnya diorang tak tau  dalam dada  gua mase diinterview macam nak tercabut jer jantung gua nie hahaha). Malu r kuar tv9.Tapi fikir-fikir, sekali sekala kuar   dalam tv ape salahnye kan (action la plak dah)hehe.
Saleha Hussin
     program bersama penulis.  Program yang kami  ikuti dan antara program yang saya sukainya.Hal ini kerana saya dapat berkomunikasi secara terus dengan penulis terkenal.Antara penulis yang saya bual bicara ialah 
Saleha Hussin iaitu seorang penulis wanita yang  berkarisma,prolifik dan banyak membabitkan diri dalam beberapa genre penulisan termasuklah novel,cerpen dan puisi.Pada pendapat saya, Saleha Hussin  merupakan seorang penulis yang slumber dan mudah mesra. Sempat juga kami bertanya tentang novel hasil tulisannya yang berjudul 
Pemburu Mimpi.  Menurut keterangan Saleha Hussin,  novel ini merupakan sebuah novel yang sarat dengan unsur (psikologi) dan lebih berkisar kepada dunia  seseorang wanita(Emansipasi) . Jadi  saya syorkan elokla wanita-wanita  di luar sana membeli buku ini, heheheh...Harganya amat berpatutan cuma RM47 Jer dan  boleh didapati di DBP atau kedai-kedai buku. Novel ini mengandungi 1250 mukasurat
 
sinopsis belakang buku:
"kita boleh hormat dia, Lina, tapi jangan minta lebih daripada itu. Akak tak mahu buat dosa pada dia. Biarlah dia pergi dik. Lagipun ... kita cuma anak perempuan. Kita bukan boleh menyambung zuriatnya. Kita tak boleh mengusung mayatnya ke kubur. Biarlah kita dengan hidup kita di sini. Selama ini pun , beginilah mak membesarkan kita semua. Biarlah dia dgn hidupnya di sana. Kita tak perlukan sesiapa..."
Kata-kata Dr Hamimah yang terakhir itu sungguh muktamad buat bapanya, Johan. Hatinya hancur luluh. Semua harapannya sudah musnah. Dia menangis dalam kesepian, tetapi apa kan daya, segala-galanya telah berlaku. Dia tidak berdaya memusingkan masa itu. dialah yang merncang semua ini. Tidak boleh disalahkan kepada takdir Tuhan. Tuhan hanya melorongkan permintaannya. Dia berusaha, bersusah payah untuk mendapat anak lelaki. Tuhan sudah pun memenuhi hajatnya.
Si anakkah yang bersalah kerana mengetepikan bapanya, atau si bapakah yang bersalah kerana pernah mengetepikan anak-anaknya? Sebagai pembaca, anda diminta menjadi pengadilnya. Pastikan anda membaca novel yang mengisahkan perjuangan wanita ini untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar adil.
Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin
Penulis kedua yang kami sempat bual bicara ialah 
Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin, seorang penulis dan penerima  S.E.A Write Award 2000. Seorang sasterawan  bukan Melayu yang tidak asing lagi dalam dunia sastera negara. Seorang yang ramah,mudah mesra. berketerampilan dan berkarisma. Peluang ini digunakan sebaik-baiknya, kami sempat bertanya tentang biodata dirinya serba  sedikit, apa yang baru  diketahui oleh saya  ialah Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin merupakan  bekas pelajar sekolah Menengah Kebangsaan Machang, kelantan (SMKMK) yang merupakan sekolah saya belajar dari tingkatan satu hingga  ke tingkatan enam.  Kejayaan  Beliau  menjadi seorang sasterawan sedikit sebanyak telah menaikkan imej sekolah kami.
     pengalaman  Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin semasa  menjadi guru  di Kerilla, daerah Tanah Merah kelantan, turut dikongsi bersama kami. Kami amat kagum kepadanya kerana semasa  hayat beliau menjadi guru, beliau menjadi seorang  guru Matematik Moden tingkatan 4&5 dan bukannya guru mata pelajaran Sastera Cina mahupun Sastera Melayu. Katanya, menjadi guru bukannya mudah lebih-lebih lagi  mengajar subjek Matematik yang sememangnya kurang digemari oleh kebanyakan pelajar sekolah.Pelbagai cabaran dan rintangan yang dialaminya  semasa mengajar di alam persekolahan, dan ini sudah pasti memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang jitu. Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin  pada pandangan saya seorang yang bijaksana dan berfikiran kreatif. Hal ini kerana, semasa  mengajar dalam kelasnya beliau menggunakan Pendekatan yang bersahaja dan memahami pelajarnya (Psikologi)sehinggakan  subjek yang diajarnya digemari oleh pelajar dan ramai anak muridnya  lulus dalam mata pelajaran Matematik Moden. 
 erm..Terdetik dalam jiwa kami ingin menjadi seperti Lim Swee Tin. (Berangan la konon haha).
" Saya  sama seperti kamua(Pelajar ) iaitu kurang  cekap dalam mengira dan kurang  meminati  dalam subjek  matematik ini, jadi sama-samalah kita  belajar subjek yang kita tidak minati ini sehingga kita boleh menguasainya"- ( Ungkapan beliau semasa menjadi guru Matematik Moden )

     Ditanya tentang perkembangan terbarunya, Prof.  Madya Dr. Lim Swee Tin berkata bahawa beliau  sekarang sedang menyiapkan   bukunya yang berkaitan dengan cara-cara  menulis sebuah novel yang bermutu dan bernilai. Tambah beliau lagi, buku tersebut akan dipasarkan pada tahun ini jka tidak apa-apa masalah. Isterinya juga ada bersamanya semasa kami berbual bicara  di 
boot mereka. Isterinya bernama  Selina. F. LEE, yang merupakan salah seorang penulis baru yang  sedang berjinak-jinak dalam dunia penulisan. Beliau pernah memenangi hadiah sastera Utusan Public Bank.  Katanya, Beliau berjaya memenagi hadiah tersebut kerana hanya belajar berpandukan buku yang bertajuk 
mendekati seni penulisan kreatif  iaitu sebuah buku hasil tulisan suaminya Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.
   "Sangat berimpak. Saya memperoleh banyak ilmu penulisan kreatif setelah membaca tulisan-tulisan yang terkumpul dalam buku ini ( Mendekati seni penulisan kreatif)."
- S. F. LEE ( pemenang Hadiah Sastera Utusan Public Bank )

     Sebelum kami beredar dari 
boot mereka, sempat juga membeli satu buah buku Prof.  Madya Dr. Lim Swee Tin yang bertajuk Mendekati Seni Penulisan Kreatif sebagai  tanda kenag-kenangan, dan  kami sempat juga meminta autograf daripada beliau dan isterinya. Malah lebih manis lagi, kami mendapat potongan harga  buku yang amat murah daripada harga asal. selain itu, mendapt dua   buah buku percuma antaranya ialah antologi puisi potret harum kuntum-kuntum zaitun serta buku catatan memetik Mawar. Kami berharap agar program yang telah dilaksanakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia diteruskan pada tahun-tahun berikutnya. Banyak manfaat dan maklumat yang diperolehi oleh pengunjung.
"Membaca Membina Minda"-Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin