1.Adus..wat penat jer blajar 4 tahun kat Upsi akhirnya jadi camni plak...
2.Nampaknya semua plan yang dirancang hancus...
3.Alahai... balik kampung tanam anggur ler jawabnya ...
4.Kena Isi borang SPA-8 ler jawabnya, yelah nak tunggu posting 2012 lambat wooo.....
5.Alamak... mesti orang kampung mengata; bila la engko nak mengajar, dulu cakap jadi cikgu tapi sekarang camna...hampeh!
6.Hai..mengapalah malang nasib kami ini...da nasib badan...kena kojo kilang ler dulu...
7.Ini semua tidak adil!!!
8.Camne plak ngan nasib kami bebudak DPLI, kena tempias ke?
9.Walau apapun terjadi teruskan perjuangan kita..dont give up...
10.Sabar, itu semua ujian daripada tuhan, kita sepatutnya menerimanya...
11. Baik terus berhenti saja blajor kalo inilah kesudahan
Berdasarkan kepada perkara diatas dapatlah ditarik kesimpulan bahawa, rata-rata kalangan mereka ada yang memberi pro dan ada yang memberi kontra. Rata-ratanya amat tidak berpuas hati dengan isu penempatan ini yang amat terlalu lama untuk ditunggu. Oleh itu, diharap perkara ini dapat diatasi dengan dengan bijak oleh pihak kementerian agar tidak menjadi isu yang besar. Jadi, walau apapun berlaku kita perlu menunaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar iaitu menuntut ilmu. perjuangan kita bukan setakat belajar sahaja, tetapi meliputi seluruh aspek sama ada aspek kehidupan dunia mahupun aspek kerohanian..Dunia hanya pinjaman...
Membuat keputusan
4 years ago
0 comments:
Post a Comment