Insaflah wahai manusia
Jika diri mu bernoda
Dunia hanya naungan
'tuk makhluk ciptaan tuhan
Dengan tiada terduga
Dunia ini kan binasa
Kita kembali ke asalnya
Menghadap Tuhan Yang Esa
( korus )
Dialah Pengasih dan Penyayang
Kepada semua insan*
Janganlah ragu atau bimbang
Pada Keagungan Tuhan
Betapa Maha Besarnya
Pencipta alam semesta
Siapa selalu berbakti
Mengabdi pada Ilahi
Kan sentosa selamanya
Di dunia dan akhir masa
Nota Kaki:
*
Insan dalam konteks agama Islam ditujukan kepada seluruh umat manusia bukannya khusus untuk umat islam.Jadi, alangkah adilnya Allah kepada seluruh umat manusia. Tidak kiralah manusia itu dari ras atau keturunan mana semuanya sama disisinya. Tetapi apa yang membezakan Muslim dengan bukan Islam ialah pegangan agamanya dan amal solehnya kepada Allah SWT."Bagiku agamaku dan bagimu agamamu"
-Tetapi sekarang sayang sejuta kali sayang, mengapa sehingga sekarang manusia masih memilih agama Buddha, Kristian, Hindu dll selain daripada
Agama Islam(Satu-satu agama yang syumul dalam pelbagai aspek kehidupan) yang sememangnya
Islamlah agama yang terbaik dan agama yang dianjurkan Allah untuk umat manusia...
-Lirik lagu ketuhanan ini telah memberi kesan emosi kepada mereka yang mahu memikirkannya.(Sama-samalah kita hayati lirik lagu ketuhanan ini).
0 comments:
Post a Comment