Membuat keputusan
5 years ago
Rasulullah s.a.w. amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w., Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1923).
Maksud keberkatan itu ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar dalam ibadah sahur tersebut. Menurut Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani, keberkatan sahur itu diperoleh melalui amalan mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadat serta menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar.
Selain itu, ia menjadi sebab untuk orang yang berpuasa bersedekah kepada orang lain, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur. (Rujuk al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 120).
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadat puasa orang Islam dengan ibadat puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab).
Sabda Rasulullah s.a.w.: Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur. (Riwayat al-Tirmizi dalam Sunan al-Tirmizi, Kitab al-Shaum, hadis no. 643).
Ibadat sahur adalah ibadat yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur.
Oleh itu, Nabi s.a.w. amat menitikberatkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda Baginda s.a.w.: Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur. (Riwayat Ahmad di dalam Musnad Ahmad, hadis no. 10664).
Sesuatu yang amat merugikan bagi sesiapa yang berkesempatan hidup pada bulan Ramadhan tetapi tidak sampai terampun dosa-dosanya.
Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w.:
Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit. (Riwayat Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1919).
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu sehingga azan Subuh sedang dilaungkan.
Firman Allah s.w.t.: Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib). (al-Baqarah: 187).
Adalah disunahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Sa’ad r.a. berkata, “Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian aku pun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w.” (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1920).
Kadi Iyadh r.h. berkata: “Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar.” (Dinukil daripada Fath al-Bari, Jil. 11, hal. 114).
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat Subuh dikumandangkan.
Menurut Anas r.a., Zaid bin Thabit r.a. berkata, Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w., kemudian Baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: “Berapa lama antara azan dan sahur?” Baginda menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. (Riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum, hadis no. 1921).
Hadis ini digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah 10 minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak boleh lagi makan dan minum.
Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut ialah Rasulullah s.a.w. langsung mendirikan solat Subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w. memulakan dan mengakhirkan sahur Baginda.
Antara hikmah mengakhirkan atau melewatkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk bersahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan bersahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat berasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
Sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan salah satu makanan yang terdapat dalam piramid makanan. Ia merupakan sumber makanan yang murah dan mudah didapati. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan zat dan vitamin yang penting untuk tubuh dan kesihatan.  
Apa yang ada dalam buah dan sayur? 
  
 Vitamin A Baik untuk kesihatan kulit dan mata serta melindungi  diri daripada serangan penyakit. Sawi, bayam, kalian, lobak, lada merah, tomato, mangga, betik, tembikai. 
 Vitamin B Baik untuk mengelakkan kepenatan dan kelesuan. Sayuran hijau (sawi, bayam, kalian, kangkung), sayur kekacang 
 Vitamin C Baik untuk kesihatan gigi. Brokoli, nenas, oren, mangga, kiwi,jambu batu, betik, belimbing. 
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai vitamin A,B dan C serta mineral-mineral yang lain. Jadi, singkatan ABC merupakan satu pendekatan dalam menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kalangan kita semua. 
  
Bagaimana menggalakkan kanak-kanak makan sayur dan buah? 
1Sentiasa AMALKAN..
◦Menjadikan buah sebagai snek menggantikan makanan ringan.
◦Menggantikan minuman berkarbonat dengan jus buah-buahan.
◦Makan sayur dan salad atau ulam semasa makan tengahari dan makan malam.
2.Sentiasa BUAT… ◦Menambahkan sayur dalam masakan dan hidangan seperti mi goreng dan sandwich.
◦Masak sayur dengan air sedikit.
◦Masak dengan cara yang rendah lemak seperti kukus, rebus, celur, tumis dengan sedikit minyak.
◦Elakkan memasak yang terlalu lama.
3.Sentiasa CAKAP…. 
◦Yummm.yummm…sedapnya makan buah dan sayur ini..
◦Slurpppppp…lazatnya jus buah ini..
◦Kurp..Kurp..krup…enaknya sayur;(kankung,kailan,sawi,tomato dll) ini..
◦Wowww…ada pelbagai warna dan rasa buah dan sayur.
◦Saya suka makan semua sayuran ini...
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral dapat meningkatkan daya ketahanan badan daripada penyakit, menghindari sembelit dan mengurangkan risiko kejadian penyakit jantung dan kanser. Jika kita selalu memakan sayur pada pada masa muda atau peringkat awal, risiko mendapat penyakit dapat dikurangkan. Pendekatan ABC dapat membantu menggalakkan pengambilan buah dan sayur dan Ini penting untuk kesihatan kita. Jadi, dengan ABC, kita Boleh mencubanya dan yang paling penting Menjaga kesihatan diri merupakan Hak kepada Diri Sendiri selepas hak kepada Allah,  sesama Manusia, Alam, dan Haiwan.
Laarea tok sruppo dengen suroh
Hok comey bakppo duk ppakat kato udoh
Saye soh doh laeng dengen beci
Jerok mamen tok serupo dengen jerok celagi
Takot ado keno mengeno dengen ketha gega
Serupo dagho ado ssabit dengen apa
Ngigha sbenarnya ada sabit dengen kemama
Selok tak dok bezzo dengan tok kaba
Sapo kato buluh tu galoh
Sapo kato ttekeng tu tok bkkekoh
Nakka laeng sikit dengen jahhat
Dawa pun oghe duk pangge khawak
Kalu tunggo tok srupo tughuh paga
Sengotilah tolo tok srupo dengen panda
Lagu mana ggadoh, belah tu jugoklah lorghat
Toksohlah wak loloq tok kena hok mano ddakak
Hok mano kkhabak.
Demey tok keboh bezzo dengen leloh
Senyung semeweh tok serupo dengen sengeh
Bbaling tu laen dengen kipah anging
Breng abe sikit jah pado kerah keng
Kito tok leh wak tok tetu kalu
Oghe serabuk ngeleh kito tok tahu
Kito duk ghalit berembah bbadi cah keting
Oghe laeng gi seghuh-seghah,
Kito dok ppakat gheboh teguling
Ulat kekek jangen wi ttuka dengen ulat belucah
Jale bejeket jangen kato srupo dengen hungga derah
Kalu kkarak buleh agi kito tteri
Hok gelonggong lagu mano pakat kato tokleh nok isi?
Payoh sengoti nok bekecek nok bbkiro
Culah lagu lain tok srupo dengen celiko
Payoh jugk nok bezzo mano lakonen mano sendiwaro
Hok sengotinyo, manih lleting tu belung tetu ibu gulo!
  Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Sasterawan dan budayawan tanah air, Abdul Muluk Daud atau lebih dikenali sebagai Dharmala NS, 62, (gambar) meninggal dunia di Hospital Selayang  akibat serangan sakit jantung.Beliau meninggal dunia pada pukul 8.41 pagi selepas dimasukkan ke Hospital Selayang pada Selasa lalu setelah mengadu sakit dada.
Allahyarham semasa hayatnya merupakan penulis novel, cerpen, sajak, drama televisyen dan penulis skrip filem Raja Melewar.
Novel hasil buah tangannya termasuklah Hanya Tinggal Kenangan, Lembah Tercinta dan Tinggal Kasih Tinggallah Sayang, sementara cerpennya pula Rumah Baru (antologi bersama), Sayembara II (antologi bersama), Sayembara III.Drama TV karyanya antaranya Terbang Kenyalang dan Satu Anugerah.
Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.
Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.
P/S: Hayati dan fahami maksud yang terselindung disebalik kisah ini. fikir-fikirkanlah.
 Ungkapan "Hello" sering kali kita  terlihat dan terbaca  dalam hamparan dada-dada blognya untuk ditujukan kepada mereka yang hendak dibicarakan olehnya. Jadi, siapa tidak kenal kalau bukan Sasterawan Negara yang baru iaitu Datuk Dr.Mohd. Anuar Rethwan  atau dikenali sebagai Anwar Ridhwan yang dinobatkan sebagai penerima anugerah sasterawan Negara yang ke-10.Majlis penyampaian anugerah itu dijadualkan pada 20 Oktober 2009. Tahniah dan syabas diucapkan.
Anwar Ridhwan adalah seorang sasterawan yang terkemuka dari Malaysia. Nama sebenarnya Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973)dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP.Selepas tamat menjadi pengarah penerbit DBP, beliau ditawarkan menjadi pensyarah dan seterusnya menjadi Dekan Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara). 
Dalam dunia penulisan beliau terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, (1979) yang telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa selain diadaptasikan ke pentas teater sebanyak 14 kali.Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971)pernah muncul dengan novel terkenalnya,. Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976)dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001. Novel itu dengan judul "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" diterbitkan dalam bahasa Rusia (penterjemah Victor Pogadaev) pada tahun 2006 di Sanct-Petersburg (penerbit Paideia).
Pencapaian
   1. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971)
   2. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973)
   3. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sesudah Perang (1976)
   4. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sasaran,
   5. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Sahabat (1982)
   6. Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983)
   7. Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979)
   8. Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus
   9. Anugerah Sasterawan Negara ke-10 (2009)-Terbaru 
p/s: Berharap Dr.Anwar Ridhwan terus berjuang dan berbakti kepada dunia kesusasteraan Tanah air kita. Siapa lagi untuk terus mempertahankan sastera Malaysia kalau bukan penulis sastera itu sendiri dan juga pencinta bahasa dan sastera. Tahniah sekali lagi diucapkan. 
"Sastera Pembina Negara Bangsa"
