Apa sudah terjadi pada zaman sekarang?!... TsuBabi H1N1 sedang menggila diserata dunia, virus ini mencari-cari dan mengejar-mengejar mangsanya untuk meratah sekujur tubuh manusia yang tidak berdosa dengan rakusnya. Kecelakaan atau apakah semua ini??? (Sama-samalah kita fikirkan)...
Kes terbaru, di UPSI yang merupakan tempat saya belajar telah dikejutkan dengan kejadian penularan simptom virus Influenza A (H1N1),atau lebih tepat lagi ialah penularan selesema Babi. Ramai yang telah menjadi mangsanya terutamanya mereka yang tinggal di unit kediaman kolej KHAR, KUO,KZ, dan KAB serta tidak ketinggalan juga mereka yang tinggal di Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) seperti Bahtera Arkib, Taman Bahtera, dan lain-lain telah menyebabkan suasana panik dan risau menghantui pelajar-pelajar upsi. Keputusan yang dibuat oleh pihak universiti adalah sangat bijak iaitu membenarkan semua pelajar bercuti selama seminggu sebagai langkah berjaga-jaga dari sebarang kemungkinan penularan selesema Babi ini.
Selesema babi (juga dikenali sebagai A (H1N1)) merujuk kepada influenza (demam selesema) yang disebabkan oleh mana-mana virus dalam keluarga Orthomyxoviridae, berasal dari wabak yang menjangkiti populasi babi. Pada babi, wabak ini sejenis penyakit berjangkit yang mengganggu sistem pernafasan babi dan berpunca daripada salah satu jenis virus selesema. Jenis virus ini dikenali sebagai virus influenza babi (swine influenza virus atau SIV). Kesemua jenis SIV yang diketahui dikelaskan sebagai virus influenza A (biasa) atau virus influenza C (jarang).Sementara virus influenza B tidak pernah dilaporkan wujud pada babi. Kesemua tiga kled, virus influenza A, B, dan C, boleh menjadi wabak pada manusia.
Seperti yang kita semua ketahui bahawa, wabak selesema babi ini menjangkiti manusia daripada babi yang telah dijangkiti virus. Dalam sesetangah kes, wabak ini boleh menjangkiti manusia di dalam persekitaran yang kurang mempunyai kaitan dengan babi. Wabak ini boleh merebak dan berjangkit sesama manusia yang mempunyai hubungan rapat langsung.Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control and Prevention - CDC) di Amerika Syarikat, simptom selesema babi pada manusia menyerupai dengan influenza. Simptom ini termasuk demam, batuk, sakit kerongkong, sengal tubuh, sakit kepala, seram sejuk dan kelesuan. Beberapa pesakit lain turut melapurkan cirit-birit dan muntah.Jika mengalamai gejala ini, eloklah pergi ke hospital atau klinik yang berdekatan. Mencegah lebih baik daripada terkena penyakit TsuBabi H1N1 ni..
Umum mengetahui bahawa daging babi haram dimakan sebagaimana Firman Allah swt :
"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)" -[Surah al-Maaidah : 3]
Firman Allah swt :"Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor" -[Surah al-Baqarah : 145]
P/S: Kepada rakan sekelas saya yang bernama Nurus Noor Hafizan Binti Taib yang
disyaki mengalami simptom virus Influenza A (H1N1) saya dan rakan-rakan lain berdoa agar kamu cepat sembuh,sihat dan tidak menjadi mangsa H1N1 durjana.Sesungguhnya tiada ubat yang paling mujarab selain berdoa dan bertawakkal kepada Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment