Saya mewakili seluruh pelajar semester 7 (AT01) mengucapakan syabas dan tahniah kepada saudara Mohad Azrein Bin Abbas dari semester (3) kerana telah berjaya memasuki  peringkat akhir untuk "pembentangan kertas teori" yang telah diadakan di Akademi Sastera. Kejayaan Adik Azrein sedikit sebanyak telah menjulang nama Jabatan Kesusasteraan Melayu di Fakulti Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
      Pembentangan  kertas teori yang seterusnya akan diadakan pada 08 Oktober 2009 bertempat  di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur.Difahamkan  bahawa saudara Azrein  telah berjaya mengalahkan para peserta dari Universiti-universiti yang agak ternama dalam bidang persuratan dan kesusasteraan. Antara ialah UM,UKM,UPM, dan ASWARA. Hal ini telah membuktikan kepada kita semua bahawa pelajar dari Jabatan Kesusasteraan Melayu juga mampu memberi pandangan dan idea yang bernas dalam membincangkan sesuatu  masalah yang berkaitan dengan bidang kesenian, kebudayaan dan persuratan.Kejayaan saudara Mohd Azrein kejayaan kita semua sebagai warga UPSI. Skali lagi kami seluruh warga program Kesusasteraan Melayu mengucapkan tahniah dan syabas. Oleh itu sokongan  yang amat jitu harus diberikan oleh semua pihak.
"Sastera Pemangkin Pembentukan Modal Insan" 
Membuat keputusan
5 years ago




0 comments:
Post a Comment